Facebook Twitter Google RSS

Monday, April 16, 2012

Mereka perlukan siapa?

Hari ini, aku ambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar kawasan perumahan pelajar Melayu di Irbid selepas asar. Lagipun, minggu ni dah kurang sibuk sebab dah habis 4 imtihan minggu lepas. Boleh la nak tambah kenalan dan merapatkan lagi silaturahim sambil-sambil hilangkan tekanan. Biiznillah...

Aku telah memenuhi masa petangku selama hampir 1 jam dan 30 minit untuk menziarahi kawan-kawan.Selepas habis sesi lawatan tanpa dirancang tadi, timbul macam-macam perasaan dalam diri. Sekejap aku rasa sedih, sekejap rasa marah, sekejap rasa putus asa, dan campuran perasaan tu membuak-buak dalam hati aku. Serba tak kena dah hati aku.

Kenapa eh?
 
Untuk menjawab persoalan tu, aku terus balik rumah dan menghadap laptop kesayangan. Dan di sini aku akan cuba rungkaikan sebab musabab terjadi perasaan yang pelik-pelik tadi dan kita cuba analisis bersama-sama punca dan kesannya. Dan ini sekadar luahan perasaan dan pandangan aku yang kerdil ini. Mohon perbetulkan atau menambah pandangan yang lebih bernas.

Pandangan yang pertama,

Suasana rumah pelajar yang bukan tajaan.

Sebelum ni, aku pernah je pergi rumah kawan-kawan yang bukan tajaan di Jordan sama ada untuk melawat atau rehat-rehat. Tapi, mungkin sebab rumah mereka boleh dikira cantik dan dalam keadaan baik maka aku meletakkan tanggapan umum bahawasanya kebanyakan rumah pelajar persendirian dalam keadaan yang sama.

Tapi, agak meranapkan pendirian aku, apabila melihat suasana yang berlainan dengan tanggapan umum aku. Terasa macam dicampak dengan realiti di hadapan mata.

Rumah yang tidak terurus. Agak bersepah. Kelengkapan tidak mencukupi. Suasana tidak kondusif.

Namun, hidup mereka masih gembira. Masih melayan aku sebagai tetamu dengan sangat baik dan mesra tanpa menghiraukan kekurangan yang berlaku. Senyuman mesra menjadi hidangan, mungkin untuk melegakan hati aku yang semakin tidak keruan. Realiti tidak langsung membutakan semangat mereka untuk menuntut ilmu di sini. Biarlah berdepan dengan kesusahan, asalkan ilmu berjaya disemat dan kehidupan dapat diteruskan, mungkin ini motto hidup mereka.

Mataku meliar mencari tempat mereka dapat menelaah pelaran dengan selesa dalam kamar itu. Pencarianku lesu. Hanya tilam tanpa katil menjadi peneman badan untuk melampiaskan kepenatan mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa. Meja kayu usang di hujung sudut bilik sudah dipenuhi dengan pelbagai barang dan koleksi buku, mustahil untuk belajar di atas meja sebegitu. Tiada kerusi untuk melabuhkan punggung, sekadar lantai yang agak kusam menjadi kerusi empuk.  Entah apa yang aku rasa kini.

Bagaimana mereka mahu belajar dengan penuh kesungguhan andai situasi tidak memberi mereka kekuatan? Dibandingkan dengan rakan-rakan tajaan yang aku lihat terlalu bermewahan melayani kenikmatan duit kerajaan.Segala macam dibeli. Sudah ada satu, dicari dua. Sudah berdua, cari lagi supaya nampak penuh bergaya. Makan yang enak-enak. Pakaian 100 JD menjadi kebiasaan. Perut kenyang, badan selesa, hidup diulit nafsu ketenangan.

Besar perbezaan kehidupan kami rupanya. Sedih. Situasi ini tidak adil. Mereka sudah tempang sebelah kaki untuk bersaing dalam perjuangan akademik di sini. Masa untuk belajar, dibahagikan juga untuk mencari nafkah.

Tatkala mereka berhempas pulas untuk memasak demi menampung kos perbelanjaan universiti, kami bersenang-lenang menghabiskan duit membeli baju atau gajet terkini yang tidak lebih sekadar penghias dalam kehidupan.

Aku lihat ini patut dibaiki dalam masyarakat Irbid. Pastinya wujud mekanisme untuk menampung permasalahan berkaitan kebajikan mahasiswa persendirian dan membantu mereka mendapatkan hak masa berkualiti untuk menuntut ilmu dengan adil.

2: Perencatan daya berfikir mahasiswa

Sebenarnya, yang kedua ini paling dahsyat dan paling aku sedih. Ketempangan dari segi material sememangnya sudah sangat menakutkan, tetapi yang lebih dahsyat apabila keupayaan berfikir dan memberi pandangan seorang mahasiswa Muslim terencat disebabkan pengaruh persekitaran.

Apabila aku masuk ke dalam sesuatu tempat, perkara pertama yang aku akan analisis adalah budaya hidup yang sedang diamalkan. Lepas tu aku akan selidik cara berfikir yang kebiasaannya akan jelas dengan melihat kepada kecenderungan seseorang untuk bercakap tentang sesuatu tajuk.

Dalam rumah itu, kebetulan mereka sedang memasang sebuah cerita bertajuk 7 Petala Cinta. Aku memang dah sekatkan diri aku dari menerima sebarang input dari media, maka aku mengelak untuk melihat. Tapi, melihat kesungguhan mereka mengajakku, aku cuba tonton sebentar dan ambil sebanyak mungkin input yang cuba diberi.

Maka, yang pertama, bagi aku cerita ini sangat teruk. Tidak membina minda. Memberi kefahaman yang salah tentang cinta golongan agamawan. Aku tengok, terus rasa nak ketawa dan kadang-kadang menyesal sangat-sangat. Dengan dialog yang geli-geli. Padahal belum kahwin, baru bertunang. Banyak lagi la....

Pengarah filem ni rujuk siapa sebelum buat filem cinta ni? Adakah nak membuat cerita Islamik cukup dengan sekadar menambah beberapa adengan bertemakan Arab? Atau adengan zikir? Atau watak yang membaca al-Quran? Adakah memakai purdah tandanya Islamik? Kat Mesir ramai je Kristian pakai purdah.

Hesh. Yang aku nampak, cerita ni menyalahkan lagi kefahaman masyarakat terhadap golongan agamawan yang nak membawa Islam. Macam-macam adengan pelik yang tak patut ada diletakkan. Lepas tu cop dengan filem Islamik. Masyarakat pun letak label bahawa ini produk islamik, maka intipatinya patut diambil kerana bersesuaian dengan agama kita. Ahh...

Media memang memberi kesan yang sangat besar dalam pembentukan budaya masyarakat Malaysia. Bila mana kita terdedah dengan sesuatu intipati sesebuah cerita, maka kita mudah nak aplikasi dalam kehidupan kita. Sebab perkara tu dah tertanam dalam pemikiran bawah sedar yang kalau aku explain pun orang tak faham (ceh).

Penyelesaian yang aku nampak, kita sebagai golongan agama sendiri kena terjun dalam bidang penerbitan ni. Maksud aku, golongan agama yang berfikrah Islami dan menguasai hukum fiqh dan psikologi. Kita kena ubah industri ni kekuatan kita. So, untuk permulaan, aku sekarang dah join satu team produksi di Jordan yang diberi nama Krew Revolusi Media Jordan ( KREM ). Aku cuma nak jadi penyumbang idea dan jalan cerita, supaya cerita yang yang nak dibuat nanti dapat mencabar daya keintelektualan mahasiswa Muslim dalam menjadi nadi penggerak masyarakat. Cukup-cukup la dengan cinta geli yang melunturkan semangat juang dan membiuskan minda remaja.

Okay, berbalik kepada pemerhatian aku tadi. Kesan apabila mereka melihat cerita tu, maka mereka terus kata nak kahwin la, nak ber'ana' 'enti' la, nak bina masjid la. Kesimpulan, filem tu sangat berkesan dalam membuatkan orang lain mandul fikrah dan cetek jalan hidup.

*malam ni nak study.Tapi, tak boleh fokus selagi tak habis tulis perasaan aku petang tadi.hehe

Sebab itu mereka memerlukan pembantu!

Perlu ada orang yang menyelamatkan pemikiran mereka dari diserang virus ketika zaman remaja ni.
Perlu ada orang yang membasuh kembali minda mereka untuk kembali mengamalkan islam secara total dalam kehidupan.
Perlu ada insan yang sudi membantu mengeluarkan mereka dari segala perangkap kelazatan dunia.
Perlu ada insan yang berkeupayaan menunjukkan mereka jalan Islam yang penuh nikmat.
Perlu ada insan yang dapat menyedarkan tujuan penciptaan mereka di muka bumi.
Perlu ada insan yang boleh mereka jadikan sebagai rujukan untuk berubah.
Perlu ada insan yang prihatin dengan nasib mereka dan ingin berjuang untuk kebajikan mereka,
Perlu ada insan yang mengasak mereka untuk berfikir dengan kritis dan kreatif.

Ya,

Mereka memerlukan seorang DAIE!

Kita semua perlu menyelamatkan minda seorang mahasiswa Muslim dari terperangkap dari segala kebejatan mentaliti dan moral yang melanda zaman sekarang. Kita wajib menyedarkan mereka untuk menggalas taklifan dari Allah. KITA, tiada orang lain. Kita kena gempur hidup mereka. Biar virus tarbiyah mengalir dalam kehidupan mahasiswa Irbid.

Jap, orang sensitip dengan perkataan tarbiyah. Okay, tak apa. Guna perkataan pendidikan eh.

Setiap manusia perlu merasai nikmat berada dalam lingkungan pendidikan. Mereka perlu rasa keenakan berukhwah dengan orang yang faham tujuan hidup. Mereka perlu rasa nikmatnya nilai sebuah bulatan!

Phew...panjang pulak post malam ni.haha

Sekejap, aku nak beritahu habit terbaru aku. Alhamdulillah, nak dekat 3 bulan dah aku tak tengok sebarang filem. Dan aku dapat banyak manfaat untuk tak menonton filem ni. Jimat masa, boleh buat banyak lagi kerja. Tapi, kalau ada orang nak ajak aku tengok cerita yang boleh asah minda dan haraki, aku okay je.hehe

Selamat malam Irbid. Malaysia, aku bagai punnguk merindu. Tunggulah kepulangan anak desa ini. Phew. Salam


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

2 comments:

jom tengok filem 'pendidikaniah' terbaru, Hafalan Shalat Delisa.. :)

Shazmie said...

hehe...beres aje.tetapkan masanya,hamba turuti sepenuh jiwa raga...:)

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!