Facebook Twitter Google RSS

Friday, March 21, 2014

Software Kamus Bahasa Arab Terbaik


Dengan nama Allah yang Maha  Pemurah lagi Maha Penyayang...


Ap kaba? Ap kaba? Welkam to Jordan.


haha. Teringat cara orang Arab di Jordan menyapa tatkala bertemu di mana-mana. Mereka ni memang ihtiram tetamu atau sangat mesra, cuma kadang-kala cara mereka tegur tu agak 'annoying' lah bagi aku. Dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah, dan tidak boleh menyebut huruf P dengan baik (sebab dalam bahasa Arab tiada P), aku memang akan gelak kalau ditegur oleh depa ni. Kenapa lah bersungguh sangat nak cakap dalam bahasa Melayu haih. 

Sejujurnya, aku lebih suka dan lebih hormat jika ditegur/disapa dengan sapaan bahasa Arab seperti 'Ahlan Wasahlan' atau 'Marhaba' atau 'ahlein' sebab ia terasa sangat natural di telinga aku. Lagipun, ko tu dah memang orang Arab so be proud dengan penggunaan bahasa Arab yang indah lagi menarik dari bahasa Melayu. 

Okay. Penulisan ringkas kali ni aku nak berkongsi tentang satu apps/software pelajaran yang aku rasa sangat-sangat berguna bagi seorang manusia yang ingin mempelajari Bahasa Arab atau sedang belajar bahasa Arab. 


Masalah Pelajar


Sebelum aku beritahu Software Kamus Bahasa Arab Terbaik, aku nak kita sama-sama tengok beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang belajar bahasa Arab sama ada dalam negara atau luar negara. Bukan sahaja pelajar, tetapi boleh jadi juga sesiapa sahaja yang ingin memahami bahasa Arab.


1. Kamus Arab yang terlalu tebal

Ha, ini fakta yang tak boleh disangkal. Disebabkan ilmu bahasa Arab sangat dahsyat dan luas, maka perbendaharaan katanya menjadi paling besar di alam hoho. Untuk mencari maksud satu perkataan, kita perlu belek dan periksa semua bentuk perkataan. Beza satu huruf sahaja terus memberi maksud yang salah. Kebanyakan kamus bahasa Arab yang memuat semua perkataan bahasa Arab akan menjadi sangat besar dan tebal. Kadang-kala, perkara ini akan mendatangkan sedikit kesulitan kepada penuntut ilmu khususnya yang memerlukan jawapan segera untuk sesuatu perkara atau perlukan terjemahan segera.

Contohnya, kita sedang membaca akhbar bahasa Arab di internet, dan kemudian terjumpa perkataan yang tidak diketahui lalu kita terpaksa membuka kamus yang setebal setengah meter selama beberapa minit sebelum terjumpa maknanya. Itupun kalau kita memang dah biasa dengan kamus itu dan tahu indeks dengan pantas. Jika tidak, mungkin boleh mengambil masa sehingga setengah jam semata-mata untuk mencari satu perkataan. Masalahnya, berapa ramai yang boleh lapangkan masa begitu setiap hari? Kebanyakan kawan-kawan aku akan bersemangat untuk minggu pertama, dan lepas tu terus malas kerana terasa terlalu berat dan mengambil banyak masa.

Walaupun boleh jadi apabila kita membuka kamus yang tebal itu akan memberi banyak manfaat, tetapi nak tak nak kita kena akui lain orang lain cara belajar. Apatah lagi zaman sekarang ni semua perkara nak cepat je. 

Bukan ingin penuntut ilmu untuk jauh dari sumber asli dan paling autentik dalam memahami bahasa Arab, tetapi aku menulis ini khusus untuk sesiapa yang ingin mendapatkan terjemahan dengan segera dan pantas. Kerana ada ketika, kita akan mempunyai terlalu banyak kerja dalam satu masa yang menyebabkan kita perlu mengoptimumkan masa yang ada dan pastikan setiap masa digunakan dengan efisien. Jika ada sesuatu yang boleh menjimatkan masa kita, mengapa kita tidak cuba? Dalam pada masa yang sama kita masih mendapat manfaat belajar bahasa arab dan tidak rugi apa-apa. Untung kan?

Sebagai seorang pelajar yang masih menuntut ilmu di Jordan, aku akui terlalu banyak permasalahan yang timbul dalam perjalanan kita semua untuk belajar di sini apatah lagi buku-buku itu dalam bahasa Arab. Untuk terjemah buku itu dah satu masalah, tetapi untuk benar-benar faham apa yang ingin disampaikan oleh penulis buku itu merupakan satu permasalahan yang lebih besar.


2. Kebanyakan software kamus bahasa Arab tidak teliti dalam menterjemahkan perkataan Arab

Bayangkan, penggunaan perkataan الركود dalam buku ekonomi berbeza dengan penggunaannya dalam buku sains sosial lain atau dalam artikel yang bercerita tentang kesihatan. Jika seorang pelajar tidak teliti, dengan mudah sahaja mereka akan tertukar erti sebenar perkataan itu lalu menjadikan kefahaman keseluruhan untuk teks itu salah. Apakah sama economic recession dengan state of paralysis walhal dalam bahasa Arab cara penulisannya sama sahaja?!

Sebelum aku terjumpa software kamus yang aku betul-betul puas hati, banyak kali dah aku terjumpa dan pakai yang freeware. Masalahnya adalah, perkataan yang diterjemahkan tu akan hanya mempunyai satu maksud. Lagi sadis, satu-satunya maksud yang diberi tu tak boleh diintegrasikan dengan teks artikel yang aku tengah baca sebab maknanya akan terus berubah.

Ada juga pelajar yang aku tengok bergantung semata-mata kepada Google Translate dan juga enjin penterjemahan yang percuma lain. Masalah utamanya adalah, hanya 10% dari terjemahan itu benar-benar sesuai dengan kehendak teks yang ingin disampaikan oleh penulis. Aku pernah guna, dan tahu ramai kawan aku yang guna. Tapi, kefahaman terhadap teks itu akan menjadi sangat pelik dan kadang-kadang salah terus! 

Biasalah, kita mahukan cara yang cepat dan pantas untuk belajar dan terjemah. Aku faham perkara tu. Tapi, aku tak fikir nafsu kita yang mahu cepat dan pantas itu dapat dijadikan alasan untuk kita merosakkan kefahaman ilmu yang kita bakal terima. Lebih baik berhati-hati dalam usaha untuk belajar dan memahami sesuatu khususnya berkaitan dengan bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa Quran. Bagaimana ingin faham al-Quran guna Google Translate semata-mata? Aigooo


3. Software kamus bahasa Arab yang amat sedikit kosa kata/direktori

Entah. Maybe sebab aku ni jenis malas sedikit dalam belajar atau nak cari kata akar kepada sesuatu perkataan, maka biasanya akan terus cari makna perkataan tu tanpa buang apa-apa huruf tambahan seperti huruf mim, atau fa, atau sin. haha

Hasilnya, memang aku tak terjumpa lah makna perkataan tu sebab kebanyakan kamus digital cuma akan memberikan makna berdasarkan kata akar sesuatu perkataan. Tapi ada juga masa aku jadi rajin dan cari berdasarkan kata akar perkataan. Malangnya, kamus tu memang sedikit database perkataan dan tak terjumpa makna perkataan tu. Memang sedih dan membantutkan semangat aku nak belajar.

Aku pernah beli kamus Atlas dan kamus Besta yang harganya nak dekat RM 1000, tapi aku tak dapat hasil yang aku nak malahan mengecewakan aku jugaklah haha.  

Apatah lagi apabila kita terpaksa belajar teks-teks klasik yang dalamnya terdapat terlalu banyak perkataan unik lagi jarang digunakan. Kamus-kamus biasa tidak mungkin dapat menampung keluasan perkataan bahasa Arab. Ini memang masalah bagi penuntut ilmu zaman serba teknologi ni.

Ini antara masalah yang aku dapat apabila berborak dengan teman dan guru-guru dalam pengajian bahasa Arab. Banyak lagi masalah lain. Antaranya, tidak menjumpai kamus online yang tepat dan luas terjemahan, tidak mempunyai masa untuk membelek kamus sebesar 12 jilid (setengah meter tebal), tidak dapat memberi makna yang sesuai untuk sesetengah perkataan, dan macam-macam lagi masalah sebagai seorang penuntut ilmu dalam bahasa Arab.

Maka, aku terfikir untuk berkongsi satu software yang aku dah guna dan alhamdulillah aku puas hati dengan servis aku dah terima. Walaupun aku tidak pandai bahasa Arab, tapi dengan software ini dan izin dari Allah, aku mampu meneruskan pengajian dan mendapat keputusan yang baik setiap sem.


Apa software kamus bahasa arab terbaik tu?


Tidak lain tidak bukan, software itu adalah Verb Ace Pro. 

Mesti ada yang tertanya-tanya apa kelebihan dan apa itu Verb Ace Pro ni kan? Atau mungkin pernah tengok kawan pakai tetapi korang tak tahu? Atau mungkin juga korang nak belajar bahasa Arab dan mencari-cari kamus termudah untuk digunakan? Atau korang memang jenis tak ada kerja dan suka nak membaca review produk? haha

InsyaAllah, aku akan terangkan apakah itu Verb Ace Pro, kelebihan dia, bagaimana alat ni boleh bantu belajar bahasa Arab, cara nak guna, dan juga di mana boleh dapatkan benda alah ni. Teruskan membaca!


_______________________________



Verb Ace Pro ini adalah sebuah kamus elektronik yang sangat terbaik lagi memudahkan. Menyediakan fungsi terjemah perkataan dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris dan dari bahasa Inggeris ke bahasa Arab. Secara asasnya, inilah fungsi asas kepada mana-mana kamus kan haha.

Maka, apa yang menjadikan Verb Ace Pro ni istimewa sangat pada aku?

Sebabnya, kamus ni sangat MUDAH digunakan, maksud yang banyak, dan LAJU! 

Bayangkan, kerja membelek kamus selama 3 jam boleh disingkatkan kepada beberapa minit sahaja. Malahan, maksud yang kita dapat melalui software ini juga tepat dan amat dekat dengan penggunaan dalam mana-mana situasi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada sesetengah kamus tidak membezakan langsung di antara kata kerja, kata nama, adjektif, atau pelbagai lagi pecahan perkataan dalam ilmu bahasa Arab. Namun, kamus ini telah selesaikan permasalahan itu dan menjadikan kita lebih mudah untuk memahami erti perkataan tertentu dalam konteks di mana perkataan itu digunakan.

Selain itu, apabila kita sedang membaca laman web bahasa Arab dan tiba-tiba ada perkataan yang kita tak tahu, kita hanya perlu halakan pointer mouse kita ke arah perkataan tu dan automatik kamus ni akan keluarkan terjemahan. 

Sama juga apabila aku baca PDF Arab atau artikel dalam format Words, aku hanya perlu halakan pointer mouse untuk dapatkan maksud perkataan tu atau aku hanya taip dalam Verb Ace ni dan terus keluar beberapa maksud yang bersesuaian.
Untuk mudah, aku buat dalam bentuk point kelebihan dia:


1. Laju 
Sangat-sangat menjimatkan masa aku. Bila aku baca artikel arab dan jumpa perkataan susah, tekan je terus jumpa. Tidak ada lagg, tidak ada tersengguk-sengguk, tidak ada nak tunggu-tunggu. Tekan, terus keluar. Memang Kamus Bahasa Arab Terbaik hew.


2. Terjemahan yang hampir tepat
Sekali letak perkataan, boleh keluar beberapa maksud utama. So, memudahkan aku untuk sesuaikan dengan kehendak artikel. Aku tulis hampir tepat kerana mustahil ada kamus yang boleh tarjimkan perkataan Arab ke bahasa lain seratus peratus sama macam yang difahami oleh bangsa Arab. Ni tajuk yang sangat luas, dan aku pun baru faham bila pergi kelas bahasa Arab di Jordan ni haha.


3. Kosakata yang luas 
Setakat ni, kebanyakan perkataan aku akan dapat maksud dia kecuali dalam kes-kes tertentu di mana aku kena rujuk kamus yang original bahasa Arab sebab memang perkataan bahasa Arab klasik. 95% insyaAllah akan dapat diterjemahkan.


4. Link dengan wikipedia+penerangan ringkas
Kelebihan verb ace ni adalah, dia boleh berfungsi ketika online dan juga offline. Bila online, secara automatik dia akan beri penerangan ringkas kepda perkataan yang kita tengah cari bersama dengan cara penggunaan dia Kalau offline, fungsi kamus akan berjalan seperti biasa cuma dia tak integrasikan sekali lah dengan wikipedia dan maklumat tambahan. Amat memudahkan aku lah haha


5. Boleh tukar dari BA-BI ke Bi-BA
Ini juga memudahkan aku. Sebab aku suka belajar dan cari artikel inggeris dan terus cuba faham ikut bahasa Arab. Problemnya adalah kamus lain hanya sediakan BM ke BA atau vice versa. Nak cari terjemahan ke bahasa Inggeris tu ada tapi susah sedikit. Tapi Verb Ace ni, ko tekan bahasa Inggeris je terus keluar dalam bahasa Arab dan vice versa.


6. Lesen lifetime+free upgrade (pelaburan ilmu terbaik!)
Masa aku beli dulu, aku beli untuk life time punya lesen. Bila syarikat Verb Ace Pro ni buat updatem aku automatik boleh download dan nikmati feature terbaru mereka. Tak perlu beli banyak kali huhu


7. User Interface yang mesra pengguna dan setting boleh ubah
Untuk orang yang bukan techno gig macam aku ni, cukup pening kalau tiba-tiba sesuatu software tu banyak nak kena tekan dan banyak configuration. Tapi nasib baik, Verb Ace sangat mudah digunakan, install with ease, dan boleh tukar-tukar appearance wording kalau boring sangat haha.


8. Fungsi yang terbaik!
Lastly, aku rasa memang sistem dia smooth dan sesuai untuk pelajar atau semua manusia yang nak belajar bahasa Arab. Direkomenkan untuk semua manusia haha. ^^


Ok Bro. Kat mana nak beli ni?


Sabar bro/sis. Aku nak citer lah ni. 

Dulu aku beli kamus Besta nak dekat RM 1000 tapi tak berapa puas hati. Kemudian aku ada beli beberapa kamus lain dan keputusannya masih sama sebab tak dapat buat macam aku nak. Akhirnya, aku beli kamus ni dengan harga RM 120 dan sampai sekarang aku puas hati dan gembira.

RM 120 ni aku kira pelaburan bijak untuk aku. Dan aku harap kawan-kawan pun akan buat pelaburan yang bijak jugak. Jom beli dan tingkatkan prestasi pelajaran kita. :D

Aku beli kat sini.

Tekan kat sini, dan bayar, dan download dan install and then you are ready to go. :D


Jangan lupa, tekan link ni dan beli. Gunakan software ni dengan sebaik mungkin dan jadi seorang yang cemerlang dalam pelajaran. 

Jika ada apa-apa masalah, terus PM aku atau komen dalam artikel ni. Terima kasih semua.


:)
Tekan link ini untuk beli:




About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

7 comments:

Salam saya nak tanya saya sekarang study BA di Malaysia dan berminat sgt dgn software ni untuk memudahkan kerja saya tapi saya tkn link yg diberi tapi tak boleh.Bila saya cari verbace pro kat google bila tekan dia kata Forbidden. Kenapa ye blh jadi macam ni?

Salam saya nak tanya saya sekarang study BA di Malaysia dan berminat sgt dgn software ni untuk memudahkan kerja saya tapi saya tkn link yg diberi tapi tak boleh.Bila saya cari verbace pro kat google bila tekan dia kata Forbidden. Kenapa ye blh jadi macam ni?

Salam saya nak tanya saya sekarang study BA di Malaysia dan berminat sgt dgn software ni untuk memudahkan kerja saya tapi saya tkn link yg diberi tapi tak boleh.Bila saya cari verbace pro kat google bila tekan dia kata Forbidden. Kenapa ye blh jadi macam ni?

Salam saya nak tanya saya sekarang study BA di Malaysia dan berminat sgt dgn software ni untuk memudahkan kerja saya tapi saya tkn link yg diberi tapi tak boleh.Bila saya cari verbace pro kat google bila tekan dia kata Forbidden. Kenapa ye blh jadi macam ni?

Salam saya nak tanya saya sekarang study BA di Malaysia dan berminat sgt dgn software ni untuk memudahkan kerja saya tapi saya tkn link yg diberi tapi tak boleh.Bila saya cari verbace pro kat google bila tekan dia kata Forbidden. Kenapa ye blh jadi macam ni?

Saniah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Scammer kot

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!