Facebook Twitter Google RSS

Thursday, November 17, 2011

Kegembiraanmu Bersamaku

"tet,tet,tet.."


       Pagiku dikejutkan dengan bunyi mesej yang masuk ke inbox. Ini agak asing, kerana mesej itu tiba ketika mentari Irbid masih diselubung kesejukan pagi. Cahayanya pula masih samar-samar. Bukan kebiasaan rakanku untuk menyampaikan khabar pada awal pagi sebegini. Pastinya ada berita yang penting perlu diketahui.


      Maka, aku tewaskan katilku lalu aku gagahkan diri untuk menyentuh telefonku yang terbujur kaku kesejukan di atas meja. Sebolehnya, aku nak elak bersentuhan dengan dia pada musim sejuk ini. Disebabkan skrinnya perlu disentuh, aku menanggalkan sarung tanganku dan mendedahkan tanganku yang kering dimamah kedinginan. Saat menyentuhnya, kehangatan badanku mula disedut oleh besi seketul ini. Dia adalah besi kesejukan yang akan menggetarkan tanganku tatkala kami bersama. Oh, betapa syita' telah mengubah dirimu wahai HTC!


      Aku buka peti mesej. Lalu terukir senyuman kehangatan di wajahku. Bukan dari kawan. Bukan dari lawan. Ini mesej yang aku dambakan dari orang yang aku cintakan.


"Angah chat? Kat sini semua sihat. Nak beritahu, Tek dapat 5 A."


    Ya Allah, jauh perjalanan mesej ini dari Malaysia. Melihat mesej itu, aku tersenyum lebar sampai ke telinga. Hatiku kembang, dan mataku melihat kegembiraan keluargaku. Kesejukan mula ditewaskan kehangatan darah ku mengalir. Hatiku mengepam darah kerinduan, dan aku meraikan kejayaan adikku dengan linangan perantauan. Semua kenangan dan memori serentak mencuri tumpuanku. Aku memerhati mesej dari bapa kesayanganku, dan ucapan kesyukuran bermain di bibirku.






Nur Atiqah binti Mohammad Nadziri


       Ceriamu mengundang ketawaku. Senyummu menarik jiwaku mendekatimu. Murammu menggelisahkan jiwaku. Marahmu ibarat halwa telingaku. Kau ibarat permata ibu bapa, kecintaan ahli keluarga, dan sentiasa seorang adik yang aku kagumi. Tahniah atas kejayaan ini. Kegembiraanmu sentiasa harapanku.

       Terus berjuang, kerana jalanmu masih panjang. Terus tabah, walaupun ombak badai yang melanda membuatmu rebah. Sebesar mana ujian, sentiasa ada hikmah yang diberikan. Lihatlah kehidupan yang dilalui dengan mata hati, agar kau mengerti ketentuan Ilahi. Aku akan sentiasa mendoakan mu di sini. Ingat ibu dan bapa kita, tidak kira di mana kita berada. Dan, dekatkanlah dirimu dengan Rabb Jalal, pencipta kita yang Maha Kuasa. Semoga perjuangan kita diredhaiNya.


Adikku yang tercinta,
Dalam dirimu ada permata berharga,
Bukan untuk dilihat mata,
Bukan dibiar terhakis masa,
Bukan untuk tayangan manusia.

Gilaplah jiwamu dengan cahaya Islam,
basuhlah hatimu dengan bacaan al-Quran, 
lembutkan lidahmu dengan zikir kepadaNya.

Pemberian Allah itu perlu dijaga,
Diguna untuk menegakkan agamaNya.

Keluargaku ibarat taman jiwaku.
Adik-adikku harta kesayanganku.
Abangku yang satu teman kurindu,
Ibu dan bapa sentiasa bertahta di sanubariku.

Dan Puteri yang nakal selalu.:)

Salam kasih,salam sayang dari Jordan.
Dari Angah yang kerinduan.


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!