Facebook Twitter Google RSS

Tuesday, September 20, 2011

Ahlan wasahlan Urdun.

Assalamualaikum.

Maka,bermulalah kembara ilmu si anak Muhammad Nadziri di bumi Jordan.Tanah yang menyaksikan perjuangan para daie menyebarkan dakwah Islam tanpa mengira penat lelah dan lapar dahaga , demi menegakkan kalimah La Ilaha illallah muhammad rasul Allah,dan meneruskan keagungan ketamadunan dengan suluhan serta pancaran agama Islam.Takdir Allah menentukan perjuangan aku perlu diteruskan di sini.Pastinya ada hikmah yg tersembunyi,ada kekuatan yg perlu dicari,ada kelemahan untuk dibaiki,dan matlamat yg realiti bukan sekadar mimpi.Dan,kini,aku melangkah ke alam yg perlu diiringi kematangan,dimantapkan dengan keimanan,digauli dengan kesungguhan,dicampuri rempah ketabahan.SPM,PMR,atau UPSR terperosok dalam sejarah ingatan.Dikepal dan dilontar agar aku tidak terbuai dengan kemenangan semalam.
Tapi,selepas 5 hari di sini,aku masih belum memetik suis mentalku.Malahan,aku tetap kekal dalam buaian mimpi,bermain dengan mamai seakan-akan hidupku terlalu lapang untuk perkara picisan itu.
"Sesiapa yang tidak sibuk dengan perkara besar,dia akan sibuk dengan perkara2 kecil," akh Adam.Sering diperingatkan,namun diri ini alpa dengan kesenangan dunia.Aduh.

Permainan telah pun bermula.Shazmie,masa untuk bangun.Perjuangan ini tidak akan terputus selagi hayat dikandung badan.Ayuh,mari bangkit.Angkat dan pikul setiap senjata,lenyapkan setiap penghalang durjana,biar bergenang air mata,biar lemah tidak berdaya,biar titisan jernih membasahi mata,jangan sesekali mengalah dan teruskan berusaha.

Aku memerlukan iringan dan kalungan doa kalian.Ibu bapa dan guru sudah tentu.Tanpa mereka,tiada kehidupan dalam memori ini.Terima kasih ma,abah,dan para mursyid sekalian.Rakan2 yg kucinta,kalian sentiasa dalam doaku kepadaNya.Moga kita sama2 menggapai syurga Allah.





About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!