Facebook Twitter Google RSS

Monday, July 16, 2012

random

Soifi...

Namamu seindah wajahmu. Ketika mentari girang menjengak warga Irbid, aku sudah pun bermandi garam sauna semulajadi. Habis lenjun kemeja kesayangan. Jujur, dahulu aku menyimpan warna-warni kegirangan apabila merasakan musim panas mendekati di kala aku merana kesejukan dalam hirom tebal 10 kg. Aku juga masih ingat gelak tawa aku bersama rakan-rakan apabila ada yang mengatakan mereka lebih cintakan syita(musim sejuk) berbanding musim panas yang bakal menggegar titik rembesan peluh untuk rancak berlari keluar. Pada aku,syita pembunuh aktivisme aku untuk cergas menggerakkan diri dan penghalang kekuatan aku memuncak tinggi. Walhal, aku tidak pernah terfikir, soifi di Jordan menyimpan seribu onar yang tersembunyi!

Sungguh sinikal. Kini aku sudah pun melalui soifi dengan penuh ketenangan dan keazaman. Segala kepahitan untuk ke kelas terpaksa ku telan jua,walau jiwa panas membara akibat bahana cinta sang penghulur cahaya. Hampir sebulan berlalu, dan aku berjaya membuktikan kekentalan menahan kepanasan dengan memakai jaket hitam ke kelas, walaupun perit untuk mengakui bahawa akhirnya aku bagai cacing disambar bara, sungguh tak tenang dan rimas dalam kelas.

Alhamdulillah, pengisian juga banyak. Benarlah pesanan seorang sahabat agar aku mengambil 2 subjek sahaja supaya aku boleh fokus untuk membaca dan menelaah bahan Islami. Tak rasa rugi pun, walaupun ada suara nakal menyuruh aku balik Malaysia sahaja kerana merasakan terlalu sedikit subjek yang diambil. Sekali lagi, different mind with different thought, and not to forget, with different mission.

Aku baru perasan, aku sebenarnya suka nak menulis. Kalau boleh setiap hari aku nak tulis. Ada benda nak diluahkan. Tapi, mesti ada benda lain yang menarik supaya tak tulis. To be fair, aku pun tetapkan dalam sebulan paling kurang ada 4 post. Sebab aku boleh tenang sikit, dan fokus tuntutan kerja lain.

Sebelum ni aku pernah berbincang atau mungkin juga berdebat dengan seorang mulhid, atau orang tiada agama bernama Simon. Aku duduk sebelah dia dan banyak berbincang tentang isu Palestin, agama, dan cara pandang kehidupan. Sedikit sebanyak membantu aku cakap bahasa Inggeris walaupun agak menunggang langgang. Bukan itu sahaja, dapat juga menerokai pemikiran golongan macam ni. Kebetulan, baru-baru ni terjumpa seorang yang mempunyai pemikiran yang sama dengan brother Simon ni. Masa tu dalam group FB Alumni SMART. Seriously, aku tak pernah minat nak berjidal atau berdebat dengan sesiapa. Tapi, atas kesedaran kalau aku biar dia dengan fikrah dia akan jadi melarat, dan silap haribulan orang lain akan terpengaruh dengan setiap kata-kata dia, maka aku ambil keputusan untuk turut serta dan cuba setakat termampu.

Seriously, banyak point aku lupa nak masuk. tergopoh-gapah sedikit sebab nak study. Harap apa yang aku cuba sampaikan dia boleh faham.








Aku akui, ada few points yang aku rasa agak slender dan terlepas pandang untuk dijelaskan kepada dia. Well, at least other people will get a spark to start a journey of searching for the truth. Harap abang ni diberi hidayah dan kekuatan untuk meneruskan kekentalan pemikiran dia untuk islam yang syumul nanti. Maaf abng atas keluwesan saya dalam menjawab soalan abang. Kalau abang senang, PM saya okay.

Sedang menghitung masa untuk pergi Umrah dan Haji, jika ada kesempatan. Moga dapat menjadi hamba yang lebih bertaqwa setiap masa dan ketika, insyaAllah.

Last but not least, pengisian masa soifi ni sangat mantap. Persediaan untuk menjadi penggerak dalam dakwah yang kami fahami cara perjuangan. Walaupun ada suara sumbang yang cakap kami tak terbuka la, tak menyeluruh la, mengehadkan pemikiran orang la etc.

Aku malas dah layan. Kalau ikut hawa nafsu, memang aku akan bersemangat super untuk terangkan dan biar semua orang faham. Namun, hard nut to chew, setiap orang ada tahap kesediaan masing-masing untuk menerima apa yang aku akan cakap. So, let my work walk my talk. Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku menanti adik-adik yang bakal sampai ke Jordan untuk dicelupkan dengan limpahan warna Islam. Nak mengata , nak mengutuk, atau nak mengumpat, dipersilakan. Bukan maksudnya aku benarkan. Tapi, aku akan berusaha menutup telinga dan terus buat kerja, tatkala orang lain bersenang lenang melayan falsafah dan ilmu mantik yang tidak kunjung tiba untuk direalisasi, di samping mengkritik di FB sedangkan mereka enak berbaringan atas katil empuk dialuni nasyid cinta penuh mendayu. Senang je nak kritik.

Dakwah, dan tarbiyah. Jantung dan hati. Darah dan daging. Hidup dan mati. Langit dan bumi.

Ya Allah, kuatkan hatiku, kuatkan azamku, kuatkan jiwaku, tabahkan semangatku, kentalkan peganganku, kekanglah nafsuku, agar aku bisa berjalan di atas jalanMu ini. Sinarilah aku dengan cahayaMu, agar yang terang akan sentiasa menerangi kegelapan palsu.

Semua yang baca, want to know something?

For me, dakwah surely had changed me a LOT.

Yang kat Jordan mungkin tak perasan sebab terus aku lompat masuk dalam suasana tu.

Tapi, kawan baik di Polisas, Amru, Fakrul, Abe, Mukhlis, Eddy, Kudin, Di, lebih mengenali aku ibarat isi mengenal tulang. Kalau balik Malaysia nanti, mungkin aku yang akan terkejut tengok diorang, atau diorang yang terkejut tengok aku. Tak kisah.

Aku nak terus berubah. Kalau boleh nak terus jadi baik. Selama-lamanya.

Sampai saat jiwa aku menemui penciptanya.:)

So, yang ragu-ragu, boleh try la. Kalau yang dah anti atau benci, jangan tunjuk sangat benci tu. Relax and cool. Cari medan lain eh, asalkan jadi orang berguna. Moga Allah mudahkan usaha kita mencari kebenaran.

Assalamualaikum...

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!