Facebook Twitter Google RSS

Friday, November 11, 2011

Cerita Kami

Peta pelancongan kami.


                 Alhamdulillah, selesai sudah jaulah (makan angin versi Islamik) merentasi bumi Jordan semalam. Tiada kata mampu mengungkap rasa, tiada lafaz bisa merungkai perasaan jiwa. Empat hari, dan telah memberi seribu satu erti buat diri dan sebelas orang teman-teman lain. Semua ini bermula dengan kesungguhan teman serumahku yang bersemangat nak menjelajah.

Cetusan idea Akmal Asyraf aka Ketua Jaulah sangat bernas. Katanya (lebih kurang),

             "Kalau nak melancong, kita mesti letak matlamat yang besar. Mana-mana pun kita melancong, kena capai matlamat dan dapat pengajaran."

             Dari itu, dia mula mengatur perancangan dan wawasan. Dengan izinNya, semuanya berjalan lancar dan aku sangat-sangat mengagumi kesungguhannya untuk memastikan pelancongan ini penuh manfaat.

            Sepanjang 4 hari, ada beberapa matlamat yang telah ditetapkan yang bertujuan menjadikan jaulah ini sebagai pengisi rohani. Demi mencapai matlamat, kami mula merangka program dan aktiviti bersesuaian. Semua program yang dirancang diharap dapat mendekatkan lagi diri kami dengan Rabb dan membasahkan hati kami agar mengingati Allah. Antaranya, kami sepakat untuk menghabiskan bacaan al-Quran selama 4 hari dengan mengagihkan muka surat yang perlu dibaca. Selain itu, wujud dalam kalangan kami yang akan menyampaikan tazkirah dan peringatan setiap subuh. Setiap kali tiba di kawasan bersejarah, akan ada yang menerangkan serba ringkas sejarah kawasan itu dan memberi ibrah yang boleh dikutip. Ada yang berkongsi ayat-ayat al-Quran untuk menjadi tatapan.

             Dan banyak lagi sumbangan rakan-rakanku yang tidak bisa aku tintakan. Sejujurnya, aku tidak pernah melalui jaulah sebegini melainkan apabila bersama dengan senior-senior atau yang lebih dewasa. Tetapi, kali ini, rakan-rakanku seramai 10 orang berjaya mengubah persepsi aku. Sebab itu, aku berasa sangat teruja bersama mereka.

Pelancongan pertama aku di Jordan, dirancang dan dijayakan bersama-sama oleh kawan-kawan sekuliahku.

Dari kiri atas; Amir, Mu'min, Akmal, Arham, Me, Halim
Dari kiri bawah; Syahmi, Yuhakim, Afiq, Nazmie, Ariej


Empat hari,
Seribu satu memori tercipta,
Sejuta warna kenangan dirasa,
Dan,
Seinfiniti keinsafan melingkari jiwa.

Semoga Allah memberikan kami ukhwah yang berkekalan sehingga ke syurga.:)

*InsyaAllah, pengalaman jaulah akan ditulis dalam entri lain.

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!