Facebook Twitter Google RSS

Sunday, October 16, 2011

Indahnya Nilai Ujian

17/10/2011
Sebulan dan 2 hari di Irbid
Diuji olehNya.

Apabila kita kuat, kita mendabik dada seolah-olah dunia ini kita punya. Kesihatan diagung-agungkan, kekayaan dunia didambakan, dan harta melimpah ruah menjadi impian. Manusia oh manusia, sungguh kau cepat alpa dan leka. Sedikit nikmat yg dikecapi, terus lupa kepada Sang Pencipta.

Tetapi, apabila kesakitan menjengah, apabila ujian bercambah, terus hilang arah. Kematian, kesusahan, dan kesulitan seakan-akan penamat ketabahan yang dimiliki. Pada ketika itu, istighfar kepada Allah menjadi keutamaan. Memohon keampunan dan ingin mengecapi rahmatNya menjadi sasaran. Aduh.

Malu. Aku berasa malu. RahmatNya sentiasa melebihi ujianNya. Kita sakit, dan Dia mengampunkan dosa-dosa kecil kita. Kita lemah tidak berdaya, Dia menghantar teman-teman untuk memberi perangsang jiwa. Dan, ujian yang aku dapat ini, mengkerdilkan lagi aku di hadapanNya.

Bersyukur, kerana aku dikurniakan sahabat yang amat menyayangi. Sanggup meluangkan masa untuk melawat dan bertanya khabar di sebalik kesibukan masa yang mencemburui. Kedatangan mereka meredakan ketegangan yang aku rasakan. Merekalah rahmat dari Allah. Jika tidak kerana ujian ini, aku akan lupa nikmat yang selama ini kukecapi. Sungguh, di perantauan ini, merekalah sahabat, merekalah saudara, merekalah keluarga!

Dan ketika mereka beransur pergi, air mataku hampir menitis. Mengapa aku berasa syahdu? Mengapa aku berasa pilu? Aku tidak bersedih, tetapi Allah Yang Maha Kaya menunjukkan kekuasaanNya untukku lebih merapatiNya. Dia menurunkan ujian agar aku sentiasa beringat. Dia mahu aku sentiasa mengingatiNya. Dan aku berasa kerdil, lemah tidak bermaya di hadapannya.

Wahai diri, ingat, kita bukan robot. Kita punya tujuan dan matlamat kehidupan. Fikirkan, dan renung-renungkan.

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!