Facebook Twitter Google RSS

Saturday, November 19, 2011

Jaulah Hari Pertama

Isnin
8/11/2011
7.00 pagi



    Perjalanan kami bermula pada awal pagi tatkala manusia di Irbid masih dibungkus selimut tebal kerana cuba untuk memerangkap haba yang disedut rakus cik musim sejuk yang menggoda. Walaupun dalam suasana yang mencabar minda dan menguji jiwa, kami berusaha untuk bersiap seawal mungkin demi mematuhi masa yang ditetapkan oleh pengurus atau mas'ul.


    Pada malam sebelumnya, kebanyakan sahabat sudah berkampung di rumah Syabab Perkasa. Kami bergotong-royong memasak bekalan untuk perjalanan panjang selama 4 hari. Ketua bahagian penyediaan makanan telah diuruskan sahabat yang hebat memasak makanan lazat, iaitu saudara Nazmi Mohamed dan Ariej Basri yang dibantu oleh Shahmie Shane. Mereka bertungkus lumus menyiapkan bekalan demi keselesaan kami bersama. Syukran! :)


    Barang-barang keperluan semua sudah lengkap. Minyak, krim, losyen, berus gigi, ubat gigi, selipar, dan segala macam perkakas dipastikan berada dalam kedudukan yang mudah dicapai. Tetapi, yang paling penting sekali, senaskhah al-Quran diwajibkan untuk berada dalam tangan. Matlamat untuk khatam harus diutamakan, dan memahami serta menghayatinya adalah satu proses yang akan sentiasa berjalan.



******



7.30 pagi yang bercahaya dan dingin tak terkata



    Bas ( atau nama panggilan manjanya, coaster ) yang kami sewa dengan harga 500 JD (menghampiri RM 2500 ) melabuhkan diri di tempat kami sedang menunggu dengan gembira. Ketika itu, semua sahabat sudah mula tersengih sampai ke telinga, mungkin memikirkan keseronokan yang bakal mereka teroka. Tetapi, kami tidak menjangka akan kejutan yang bakal diterima.


   Tidak semena-mena, keluar dua orang jejaka Arab dari bas dan memandang ke arah kami dan tersenyum ceria. Mungkin mereka penumpang sementara atau bakal peneman kami sepanjang masa, itu tidak kami ketahui. Kehairanan mula menyerang aku dan rakan-rakan mula terpinga. Pelbagai andaian menjelma.


"Kenapa ada budak Arab pulak ni?"



"Hancur la jaulah kita kalau ada third party ni."



"Tak syok laa."


   Ya, pelbagai mainan minda mula terbit dan berputar-putar dalam kerangka pemikiran kami ketika itu. Tetapi, tidak tahu tidak rasa, tidak kenal maka pastinya tidak cinta. Dan, tanpa cinta yang besemai mana mungkin kami kemesraan akan berputik.


   Aku dan rakan-rakan mengambil jalan tengah, dan mengalu-alukan dengan jiwa yang bahagia kehadiran 2 orang remaja Arab yang bernama Samir dan Ahmad untuk menyertai jaulah kami. Semoga kami dapat bergaul mesra serta menjadi sahabat yang akrab dalam perjalanan ini.



*******



0820 pagi





   Kami tiba di medan Peperangan Yarmouk bertemankan kedinginan udara yang mencengkam. Disini, tercatat dalam sejarah kekukuhan pejuang-pejuang Islam dalam berusaha menegakkan Islam. Kami lihat ke arah Maqraqah Yarmouk, dan terus bernostalgia mengimbau sejarah yang tercipta.


   Kami bergerak menuju ke Umm Qais selepas 40 minit mengenang kejayaan silam dicapai Islam yang diceritakan Muhammad Arham selaku AJK Informasi. Amir pula menerangkan strategi khatam al-Quran dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencapai matlamat awal jaulah.



Di sana, Panglima khalid al-Walid telah memimpin 40,000 Muslim menentang 125,000 Rom.



Ada tiang berbentuk pedang yang panjang di sini. 



******



0930 pagi juga...



   Kami menjejakkan kaki di Umm Qais, salah satu kota tinggalan dari Tamadun Rom. Masuk ke sini perlu bayar 1 JD tanpa hawiyah ( kad pelajar ). Berdekatan dengan tempat ini, wujud tasik Tobari. Diceritakan oleh Arab di sini, tasik ini berkait dengan peristiwa Ya'juj dan Ma'juj.





Tinggalan binaan.





Di Colosseum





Posing sebelum pergi meninggalkan kota ini dan makan pagi di tepi Tasik Tobari.




********





11.45



   Rombongan jejaka bujang berhenti di Masjid Muaz bin Jabal dan tunaikan solat jamak taqdim. Selepas itu, kami mengambil kesempatan untuk menziarahi makam sahabat Muaz bin Jabal yang terletak di belakang masjid ini.






Moga kami dapat mengambil semangat perjuangannya demi menegakkan Islam.






   Kemudian, kami bergerak pula menuju ke Makam Syurjil b. Hasanah dan Makam Abu Ubaidah. Rasa teruja dan rendah diri bercampur aduk dalam hati. Tidak mampu menandingi perjuangan mereka dalam menyebarkan kebenaran yang mereka pegang. Keberanian, kecekaan, dan ketabahan mereka adalah hasil tarbiyah yang mantap. Mungkinkah untuk kami mencontohi mereka walaupun sedikit?



*****



1630 sudah petang.




   Maka,dipendekkan cerita yang sangat panjang kami meneruskan perjalanan menuju ke Bahrul Mait. Atau nama yang sering didengari dalam makalah mahupun khabar berita adalah Laut Mati. Air yang menyaksikan kami tidak tengelam walaupun cuba untuk menyelam.Kemasinannya menyakitkan bibir. Mata kami berasa amat pedih. Dan airnya melampaui rasa masin, sehingga rasa seperti pahit hempedu. Cubaan menyelam amatlah dihalang kerana boleh membuatkan mata anda kemerahan menahan pedih.Ada yang mengambil lumpur di kawasan sekitar dan menyapu ke badan. Mungkin ada khasiat yang tersendiri yang belum ku ketahui.



Garam bertaburan di sini.




selepas siap mandi



Bayaran masuk 3.5 JD dengan hawiyah atau kad pelajar. Tanpa hawiyah, anda akan dikenakan 10 JD.Mahal kan? Berharga sungguh nilai kad hawiyah ni.

Selepas ini, perjalanan diteruskan akan lagi ke Pantai Aqabah!

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!