Facebook Twitter Google RSS

Monday, January 2, 2012

Markaz Lughah

Assalamualaikum wbt.

    Pepatah ada menyebut, memori itu simpulan rasa tercipta kerana kecintaan tatkala bersama. Sejumlah rasa, diadun dengan lamanya masa berlalu ketika bersama, bisa melipat kemas memori itu dalam ruang kecil hati untuk terpateri abadi.  Keindahan memori sama ada tragis atau magis, suka mahupun duka, hanya dapat dinikmati insan yang melaluinya.

    Alhamdulillah, 3 bulan pertama di Jordan dimanfaatkan dengan mendaftarkan diri dalam sebuah kursus persediaan bahasa Arab sambil tetap belajar di universiti. Sebenarnya, banyak pilihan boleh dibuat tatkala menjejakkan kaki di sini. Sama ada terus mendaftar masuk dalam universiti tanpa memasuki kursus, ataupun ambil langkah ini untuk memantapkan bahasa Arab fushah dan ammiyah yang pernah dipelajari sebelum ini. 


   Dan, dengan bantuan kewangan dari JPA dan MARA, aku mendaftar dengan dikenakan yuran sebanyak 400 JD ( RM 1800 ) untuk pembelajaran 3 bulan. Setakat dalam lingkungan pengetahuanku, markaz dalam universiti ini antara yang terbaik kerana doktor yang mengajar sememangnya mempunyai ijazah dalam Pengajaran Bahasa Arab Kepada Bukan Penutur. Namun, tetap wujud markaz lain di sekitar Irbid yang bersesuaian dengan kos dan fokus masing-masing.

   Sebelum mula belajar, ada ujian untuk menentukan kelas dan tahap penguasaan bahasa Arab setiap pelajar yang juga dikenali sebagai imtihan mustawa. Natijah dari kesungguhan aku berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan ini, maka aku telah ditempatkan dalam mustawa 2. Berusaha la sangat...

   Bermula dari saat itu, aku melalui 3 bulan yang baru bersama Dr Umar dalam Muhadasah ( perbualan ), Dr Salim dalam Qiraah ( bacaan ), Ustazah Rijan dalam Istimaq ( mendengar ),dan Ustazah A'la dalam Kitabah ( karangan ).

   Pada awalnya, hampir semua pelajar gagap-gagap dan takut-takut untuk berbual dalam bahasa Arab. Apabila tiba masa perbincangan,wajah menunduk ke arah meja,mata menjadi kuyu,tekak terasa perit, dan perut terus memulas sehingga tidak mampu berbicara. Semua berusaha menjadi sepasif mungkin. Pendek kata, kelas menjadi senyap tanpa sebarang bunyi.


    Namun,doktor Umar sentiasa memberi galakan dan semangat supaya kami bertutur dalam Arab,meskipun salah tatabahasa dan lemah struktur ayat. Kerana, ini dapat membiasakan diri kami untuk mendapat lahjah dan menyebut perkataan Arab. Kadang-kala, kami akan bercakap dalam kelas menggunakan bahasa melayu, dan doktor akan memandang tajam. Antara ayat paling biasa apabila kami bertutur dalam bahasa Melayu adalah, "Arabi,arabi,arabi"...





Aku ambil senyap-senyap.:)


   Selepas 3 bulan, perubahan itu berlaku. Alhamdulillah, bukanlah terus pandai boleh berdebat Arab atau cakap laju macam air mengalir,tapi boleh bermuamalah dengan penduduk di sekitar Irbid,itu sudah cukup mengagumkan. Dah kenal tatabahasa, faham bila orang lain cakap, dan memperbaiki tulisan Arab. Banyak dapat perkataan baru, doa-doa bila bercakap, dan paling penting, keberanian untuk bercakap walaupun kadang-kala orang Arab tidak dapat faham isi ucapan kita.



    Semua itu akan datang dengan masa dan daya usaha berada di sini. Lagipun,sememangnya sudah berada di bumi Arab,bahasa utama Arab,dan hidup dalam suasana Arab yang kadang-kala sangat berbeza dengan kita.Namun,kita wajib berusaha untuk menuju ke arah pembentukan kefasihan berbicara dan sekaligus keluar dari kepompong malu mencuba.


    Kelas-kelas bersama Doktor yang lain juga sangat baik dan memuaskan. Semua memberi komitmen untuk melatih kita memahami perbualan dan memantapkan penguasaan Arab.Mereka mudah didekati,senang untuk bertanya,dan amat memahami karenah dan mehnah bukan penutur.

    Dan,ada beberapa gambar yang sempat dirakam di dalam kelas.Walaupun tidak mampu merangkum segala pengalaman yang tercipta,tetapi sedikit sebanyak dapat memberi sedikit impresi kepada yang ingin mengetahui.





 Ariej semasa dalam kelas istima'.


 Afiq dan Shahmi


 Mu'min yang tegas,(erk!)



 Haikal yang fokus.(kepada FB)


 Diyanah bersama rakan-rakan dari Rusia



 Farhana dan Husna






Mu'min dan Afiq




 Akhawat yang sangat rajin.(:p)




Ustaz Omar,Amalina,dan Nora.




 Ustazah Alaa dengan Nora






Gambar kami semua sekelas.:)

Pejam celik pejam celik,sudah 3 bulan kami bersama.Perubahan rakan-rakan dapat ku lihat dengan jelas.Lebih-lebih lagi rakanku yang tidak mempunyai sebarang asas dalam Bahasa Arab iaitu Nazmi,Shahmi,Afiq,Amalina, dan juga Farhana.Mereka cekal dan tabah,semuanya demi mendapat ilmu yang dicita.Sebagaimana sukarnya aku bayangkan untuk menjejakkan kaki di sini,pastinya keadaan menjadi lebih sukar untuk mereka.Tetapi,kekagumanku terhadap mereka terus terselit dalam kepayahan mereka untuk menyesuaikan diri.

Akhirnya,terima kasih kawan-kawan semua untuk 3 bulan yang menyeronokkan.Selepas ini,kita akan mula mendayung ke arah matlamat masing-masing.Doaku kepada kamu semua,selamat terus berusaha dan semoga kita bersama-sama mencorak impian di langit terbuka.





About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!