Facebook Twitter Google RSS

Wednesday, January 23, 2013

Impian

Duduk di atas kerusi.
Renggangkan badan.
Pusing kiri dan kanan.

Krak. huh. Dah lama tak exercise...
________________________________

Cuti semester officially bermula. Maka, bermulalah perancangan rakus si syaitan dan bala tenteranya untuk menyesatkan lebih ramai anak Adam dengan maksiat dan pembuangan masa!

Ya Allah, selamatkan hambuMu yang lemah ini dari melakukan sesuatu yang tidak Kau redhai.
(Ameen.)

Alhamdulillah, baru lepas khuruj 3 hari dengan jemaah Arab tabligh di Irbid. Pengalaman yang sangat menarik apabila dapat masuk ke perkampungan mereka, dan dapat merasai banyak makanan yang luar biasa. Setiap hari semasa di kampung itu akan dapat sesuatu yang baru, sama ada dari segi ilmu, atau percakapan, ataupun dakwah. Kena sampaikan bayan depan penduduk kampung, lepas tu baca kitab hayatus-sohabah, dengan tazkirah. Peh. Memang berbaloi berbanding pergi melancong. (No offense hehe)

Kali pertama ikut jemaah ni. Kat Malaysia tak pernah join, dan tak terfikir akan join pun. Walaupun mereka membawa fikrah dakwah, sama dengan jemaah Islam yang lain, tapi cara kefahaman mereka terhadap dakwah dan teori pelaksaan berlainan sama sekali dengan jalan yang aku percaya. Persoalan muntij Allah yang akan beri, kita cuma berusaha dan mujahadah dalam jalan yang kita percaya terbaik. Aku cuma sertai tabligh kat sini sebab nak tingkatkan penguasaan bahasa Arab dan tahu lebih banyak budaya mereka. Dapat buat kabel banyak-banyak dengan syabab arab yang muaddabin, syeikh-syeikh, dan penggerak dakwah tabligh. Yang penting, diorang ni semua baik sama ada dari segi ilmu, akhlak, atau ibadat dan berbeza sama sekali dengan arab-arab yang ada kat tepi jalan atau kat universiti. Tak pernah nak ejek Malizi. Thumbs up! Dan, mereka sangat ihtiram tetamu. Banyak gila nasi aku makan kat rumah pak cik Arab hari tu. Tak kira lagi minyak zaitun dengan biji zaitun. Peh. Meragam perut lepas balik khuruj.

But, indeed, it was a very good experience.
_____________________________________

Ingat tak janji dalam post yang lepas, bahawasanya aku akan dapatkan mumtaz sem ni? Kalau tak ingat, skrol dengan rajin ke bawah dan baca.

Dengan wajah excited, dan penuh kegirangan, aku berkata,

"Yay! Berjaya capai matlamat!"
*berlinang air mata dan sujud syukur*

Alhamdulillah 3la kullu ni3mat minhu, raghmi jahl wa kathir min ma3siah...:'(

Dengan mujahadah yang berterusan, matlamat yang jelas, penjagaan diri yang kemas, dan yang paling penting kekusyukan dalam beribadah, insyaAllah semua perkara kita boleh dapat.

Tapi, perjuangan tak pernah selesai. Masih terlalu banyak ruang perlu dimenangi. Buku-buku fikrah, fiqh, akidah, akhlak, nahu sorof, marketing, seerah, dakwah, dan bla bla bla... Banyak gila lah!!!

Belum lagi dikira lagi mad3u aku. Nak kena bentuk, asuh, belai, touching, dan bawa sampai mereka semua faham torik dakwah.

Pendek cerita, jalan masih panjang. Jangan perasan menjadi tua sebelum tiba masa. Ini bukan masa nak bergoyang kaki atau terasa macam dah banyak ilmu. Teruskan berjalan, teruskan mujahadah, dan sentiasa tingkatkan hammasa!
____________________________________________

Tadi baru Skype dengan parent. Sangat seronok sebab dapat cakap lama-lama. Sebelum ni ada masalah internet, dan kadang-kadang sibuk dengan exam, persatuan, dan etc...

Bila dah sampai at a point of life, kita mahu cara orang layan kita berbeza. Ketika mana kita masih hingusan, mungkin tidak gusar jika manusia melayan kita sebagai kanak-kanak. Mungkin cukup menghiburkan jiwa hanya dengan pendekatan cokelat atau gula-gula atau hadiah kecil-kecil.

Apabila meningkat remaja, kita mahukan perkara lain pula. Mungkin dengan melayan emosi kita, mendengar luahan pendapat kita, dan memandu kita ke arah kebaikan.

Tetapi, certainly, at this point of life, yang aku pun tak tahu nak kata fasa kehidupan jenis apa, kita mendambakan interaksi dan dahagakan perkongsian yang berlainan.

So, masa last skype hari tu, aku rasa may parent had gave something. Sesuatu yang sangat besar, sesuatu yang kanak-kanak hingusan tidak fikirkannya, sesuatu yang remaja akan pandang enteng kepadanya, dan aku yakin perkara ini merupakan tanda aras kepada kehidupan yang lain.

Apa yang parent bagi tu?

Simple je sebenarnya. It was trust and responsibility. Atau kepercayaan dengan tanggungjawab.


Bila mana aku terasa nak buat sesuatu keputusan, aku tanya parent dulu. Kalau dulu, parent akan mendirectkan dengan zahir segala arahan. Maksudnya, buat A, dan aku kena patuh untuk buat A. Aku tanya which is better, then the answer should be A or B. No space for a discussion. Well, it was long time ago. Sekarang, bila aku tanya untuk buat keputusan, parent lebih suka ambil keputusan untuk nasihat, dan berikan aku ruang untuk berfikir dan gunakan segala sumber yang aku ada untuk buat yang terbaik. Diorang berikan jalan untuk aku berfikir, dan biakan aku mencorak berdasarkan keyakinan intuisi aku. Mereka semakin yakin dengan apa yang aku nak lakukan. :)

Perasaan aku, sangat gembira. Dalam buku Men from Mars dengan Women from Venus ada bincangkan sedikit sebanyak tentang cara berfikir lelaki. Dan, secara normalnya, lelaki akan suka apabila diberi kepercayaan. Sebab apa? Kerana menunjukkan bahasanya lelaki itu sudah mampu memandu kehidupannya sendiri dan mencorak masa depan. Dengan ego yang lelaki ada, tida hairan jika meraih kepercayaan itu antara aspek utama yang dikejar demi memastikan tahap maskulin mereka di tahap tertinggi. (erk)

Dan tanggungjawab. Kalau dulu, mungkin parent aku kurang cakap soal apa yang aku perlu galas pada masa depan, masalah yang bakal dihadapi, dan persoalan keluarga. Tapi, sekarang agak berbeza. Ayah aku beritahu aku apa yang perlu dipersiapkan, dan nasihat aku bagaimana nak kemudian bahtera kehidupan ke muara yang selamat dan bagaimana untuk belayar dalam kencangnya ombak cabaran. Kalau dulu, jika aku buka soal jodoh atau pasangan, biasanya akan keluar jawapan yang sangat cliche. Contoh, belajarlah dulu, atau tak cukup umur, atau tak pandai urus kehidupan lagi, dan macam-macam lagi dalil cliche yang boleh diekstrak dari mana-mana blog yang berhampiran. Dan anak enchik tak terima dalil lapuk. hehe

As for now, whenever i asked about this particular thing, the answer was impressive. Ayah cakap,

"Abah cuma boleh nasihat. Angah yang tentukan. Fikir elok-elok, dan siapkan perancangan. Perkahwinan bukan permainan. Tapi, bila dah sampai masa tu, abah tak boleh buat apa dah. haha"

Huh. The answer was rather short. Tapi, sangat terkesan di hati seorang pemuda yang baru mula nak mengenal buasnya kehidupan dan mengatur perancangan untuk dirinya. Aku senyum, dan aku bertambah faham di mana aku berada, di tahap apa, dan ke mana aku akan pergi. Ayah aku yakin bahawasanya aku boleh pegang tanggungjawab untuk membuat keputusan, dan dia yakin dengan apa yang aku nak lakukan. Cuma, aku tetap perlu mengambil nasihat daripada parent, as they should know more about this.

Lepas perbincangan yang agak hangat ditemani gurauan manja seorang bapa, aku rasa dah boleh berdiri sebagai seorang lelaki yang matang dan dipercayai. (muntah haha)

Indeed, aku bertambah yakin, dan matang. Sebab keluarga yang mendukung aku percaya dengan apa yang aku lakukan, dan mereka bersedia membantu. Alhamdulillah...:)

Tadi baru habis lagi satu pusingan skype. Dan kali ni perbincangan yang agak berat jugak. Pening kepala tak habis lagi ni.

Aku terfikir, keluarga aku keluarga yang biasa-biasa je. Dan sama dengan saudara mara aku. Bersederhana, dan masing-masing masih berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Masih aku ingat cerita daripada ayah aku, yang tangan makcik aku dah sangat teruk kerana ketekunan membuat kerepek bersama ahli keluarganya. Dan aku saksikan sendiri bagaimana kehidupan kami semasa di kampung dulu.

Aku terfikir, sepatutnya aku ubah semua ini. Dengan tenaga yang aku ada, dengan ilmu yang aku, dengan kudrat yang aku, sewajibnya aku membawa kehidupan sanak-saudara aku ke tahap yang lebih baik dan lebih kuat agamanya. Aku yakin, aku ada kemampuan untuk membawa mereka semua ke jalan dakwah, dan memperbaiki masalah kehidupan mereka. Aku rancang, untuk dakwah mereka, dan bantu mereka mengembangkan perniagaan. Aku mahu tanamkan betapa kejayaan akhirat itu yang lebih utama. Aku nampak je mereka solat, tetapi ruhnya itu hilang. Aku nampak mereka berdoa, namun pergantungannya kurang. Aku nak ubah. Aku nak bantu.

Sebab tu aku jadi pening. Teorinya, apabila seorang lelaki ada perancangan, atau dia tengah serius fikirkan sesuatu, dia akan masuk ke dalam gua yang kelam dan diam bersembunyi. Dan aku dari tadi senyap membatu, dan terus berfikir. Macam-macam jalan terbentang dalam benak. Aku dah tulis atas kertas. Aku cuba buat beberapa jalan untuk menuju ke tahap yang aku nak.

Ke mana aku nak bawa mereka? Bagaimana aku nak tolong mereka? Apa yang aku boleh tolong? Kenapa aku nak tolong?

Secara mudahnya, aku nak satukan saudara mara aku. Bina hubungan kembali agar kukuh berdiri kerana akidah islam, kerana cintakan Allah, sahaja. Mungkin awalnya agak susah kerana semuanya mengejar material. Tetapi, batu yang keras jika dialirkan air yang halus akan tetap terbentuk lekuk. Maka, ini proses yang berterusan. Kemudian, aku mahu membuat satu konglomerat perniagaan yang benar-benar berjaya. Aku lihat, pakcik dan makcik aku mempunyai kepakaran dan kemahiran yang sangat tinggi. Tapi, mereka kekurangan dan segi idea, marketing, planning, dan juga arrangement. Aku yakin dan komited untuk memicu keupayaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Lagi, apabila semua saudara mara aku di kampung itu sudah  berjaya aku dakwah fardiyah, aku akan takwin lagi sampai boleh jadi penggerak sehingga satu kampung faham tujuan hidup mereka. Dan, secara mikronya, ini yang aku nampak. Walaupun jalannya macam sangat sukar ditambah lagi dengan aku yang takde pengalaman, tapi insyaAllah boleh dilalui. Fuh. long way to go!

Abah cakap, nak pindah Temerloh dalam tahun 2015. Buat rumah, dan buka kilang sekali. Matlamat yang besar, maka peracangan perlu besar juga. May Allah ease this journey.

Permulaannya, aku akan mula pada Ramadhan ni. Aku akan start dengan perniagaan kuih tat yang mak aku pandai buat. Aku akan iklankan, pull demand, dan push semua supply. Tengok ke mana boleh pergi. Well, first try. Aku nak analisis, macam mana nak pergi jauh. Sebab, aku yakin, kuih tat yang mak aku buat sangat sedap dan banyak demand. Kerepek yang mak sedara aku buat pun sedap. Tinggal untuk diuruskan dengan sistematik, dipasarkan dengan profesional, dan keuntungan akan mengalir. Duit yang banyak, boleh diinfak. Boleh buat masjid, boleh wakafkan tanah, dan macam-macam lagi. Lepas tu, tarik lebih ramai manusia dalam pusaran dakwah. Heh. Awesome!

So, ni basic apa yang aku nak buat. Detailnya, aku tulis dalam buku je lah. Yang penting, nampak matlamat yang aku nak kejar.

Huh.

Matlamat yang besar, kerja perlu keras, dan mujahadah perlu mantap. Last sekali, ustaziatul alam. Eh

Cuti. Berusaha untuk menjadi manusia yang sangat berguna. Berusaha sama-sama ya? Ayuh!

Assalamualaikum wbt.

Dengan Syamil cutee...

Muwajih. Ustaz Fadzil.. :)

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!