Facebook Twitter Google RSS

Monday, April 22, 2013

Belajar.

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni dah masuk 22/4/2013. Pertama kali sampai Jordan pada 15/9/2011. Hampir 2 tahun terdampar di tanah gersang ni. Entah apa perasaannya tatkala teringat kembali kali pertama meluncur dengan burung besi untuk meluncur ke mari. Kemudian hidup penuh hipokrasi untuk memahami arab komunikasi. Dan akhirnya, terjatuh dalam gerabak yang sangat ohsem tanpa disedari. Percaturan Allah, adakah ada yang mampu campuri?

Alhamdulillah, masih bertenaga untuk melukis kehidupan yang akan datang ini...

Aku seakan-akan sedang membaca sebuah komik tatkala melihat jalur kehidupan yang dilalui. Ada cabaran, ada tekanan, ada manisan, dan sentiasa dilingkari kejutan. Hidup ini tidak pernah berhenti untuk menyediakan gimik yang terbaik, yang Dia rancang untuk sentiasa menjadikan kita hamba yang bersyukur. Hew

Pendosa hari ini, boleh menjadi abid yang wara' pada keesokannya.
Pemaksiat yang kita benci, boleh berubah menjadi hamba yang bersih jika hidayah diberi.

Beginilah, putaran kehidupan akan berputar dengan pantas. Sebentar sahaja kamu seronok bermaksiat, sehinggalah tiba arahanNya yang akan menghancurkan segala kebejatanmu dan membawa kamu mencium bumi. Masa untuk berubah tidak pernah terlambat, hatta tidak akan sesekali meninggalkan manusia yang dambakan perubahan. Kenapa kita menzalimi diri dengan enggan menerima perubahan?

Sekarang, masa agak terbatas. Walaupun sebenarnya banyak sahaja masa jika mampu diuruskan dengan lebih baik. Seronok bekerja dalam Bkan. Mula-mula agak skeptik kerana diri ini sendiri tak tahu nak sumbang apa. Tidak terlintas dalam hati untuk menerajui kepmpinan, apatah lagi aku pernah dikecewakan dalam keadaan yang sama. Tapi, apabila melihat akhlak dan kelakuan ahli Bkan, komitmen mereka, dan kesungguhan mereka dalam mencari kebaikan, aku menjadi cair untuk turut sama membantu. Aku akan cuba, berdasarkan apa yang terdaya.

Musim panas mengubah hati aku dengan pantas. Perasaan aku, sikap atau mood kita akan dipengaruhi oleh cuaca persekitaran. Kalau panas, maka tekanan darah agak tinggi dan memungkinkan berlaku letusan tidak diduga. Kalau sejuk, seolah-olahnya aku sudah bisa menjadi ais yang tenang dalam kekacakan. Hebat peranan cuaca ni...

Kondaksi dah pun berakhir. Program Konferens Dakwah Siber ini sangat baik, dan memberi input yang berguna. Cuma, ianya bukanlah sebaik pengisian di perkhemahan MUNTIJ. Aku sangat cemburu kepada ikhwah yang dapat pergi. *Crying*

Oh ya. Persembahan nasyid oleh ikhwah semasa majlis penutup program mengalirkan air mata aku. Entah kenapa. Mungkin kerana 2 hari aku terpisah dengan mereka, sehingga membawa gelombang kerinduan yang meranapkan empangan mata aku. Atau mungkin kerana kesungguhan mereka dalam menyanyikan nasyid jihad itu, sehingga tegang bulu roma aku melihatnya. Yang pasti, aku terasa penutup majlis ini sangat baik. Menaikkan semangat dan mencairkan hati. :)

*Lagu Palestina dan Semanis Gula.
_______________________________________

Baru teringat, aku dah berjanji untuk menulis tentang temuduga biasiswa JPA ke Jordan. InsyaAllah, aku akan cuba menulis dengan memori yang masih berbaki ni. Harap dapat membantu walaupun sedikit.

Masa interview JPA dulu, aku terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar non-Muslim yang aku lihat mereka cukup berkaliber. Sama ada mahu atau tak mahu, aku terpaksa menolak diri aku untuk menonjol dalam wawancara biasiswa itu dengan berdasarkan kapasiti ilmu yang aku ada.

Sebab itu, aku merasakan perkara utama yang perlu dilengkapkan oleh seorang yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang dia minati adalah menajamkan kefahaman serta penguasaan dalam bidang itu. Macam mana cara nak menjadi matang dalam bidang yang kita minati?

1. Baca keratan akhbar yang berkaitan dengan ekonomi. Pengaju soalan dalam temuramah akan memberi persoalan yang kebiasaannya berkait dengan suasana semasa. Antum bacalah apa-apa sahaja perkembangan mutakhir berkaitan dengan lapangan perbankan Islam. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan pengetahuan am dan memberikan kredit yang cukup tinggi kepada diri kita kerana para penemuramah melihat kita sebagai seorang yang hebat pengetahuannya.

2. Tahu matlamat dan tempat yang kita ingin belajar. Jika ingin belajar di jordan, cari kelebihan yang ada di sini dan kaji subjek yang akan dipelajari. Pasti para ineterviewer akan terkejut apabila melihat pencapaian kesediaan kita untuk sambung belajar. Mereka akan melihat kita sebagai seorang yang serius dengan impian dan membuat perancangan yang cukup rapi dalam kejayaan.

3. Kenali tokoh-tokoh utama dalam industri perbankan Islam. Contohnya, Ustaz Zaharuddin, atau Dr Aznan Hasan, atau Dr Daud Bakar, atau Dr Akram Laldin, yang terkenal dalam negara dan luar negara. Kenali peribadi mereka dan jadikan mereka sebagai idola dalam bidang ekonomi.

4. Cari maklumat berkaitan institusi-institusi berkaitan dengan ekonomi Islam. Antara yang popular adalah ISRA, Sekuriti Malaysia, dan Bank Negara Malaysia. Tengok apa yang mereka sediakan, dan kenal pasti perkhidmatan yang ditawarkan. Pasti penemubual tergamam melihat kesungguhan kita mencari maklumat.

Setakat yang ana fikir perlu, ini sahajalah yang penting. Adapun aspek lain seperti cara bercakap, atau pakaian, atau teknik memikat hati mereka itu pasti boleh dicari di tempat lain.

Ana mengucapkan selamat berjaya untuk sesiapa yang nak sambung pelajaran ke mana sekalipun. Harap perkongsian pendek ini dapat memberi sedikit panduan dalam mengharungi interview yang mendatang.

Bersama Ustaz Rozaimi

Bersama UZAR dan escortnya

Sebelum bermula slot

Bersama AJK. sayaang antum. <3


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

2 comments:

Unknown said...

Kene ade jiwe sastera kalo nk bace blog nie.. heheh. :)

Shazmie said...

haha. bukan jiwa sastera yg diperlukan, tetapi jiwa yang dahagakan tarbiyah berpanjangan. :3

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!