Facebook Twitter Google RSS

Thursday, January 10, 2013

Shortly

Dengan lafaz basmalah...

Alhamdulillah, semester pertama untuk tahun kedua hampir berakhir. Sekarang ni, sedang menunggu untuk melunaskan lagi dua peperiksaan yang tertangguh disebabkan hujan salji yang lebat di Irbid. Kali pertama dapat melihat salji jatuh di depan mata. Putih yang cantik dan menawan. Tapi, tersangat sejuk dan aku tak dapat tahan. Lepas jamak solat maghrib dan isya, aku terus berlari nak balik rumah. Kaki dah kebas, dan tak dapat rasa ada tangan. huh. Pelajar Melayu dan Arab lain saling berbaling salji. Ada kena baling di kepala dan jatuh pengsan. Generally, malam yang menggembirakan untuk semua, hatta pak cik pengutip sampah dan kanak-kanak Syria yang kebuluran.

Sebenarnya, sedikit sahaja yang akan gembira dengan turunnya salji di sini. Sebab, lebih ramai yang akan mengalami kesulitan dan kesengsaraan. Tadi, baru je baca berita tentang pelarian Syria dan Palestin yang berhempas-pulas bertahan dalam kesejukan malam di kem mereka. Banjir dan salji keputihan hampir menengelamkan perumahan daif tu. Sigh. How could we enjoy salj while in the same time they are suffering in the storm? Insaf. Salji telah menyiram dan memadamkan kepanasan isu umat. Malahan, segala persengketaan dan perseteruan di alam maya hampir tertimbus di bawah kesejukan si putih salju.

Untuk semua perkara, ucapkan alhamdulillah. Pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik segala ciptaanNya. Sebab itu antara i3jaz al-Quran itu adalah perkataan hamd dan syukr. Hamd, untuk semua perkara sama ada buruk atau baik. Dan syukr untuk perkara yang baik...

___________________________________________________________


Cuti semester dari 15/1/2013 sampai 6/2/2013 lebih kurang 20 hari. Apa perancangan?

Emm... Duduk di Irbid, tidur bawah hirom, dan makan. Cliche.

Tak minat nak pergi jalan jauh-jauh. Ramai kawan ajak pergi Europe, France, keliling London, date di Turki, redah Mesir, dan lagi best yang ajak pergi Afrika untuk bantu orang fakir kat sana. Hoi!

Hati belum terbuka untuk pergi jalan-jalan. Ada hadaf yang lagi utama nak dicapai. Bukan kolot ye kawan-kawan, bukan kikir nak berbelanja, tapi nak pastikan matlamat kehidupan itu terlebih dahulu digapai dan meletakkan setiap sen duit itu di tempat yang sebetulnya untuk Islam. Tahun 3 atau tahun 4 nanti, mungkin akan pergi lah lawat. Tapi, bukan jalan-jalan kosong kepas tu tangkap gambar lepas tu gembira lepas tu balik Irbid cerita pengalaman lepas tu balik rumah tidur tak bangun subuh. Lemahnya hadaf nak jalan-jalan hei!

Patutnya, pergi jaulah untuk menguatkan lagi hati dan semangat di jalan ni. Berjumpa dengan muwajjih-muwajjih qowiy negara lain, dan belajar dari waqi' mereka. Ambil ilmu dan kelebihan, belajar dari kekurangan, melebarkan lagi jaringan manusia bertaqwa, meningkatkan mutabaah amal, meninggikan fikrah, memantapkan usaha, dan akhirnya pulang dengan jiwa yang baru. Ini barulah jaulah!

Macam retorik sangat. Tapi, memang ni pun pesanan dari semua muwajjih yang mahukan setiap pemergian kita ini akan menyumbang dalam pembinaan diri, bukan setakat pengetahuan dan pengalaman. Jaulah tu menguatkan, bukan melalaikan. Jaulah itu salah satu dari wasilah tarbiyah, maka sewajibnya kita meletakkan asas kefahaman yang betul. Kalau tak, apa beza dengan orang yang tak ikut tarbiyah kan?

Maka, tertinggallah berseorangan di rumah. (Ahli rumah pergi umrah) Apa nak buat eh? 

Banyak perkara boleh dibuat. Dah buat set untuk habiskan beberapa buah buku, dah set beberapa juz, beberapa hadis, dan beberapa lagi. Setakat ni kalau cuti, memang dapat buat apa yang dah diplan. InsyaAllah, semester baru dengan semangat baru dan ilmu yang baru. Moga dipermudahkan.
____________________________________________________

Semalam tengok cerita Sang Murabbi. Cerita lama, tapi ibrah tetap terkesan di jiwa. Patut la Indonesia mantap dakwah dan tarbiyah. Dulu, Malaysia terlebih dahulu berbanding Indon mendapat sentuhan tarbiyah dengan manhaj ikhwan. Tapi, sekarang PKS yang menggerakkan tarbiyah di sana dah masuk ke wasilah politik dan ahlinya dapat memainkan peranan dengan sangat baik dalam membaikpulih kerajaan. Jaringan mereka mantap, sehingga sudah menjadi satu kebiasaan jika ada ikhwah yang memegang sehingga 5 liqo. Peh!

Jika kita benar-benar beriman dengan cara dan jalan ini, nescaya Allah akan memberi jalan kemenangan. Dan asas kepada segala kemenangan adalah kefahaman terhadap akidah yang benar. Sebab itu, kefahaman diletakkan dalam kedudukan pertama dalam Rukun Baiah, supaya setiap tindakan kita terpandu berdasarkan kefahaman yang sebenar. Ramai yang ikhlas melakukan kebaikan, tetapi hakikatnya dia tidak faham dan tidak berilmu dalam melakukan sesuatu. Dan boleh jadi kerana kerana ketidakfahamannya, akan menyebabkan kebaikan itu membawa keburukan.

Faham, dan tanamkan dalam setiap tindakan.

Sebab itu, sudah berapa ramai manusia yang belajar ilmu agama dan tentang Islam akhirnya membawa ke bumi Malaysia tidak lebih dari sebuah perseteruan. Masyarakat tidak berubah, dan masih melingkar dalam kejahilan. Ustaznya khusyuk bergaduh ilmu fiqh, abidnya menyembunyi dari kemaksiatan, pendukung masyaikh bermati-matian mendukung syeikh mereka, dan dakwah terus terkubur dalam ketidakfahaman ahli agama itu sendiri. 

Jelas, masyarakat Islam dan agama ini perlukan pendakwah yang memahami dengan jelas tasawwur tariq dakwah ini. Mereka perlu bezakan dakwah am dan dakwah fardhi. Mereka perlu mencerna fiqh aulawiyat dan mahirkan fiqh waqi. Dan banyak lagi cabang ilmu, supaya agama itu kembali ditegakkan di bumi Tuhan. Betapa beratnya tanggungjawab yang digalas oleh orang yang faham syahadatul haq ni. Huh.
#Menangislajulaju#

Kerana itu, aku menginsafi segala kelemahan dan kekurangan aku. Aku menyesali segala perbuatan lalu dan kejahilan yang pernah aku lalui. Aku pernah menyebabkan Islam dipandang hina. Sigh.

Betapa aku mahu masyarakat mendapat kefahaman sebegini, dan mereka mahu berubah untuk menerima Islam sebagai kehidupan, bukan sekadar agama. Aku mahu melihat Malaysia menerajui kekuatan dalam menghidupkan kembali ketamadunan Islam. Segala pengharapan, setiap kemahuan, hanya dapat dibumikan apabila diri sendiri yang bergerak menerajui segala perubahan. 

Kemudian kepada rakan-rakan kita. Lihat sekeliling, masih banyak yang terjerlus dalam parit maskiat yang hina, namun mereka tidak pernah geli untuk keluar dari situ. Kerana sudah lama berendam sehingga tidak membau kebusukan yang menusuk. Kita perlu hulurkan tanga, dan berusaha menarik dengan kudrat yang ada. 

Semua sekali, bermula dari diri sendiri.

Peh, haraki sangat pulak post ni. Sorry...
___________________________________________________

Semua akan membesar, tetapi tumbesaran setiap orang tidak sama.

Dari itu, setiap orang akan melalui kehidupan yang berbeza. Islam pula mampu mengatur kehidupan setiap manusia dengan meletakkan mabda yang harus dipatuhi. Tinggal untuk kita terima atau menjahilkan diri menjadi pasif yang merosakkan agama.

Ada kawan aku yang sangat susah nak keluar rumah. Suka duduk dalam bilik, movie, twitter, drama, buku, dan makan. Bangkai hdup. Allah, sedih aku.

Kami berusaha mengeluarkan dirinya dari kitaran tu. Setakat ni, semua usaha tak berjaya. Aku cuma mampu doakan dia berubah, dan terbuka sedikit ruang untuk hatinya menerima Islam yang sebenar.
___________________________________________________

Selagi termampu, aku akan gunakan segala kelebihan dan kekuatan dan kerajinan untuk perkara yang aku percaya. Aku menggalakkan sesiapa sahaja untuk berdiskusi dan berbincang untuk kepentingan Islam, dan saling bertukar pandangan. Medan ini luas, dan masing-masing dengan cara berbeza. InsyaAllah, aku menghormati kepelbagaian.

Doakan aku. Doakan umat Islam Ahlu Sunnah wal Jamaah Palestin, Syria, Burma, Narathiwat, Bosnia, Kashmir, Iraq, dan di semua tempat. 

Selamat menjadi Muslim.

Salam.

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

1 comments:

Nik Heidzir said...

masyallah akhi..hebat enta dalam memberi cakna kepada masayarakat Islam di negara lain

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!