Facebook Twitter Google RSS

Tuesday, September 3, 2013

Hari Terakhir

Bismillah walhamdulillah.

Dah dekat 3 bulan lebih aku cuti rupa-rupanya.

Apa? Biar betul? Hew
_______________________________________

MasyaAllah tabarakallah yang menjadikan aku hidup sebagai khalifah dan seorang abid di atas muka bumi ini. Terasa tenang tatkala mengingati bahawasaNya Dia sentiasa memberi bebanan yang sesuai dengan hambaNya. Tidak pernah terlebih melainkan Dia tahu kita mampu hadapinya, dan tidak pernah kurang cabaran itu agar kita sentiasa dekat denganNya.

Apa yang boleh aku lakukan adalah merangkumkan 3 bulan ini dalam luahan rasa dalam hati sahaja. Aku cek semula checklist balik ke Malaysia, dan bersyukur apabila hampir 90% target tercapai. Satu indikator yang bagi aku sangat baik dan boleh dipertingkatkan.

Kudos untuk diri sendiri yeay!

Sebab utama kenapa aku tak update sepanjang berada di Malaysia adalah perasaan kesibukan yang aku rasai sepanjang masa. Awal-awal balik dulu, aku peruntukkan seminggu sepenuhnya untuk berkongsi kasih dengan keluarga. Selepas ahli bait lemas dalam kasih sayang, aku bergegas ke serata Kolej Persediaan untuk menyelinap dan buat apa yang patut. Kemudian peruntukan masa untuk kawan-kawan lama dan baru sama ada sesi reunion, atau lawatan ke rumah, atau perkongsian ringkas. Jika ada masa yang macam lapang, baru aku masukkan jadual kawan-kawan yang berkahwin. Jika masa lapang lagi, aku letakkan untuk adik-beradik aku sehingga akhirnya aku rasa macam setiap hari ada kerja nak buat haha.

Begitulah alasan tidak berapa bijak dari aku. Secara jujurnya, aku nak berhenti sejenak dari dunia digital atau alam maya ni. Bukan apa, kadang-kadang aku kena selarikan watak aku dalam laman sosial dengan dunia sebenar supaya tidak berlaku konflik. Aku sentiasa fikir untuk seimbangkan perwatakan dan sifat aku agar tidak berlebihan sama ada terlebih memberi pendapat ketika mana isu itu aku belum hadam, atau cubaan untuk berlagak bijak walhal masih hijau dalam perdebatan. Kita kena elakkan diri kita dari dilihat orang lain sebagai liabiliti yang merencatkan perjuangan, atau mungkin lagi dahsyat jika teman seperjuangan menganggap kita sudah lari dari haluan kerana sudah tidak kesefahaman. Berbahaya tu!

Sebab tu, dalam hidup ni kita kena ada butang pause. Audit diri. imbangkan emosi, stabilkan perwatakan, dan tidak hanyut dilambung isu yang tidak kenal erti surut. Dalam kita berdiam diri, nescaya kita makin jelas siapakah watak Pak Pandir yang menjadi juara dalam setiap isu, seolah-olahnya dia pemilik khazanah ilmu yang luas lalu membenarkan pendapatnya yang hitam itu menjadi putih. Apakah kegilaan ini?

Seperti biasa, aku ada seorang bapa yang peramah dan murah dengan nasihat untuk kehidupan. Banyak juga prinsip kehidupan aku yang dipertajam dengan nasihat dari seorang bapa. Cuma, aku masih sangsi tentang isu persahabatan yang bapa utarakan. Katanya, jangan percaya dalam sangat khususnya seorang yang bergelar kawan. Mungkin esok boleh menjadi lawan. Aha

Dulu, aku mungkin akan mengiakannya. Kerana di sekililingku bukan orang yang aku yakin boleh berpaut apabila terjatuh, atau boleh menyambut tanganku apabila tergelincir, apatah lagi nak menasihati aku agar mengikuti jalan yang lurus. Tapi kini, apabila aku melihat sahabat yang aku temui di Jordan, atau di tempat pengajianku sebelum ini, aku yakin sinar harapan untuk mendapat kawan yang benar sehidup semati itu ada peluangnya. Belum lagi dikira rakan sejemaah yang aku letakkan kepercayaan di bawah keluargaku.Sangat dekat rasanya. Entah. Aku tak nafikan mungkin suatu hari nanti ada kawan yang akan tikam belakang, tetapi setakat ini iman aku dengan sahabat yang baik itu masih berkekalan insyaAllah. Kerana aku telah jumpa mereka yang bapa aku belum pernah jumpa. :)

3 bulan banyak mengajar kehidupan, atau ilmu untuk meneruskan hidup dengan kacak dan bergaya hehe. Aku dah habiskan hampir sedozen atau lebih buku berkaitan kewangan kapitalis tidak termasuk beberapa majalah hartanah yang merancakkan mata aku, dan hanya sebuah buku bahasa arab berjaya dibaca. Seyh. Sumpah perlahan mata aku nak baca kitab Arab semula lepas ni. Kena cepat panaskan badan masa kat Jordan nanti.

Aku nak tulis apa yang aku nak jadi bila besar nanti.

1. Tegas dengan prinsip, pada masa yang sama terbuka untuk perbincangan.
Aku suka bila ada prinsip, dan bonus bila dapat praktiknya dalam realiti kehidupan. Kerana dengan prinsip yang teguh, barulah karismatik dan kepimpinan itu tertonjol. *Pfft*

2. Suka membaca dan memberi buah idea, tapi tidak berlebihan dan sentiasa berwaspada.
Membaca itu sangat penting, kerana dengannya kita dapat membuka pintu kepada pelbagai jenis dunia yang berbeza. Dari situ, kita akan lebih terbuka dnegan idea yang berbeza dan menerima perbezaan sebagai cabang kehidupan. Tapi, itu bukan bermakna kita boleh sewenang-wenangnya memberi komentar dalam isu yang kita tidak hadami. Apatah lagi apabila ulasan kita itu menjadi pegangan orang lain. Berani ke tanggung dosa jika ulasan itu tidak bertepatan dengan usul ilmu dan menyesatkan orang kebanyakan?

3. Berani tanggung risiko selepas melakukan persediaan dan analisis yang mendalam.
Aku akan masuk bidang perniagaan dan keusahawanan, itu insyaAllah akan berlaku dengan izinNya. Sebagai orang yang nak bayar gaji kepada diri sendiri, aku wajib berani menongkah arus ketakutan manusia dan perlu mengeluarkan kudrat luar biasa untuk mengkaji setiap segi dari segi risiko, peluang, dan juga masa depan.

4. Mempunyai komunikasi interpersonal yang mantap dan berkesan.
Ini memang perkara yang aku suka sangat explore dari dulu sampai sekarang. Sebab itu, aku banyak masuk pidato, debat, dan juga pertandingan seni lain macam sajak dan pantun. Aku lihat, terlalu banyak kelebihan bagi yang dapat menguasai kemahiran komunikasi ni dengan baik sama ada menyelesaikan konflik, mencipta hubungan yang mesra, mengubah lawan menjadi kawan, dan pelbagai lagi manfaat yang ada.

5. Semakin memahami seni berbicara dengan wanita
Yang ni aku fail dari dulu sampai sekarang. Ada yang cakap aku garang, terlebih ego, tak memahami, emosional(??), dan lain-lain lagi. Huh. Ayah aku dah syarah panjang bab hubungan ni. Dia ada bagi panduan sket, dan suruh aku belajar dari pengalaman. Okay. aku boleh buat insyaAllah.

6. Dakwah dan tarbiah
Aku letak no 6 bukan nak tunjuk prioriti. Cuma aku letak random point sambil terus menulis. Sebenarnya, naqib ada beri wajibat untuk cuti 3 bulan ni. Tak banyak sangat buku yang kena baca. Cuma. buku tu memang untuk mustawa yang tinggi lah. Tak layak den hehe. (alasan). InsyaAllah, aku mungkin tak dapat jadi Sheikh Parid, tapi aku berusaha untuk laksanakan yang terbaik aku boleh buat. Kat Jordan nanti nak try bawak 2 liqo (PFFTTTT) dan polish depa sampai berkilat. Ameen

7. Kaya, dan sentiasa bercita-cita tinggi untuk meluaskan empayar perniagaan
Well, i'm a capitalist. Macam tamak sangat lah pulak haha. No no. Aku cuma nampak, orang Islam boleh mencontohi keperibadian Rasulullah dan para sahabat untuk dijadikan panduan. Aku pilih, Abdul Rahman bin Auf insyaAllah. Banyak dah angan-angan aku pasang, so kena banyak jugaklah kerja kan. Antara targetnya adalah, nak bayar zakat sebanyak sejuta malaysia ameen.

Dan banyaklah lagi ciri-ciri watak manusia berjaya yang perlu aku lakonkan supaya aku benar-benar berjaya. Sebentar tadi sebelum tulis blog ni, aku lepak tarbiyah dengan rakan sekelas di SMART dulu. Ada Afiq Qiwa, Hyelmi, Syihabuddin, dan Ikmal. Aku suka bila lepak, dapat berbincang dengan matang dan serius. Seorang luahkan rasa, seorang menceritakan pendapat, seorang lagi berbincang topik tertentu, dan semuanya dapat memberi respons dengan sangat baik. Allah. Aku sayang korang semua.
(Duduk Malaysia habis hilang ana enta aku. Haih)

Aku berdoa, agar dikurniakan peluang untuk melawat rumah Allah lagi pada tahun ini. Dapat panjatkkan doa yang baik-baik untuk teman yang aku kasihi dan sayangi fillah.

Semoga Allah ampunkan dosa aku. Semoga Dia mudahkan perjalanan aku mencapai impian. Semoga Dia matikan aku dalam husnul khatimah. Semoga Dia jadikan aku insan yang bertaqwa dan beramal soleh. Semoga Dia meletakkan hati aku dalan keadaan yang tenteram tanpa kemaksiatan. Semoga Dia pelihara keluargaku, guru2ku, sahabat2ku, dan insan yang pernah mewarnai hidup aku, serta memberikan kemenangan kepada umat Islam.

Dan sesiapa yang baca ni, ketahuilah bahawasanya aku ingin melangkah dari lembah kehinaan menuju tasik kesucian, mengembara dari keburukan maksiat kepada indahnya hidup bersyariat, dan ingin sekali merasai kemanisan iman dalam kehidupan. Bantulah sahabatmu ini, dan ampunkan kesilapan yang dia lakukan. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!