Facebook Twitter Google RSS

Monday, June 13, 2011

Usiaku bertambah?

76 jam dan 30 minit.

Aku sentiasa terlupa satu perkara yang penting dalam hidupku.Tatkala merasai kematangan usia,dada ini dirasakan sempit dengan perasaan sudah cukup sempurna.Nasihat yang tua tidak relevan,apatah lagi dari yg muda.Inilah penangan pertambahan umur.Tetapi,andai umurku berganjak dari 17 ke 18 tahun,adakah itu menandakan usiaku bertambah?

Diri yang tertipu

Tidak.Usia aku sebenarnya semakin singkat.Pertemuan dengan Allah semakin dekat.Ruang waktu untuk beribadat kepadaNya semakin terhad.

Namun,usia ini mendidik jiwa.Sentiasa mengingatkan aku tentang status sbgai hamba kepada Allah.Menjadi pendorong agar beribadat dengan sebaik2nya.

Dan,setiap perkara ada hikmahnya.Cuma,bergantung kepada aku sama ada dapat menyingkapnya atau terus tengelam dalam kekecewaan yang berpanjangan andai mndapat masalah.Ingatlah wahai diri,mungkin hari ini aku akan berasa kecewa,tetapi jangan sesekali berputus asa.

Berubah

Bilakah aku akan berubah?Tunggu sehingga uban memutih di kepala?Atau apabila kesakitan menjengah diri?

Moga aku terselamat dari segala penipuan ini.Maut datang tidak mengira masa.Tanpa diduga,tanpa disangka,dan secara tiba2.Masih adakah ruang untuk bertaubat pada hari esok?Yang pasti,

MAUT AKAN DATANG MENJEMPUT

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!