Facebook Twitter Google RSS

Thursday, March 15, 2012

Krik...Krik

Bunyi inikah yang anda fikirkan?

Kebelakangan ini, fenomena melodi belalang atau cengkerik atau adik-beradiknya semakin bertebaran dalam kalangan warga Malaysia di Irbid. Sering kedengaran bunyi ini walaupun umum mengetahui bahawasanya sangat sukar untuk berjumpa dengan En Belalang ini di tempat yang moden seperti Jordan. Kadang-kala kedengaran di masjid, kadang kala di padang, dan ada ketika di hadapan laptop kita sendiri apabila ada rakan menghantar link yang berkaitan dan kita menekan tanpa syak wasangka.

Persoalan mula timbul, kenapa wujud insan melodikan lagu krik krik ini melalui telefon Samsung S2 contohnya? Atau melalui HTC Legend? Atau perantaraan sistem maklumat tanpa jaringan ini?

Dan apa pula kesan yang dialami emosi dan mentaliti rakan kita yang mendengar bunyi itu?
Pernahkan kita terfikir?


Setelah melalui beberapa pemerhatian yang aku kira agak lama dan kritikal, akhirnya aku terjumpa beberapa faktor sepunya pemangkin kepada penyebaran gejala ini. Antaranya ;
  1. Melayan diri yang kebosanan.
  2. Percakapan seseorang yang membosankan.
  3. Berhajat menarik perhatian orang ramai.
  4. Ingin menghidupkan suasana ceria.
  5. Tidak menghormati orang lain.  

Inilah hasil kajian tatkala aku selepas berborak rambai-rambai dengan kawan-kawan penggemar melodi krik krik ni. Agak sadis apabila mendapat tahu ada kawan yang kebosanan tak tahu nak buat apa sampai habiskan masa mendengar bunyi belalang.

Maka, mengambil tanggungjawab menyedarkan mereka, aku dengan rela hati mengupas poin melayan diri yang kebosanan. Moga-moga tiada insan beragama Islam yang kebosanan tak tahu nak buat apa dah selepas ini.

Sebelum itu, kita renung sekejap kata-kata ni.
"Dua nikmat yang kebanyakan manusia akan lupa, kesihatan dan masa lapang."

Sangat benar!

Ambil masa sesaat, kita renung sejenak rakan-rakan kita yang berdekatan dengan pandangan kasih dan sayang. Cuba lihat, bagaimana kehidupan seharian mereka berlalu sebagai seorang yang sudah bergelar Muslim. Contoh mudah, di Jordan sendiri, ada kawan yang sedang bermain video game, ada yang sedang asyik menonton movie terbaru, dan ada yang tengah enak membaca komik Jepun.

Walhal mereka pelajar jurusan syariah, usuluddin, dan fiqh yang diyakini untuk menggalas tanggungjawab sebagai ustaz,pendidik ilmu agama apabila pulang ke Malaysia kelak. Tetapi, perlakuan mereka ketika ini menggambarkan bahawa mereka bakal menjadi liabiliti kepada nama agama disebabkan sikap samba lewa yang ditonjolkan sekarang. Bayangkan, Ustaz yang khusyuk  bermain game mengajar erti Islam sebagai jalan kehidupan?

Tapi, memang ini yang akan berlaku apabila diri kita dibius dengan masa lapang yang panjang. Nikmat kelapangan yang patut digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan diri dipersiakan begitu sahaja. Teringat kata-kata Marwan Bukhari, Ketua Mahasiswa Junior Yarmouk,

"Kita semua perlu sujud bertaubat dan menyesal sekarang. Datang belajar agama, tapi tak dapat bawa agama dengan baik malahan merosakkan lagi rupa Islam. Malu la."
Tersentap tatkala pertama kali mendengarnya. Nak dengar bunyi belalang pun takde selera. Jika kita yang belajar ilmu agama bosan dan tak tahu hala tujuan, apatah lagi insan yang sedang menunggu kita mendidik mereka di Malaysia sana?


*muhasabah diri sekejap...

Berbalik kepada persoalan bosan tadi, pada pendapat insan yang kerdil ini, penyelesaiannya mudah sahaja. Kalau kita benar-benar Muslim, dan mengamalkan ajaran Islam yang benar, kita hanya melihat setiap perbuatan kita dengan tujuan mendekatkan diri kepadaNya. Nak baca buku, nak mandi, nak memasak, nak berpidato, nak menaip blog, semuanya dilihat sebagai jalan mendekatkan kita dengan Allah dan meraih syurgaNya.

Ketika mana aku menulis artikel ini, aku sedang mencuri masa belajar dan tidak menghadiri kuliah tafaquh Fiqh Medik di Abu 3in. Dalam istilah makroekonomi, sedang melakukan pertukaran. Aku berharap, penulisan yang ringkas ini dapat menjentik hati-hati manusia yang masih lalai dan membangkitkan jiwa mereka untuk kembali memeluk Islam sebagai jalan kehidupan. Ini niat aku agar masa yang dilapangkan ini dimanfaatkan sebaik mungkin.


الواجبات اكثار من الاوقات

Terjemahan dia, kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada.

Agak-agak sebelum buat perkara yang buang masa tu, cuba fikir sekejap beberapa persoalan ni.

  1. Hari ni dah berapa mukasurat baca al-Quran? Ke belum baca lagi?
  2. Apa ayat al-Quran yang dah berjaya amal?
  3. Apa ibrah yang diambil dari ayat yang dah baca tu?
  4. Dah tahu apa berita terbaru yang berlaku kepada Syria atau Iraq atau umat Islam lain?
  5. Apa yang kita faham tentang Islam? Sekadar rukun iman dan islam sahaja?
  6. Apa usaha kita untuk membantu kebangkitan Islam?
Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang akan membuatkan aku sendiri menangis nak jawab. Tak tahu mampu atau tak nak galas. Terasa kerdil diri nak beri sumbangan yang besar kepada agama. Terlalu banyak tanggungjawab, tapi bagaimana masih ada insan bergelar Muslim yang membuang masa? Tak terasa ke dengan tanggungjawab ni? Atau mereka mengambil jalan mudah dan mengkhianati segala taklifan ini?

Buntu sekejap lepas emosional.

Nak tanya juga ni, kenapa main game atau lain-lain yang buang masa tu ya? Bosan atau minda dah terperangkap dalam penjara nafsu keseronokan?

Jika benar bosan, carilah hiburan yang boleh menguntungkan saham akhirat.

Tetapi, kalau dah terperangkap dalam penjara nafsu, tatkala diri sendiri tak menyedari, pohonlah kekuatan dari Allah untuk memberi jalan keluar dari penjara itu. Hanya diri kita sendiri  yang mengetahui hakikat diri kita.

Kesimpulan secara ringkas,

Perkataan bosan tidak patut ada dalam kamus kehidupan seorang yang mengucap 2 kalimah syahadah dan bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Kita ada banyak pekerjaan untuk dibuat. Sama ada kita seorang pelajar perubatan, atau kejuruteraan, atau keagamaan, waima perguruan, kita ada banyak kerja yang perlu dibuat.

Manfaatkan masa yang lapang dengan pembacaan yang berilmiah. Berdiskusi dengan para sahabat tentang keruncingan masalah umat. Memperdalam ketajaman mengaji al-Quran. Mantapkan kefahaman tentang agama. Teruskan hiasai diri dengan sifat inkuiri, dan jadilah umat Islam yang sejati!

Krik krik krik...

Rasanya inilah mesej yang aku nak sampaikan dari fenomena bunyi belalang yang melanda. Tentang nikmat masa lapang yang kita harus gunakan sebaiknya. Penulisan ini untuk menyedarkan diri aku khususnya, dan kepada manusia lain secara amnya. Ambillah mana yang bermanfaat, dan kita sama-sama mentransformasi diri ke arah memartabatkan penjenamaan Islam sebagai jalan kehidupan.

Nak dengar bunyi cengkerik tu?

Kalau di Malaysia, boleh pergi ke hutan berdekatan dan tajamkan pendengaran.

Kalau di Jordan, boleh download application yang bersesuaian dan tekan je.






Selamat mentadabbur gemaan serangga yang sentiasa memuji Tuhannya.

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

2 comments:

salam. dah ada blog rupanya...keep consistent blogging for benefits of mankind ye (^_^)

Shazmie said...

wsalam.segan la dengan enta.ana baru nak merangkak belajar menulis demi kemaslahatan sejagat.

doakan.:)

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!