Facebook Twitter Google RSS

Sunday, October 14, 2012

Tentang Dakwah

Alhamdulillah, masih bernyawa dan bernafas sebagai manusia yang melafazkan 2 kalimah syahadah.

Tidak tersangka, sudah lebih setahun berada di negara luar, yang kondisinya jauh berbeza dengan Malaysia. Masa itu laju, dan membuat ramai cemburu termasuk aku. Pengalaman yang baru pasti dilahirkan dalam setiap detik masa yang berlalu. Oh, betapa indahnya nikmat menjadi manusia yang belajar dan mengisi masa dengan ilmu.

Kini, aku dalam persimpangan komik kehidupan yang panjang. Kisahku ingin berjuang, walaupun aku hanya pengurup ilmu yang tersisa dan dilanda dilema pula untuk terus berjuang. Yang pasti, aku tiba di sini untuk membina diriku yang baru, dengan acuan Ilahi pastinya.

Supaya hidup tidak lagi dipersia, seperti yang pernah aku rasakan. Tatkala hanya belajar menjadi tumpuan, yang akhirnya membuat diri hambar dilanda kebosanan. Begitulah yang aku ingin semua adik-adik baru rasakan. 

Aku melaksanakan kerja dengan jalan yang aku yakin. Jalan ini dihiasi duri dan rintangan, disertai tentangan nafsu dan lintangan dunia palsu. Walaupun kadang-kala aku mudah meruap, namun aku cepat jua kembali redup. Aku cepat menembak, namun aku pantas jua membalut luka yang tertebak. Aku pantas menikam hati, namun aku laju jua menyapu penawar diri.

Sikapku perlahan-lahan berubah. Yang keruh dialurkan ke sungai jernih, agar dengannya terbasuh dan menjadi bersih. Walaupun aku tak tahu nak guna kayu ukur apa untuk mengatakan aku sudah berubah, tapi mungkin dari segi adabnya aku sudah mampu bersabar dengan perbezaan. Dan banyak lagi, walaupun tak mampu nak mengatakan aku sudah baik. 

Well, it is a process...
___________________

Sekarang, aku tengah berusaha menyebarkan peganganku kepada rakan-rakan dan adik-adik. Aku berusaha membaikkan semua manusia di Jordan, dan membuat mereka terasa untuk bergerak menyebarkan kebaikan.

Yang penting, kenalkan mereka dengan Islam sebelum apa-apa jua yang mereka mahu ketahui. Dan bersihkan jiwa mereka dahulu, hilangkan jahiliah yang bermaharajalela, dan kenalkan dengan mereka Rabb yang sebenar. Aku percaya, penyampaian ilmu atau maklumat bergantung kepada tahap setiap manusia.
____________________

Oh, aku sekarang semakin nak menjaga diri. Berusaha mengelakkan diri daripada perkara yang mendatangkan kefuturan kepada diriku. Sentiasa mencari kekuatan hati depan Ilahi.

Cuma, aku sekarang dalam status tidak tahu ke mana. Diluah mati mak, ditelan mati anak. Lompat masuk dalam mulut buaya, dan jika tinggal habislah dipanggang dalam kuali.

Ku sangka istghfar tempat ku berteduh, sayangnya ia hanya bayangan sementara. Jasadku akan bergerak ke sana, namun hati tetap terpaut di sini. Kerana aku mencari peribadi, bukan lokasi.

Tidak mengapalah, doakan agar aku menjadi kuat. Agar mampu membawa perubahan.

Titik kita bersatu bukan persatuan, atau kumpulan, atau jemaah, atau usrah, atau PINTAR, atau kelas, atau halaqoh, atau majlis talaqqi, atau apa-apa sahaja melainkan kerana Allah.

Bersatu kerana nak menegakkan agama yang benar, Islam.

Berjuang untuk menegakkan kebenaran, dan menghapuskan kebatilan.

Berjuang untuk menghapuskan jahiliah, dan mengembalikan Ilah.

Namun, akan ada yang mahu mengekalkan hegemoni kuasa, lalu ditindas penyeru manusia. Akan ada manusia tidak mahu masyarakat berpecah, namun hakikatnya yang hak itu akan selamanya tetap terpisah dengan batil, mustahil bersatu.

Beginilah yang aku faham.

Cuma, jika ada yang merasakan peganganku salah, tampillah untuk membetulkan Aku membutuhkan jalan untuk dimanfaatkan demi Dia, maka berilah aku peluang untuk beraksi.

____________________

Contengan pada waktu petang, untuk melayan jiwa yang rawan. Aku masih mempraktikkan senyum dalam kecewa, dan gembira setiap ketika.

Cuma, aku perlukan juga bahu untuk aku menumpang cerita. Berkongsi suka-duka, dan memberi semangat untuk terus berkuasa menjaga jiwa.

Ting. Ting.Ting.

Aku ada remove beberapa sahabat. Bukan kerana benci, melainkan untuk kebaikan bersama. Sebenarnya, dalam FB ni, kalau tak friend pun tak pe. Cukup sekadar mesej kalau ada perkara yang betul-betul penting.

Haha.

Selamat berjuang sekalian mahasiswa.

Banyakkna membaca, dan kita hapuskan kejahilan bersama-sama!

Assalamualaikum.




About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!