Facebook Twitter Google RSS

Saturday, May 31, 2014

Komentar Tulus untuk post Tuan FirdausAzizi



Assalamualaikum wbt kepada semua teman.

Maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog. Bukan tidak berminat menulis, tetapi kerana disibukkan dengan banyak hal lain. Baru sahaja selesai menulis antalogi cerpen berkenaan ekonomi dalam bentuk novel, dan sekarang dalam proses proof-editing sebelum dibukukan. Doakan agar urusan menyebarkan ilmu ini semuanya dipermudah.

Perniagaan ada turun naiknya. Baru-baru ni, masalah berlaku dengan pencetakan baju di sini. Tapi insyaAllah masih dalam capaian untuk diselesaikan. Impian untuk internet marketer pulak, makin hari semakin nampak jalan untuk mencapainya. Walaupun agak susah sebab kurang dapat pendedahan dan sedikit buta IT, tetapi ramai otai-otai yang rajin berkongsi ilmu yang berkualiti tapi percuma. Sedikit sebanyak dapat follow up dan praktis apa yang patut. Terima kasih sifu. hehe

Niatnya pada hari ini, selain nak update blog dan berbasa-basi, insyaAllah aku akan perkenalkan kepada korang semua dengan blog seorang Internet Marketer yang hebat pada pandangan aku. Dia bukan kawan aku dalam dunia nyata sebab tak pernah pun berjumpa. Tapi aku selalu follow up apa yang dia post dalam blog dengan fb dia. Rajin melakukan perkongsian yang sangat padat dari sudut ilmunya, namun percuma sahaja tanpa bayaran. Siapa yang bayar? insyaAllah Allah bayar dengan pahala yang berterusan...Seorang yang berpegang dengan prinsip what you give is what you get atau sharing.

Nama dia Tuan Firdaus Azizi. Blog dia boleh tengok kat sini. Macam mana aku boleh kenal? Sebabnya aku join Shaklee, dan kebetulan dia dan isteri antara yang menjadi rujukan lah dalam bisnes ni. So, dengan kurang malunya, aku add dia and to my surprise, laju je dia approve. So nampak betapa mesra rakyatnya brother ni hehe. (umur 29 tahun)

Baiklah. Aku kena review 3 post yang paling menarik dalam blog Tuan Firdaus Azizi untuk melayakkan aku dapat hadiah sempena hari lahir dia hari tu. Agak-agak kalau tak buat contest, aku akan buat post ni tak? haha. Maybe tak. Sebab aku lepas baca, aku cuma buat short note dalam diari kecik. Malas lah nak post dalam FB atau blog. Cuma aku nak cakap, content yang tuan Firdaus is worth to be share. Aku share je short note yang aku buat tu dengan orang lain sebenarnya dan aku kreditkan lah nama dia. Semoga perkongsian dan ilmu yang bro Firdaus sebarkan tu diberi ganjaran pahala yang berterusan sebagaimana mafhum hadis Nabi saw berkenaan 3 amal yang tidak terputus antaranya ilmu yang bermanfaat.

Okay tanpa berlengah jom usha 3 entri yang aku rasa superb dari blog Tuan FirdausAzizi.

Entri: 3 Ilmu Paling Berharga Yang Saya Belajar di MSMW

Awal entri ni aku skip je sebab perkongsian biasa-biasa je. Cerita tentang teknikal dan jadual harian untuk program bla bla. Yang bahagian dapat hadiah percuma tu pun tak menarik perhatian sangat. Menarik kedengkian adalah... haha... Well, dah rezeki Tuan Firdaus nak buat macam mana.

Tapi, aku mula terasa agak tersentap dengan perkongsian utama yang berkaitan dengan sharing tu. Aku baca dari situ dengan serius, dan mula berfikir dengan mendalam apa tujuan aku berkongsi sesuatu dalam alam maya atau alam nyata. Adakah tujuannya semata-mata inginkan keuntungan atau saya memang ingin membantu orang lain? Setiap kali aku nak kongsi sesuatu sekarang, aku akan fikir beberapa kali untuk pastikan apa yang dikongsi tu memang berbaloi untuk dikongsikan kepada orang lain pulak. Cetusan yang Tuan Firdaus buat untuk dirinya, dah merebak kat diri aku. Bagi aku, memang sangat berjayalah posting yang macam ni kan.

Dan suka jugak tips-tips yang berkaitan dengan cara nak naikkan SEO tu khususnya pasal Rahsia Trafik 1 Juta Sebulan tu. Walaupun belum ada blog rasmi lagi, tapi ilmu-ilmu macam tu memang aku cari sebab nak persediaan sebaik mungkin sebelum ada blog yang power nanti hehe. Ada tips yang aku dah tahu, tapi banyak yang aku tak tahu. Contohnya tentang nak buat email marketing untuk pembaca blog. Biasa aku dengar buat email blast ni kalau untuk jual produk-produk je. Tapi post ni bagi insight baru lah macam mana nak utilize sepenuhnya marketing guna blog. Nak belajar? Pergi menuntut dengan Tuan Firdaus hehe.

Entri: Seminar Yang Membuatkan Saya Tersedar Dari Tidur Yang Lena

Hah, yang ni memang terus ketuk kepala aku. Awal-awal entri lagi dah tembak jatuh kepercayaan aku dalam marketing online. Bro Firdaus timbulkan persoalan yang mengetuk-ngetuk benak aku. Nak jadi usahawan (businessman) atau jadi peniaga (seller)? Teringat pulak pada buku Robert Kiyosaki pasal ciri seorang usahawan berjaya. Kena pandai sub kan kerja kepada orang yang lebih pakar, dan motivate orang lain. Aku tak perlu jadi seorang doktor kalau nak buka klinik. Gajikan je lah doktor-doktor yang ada dan biar dia yang buat kerja. Macam ni lah kot lebih kurang ibrah dari posting dia awal-awal ni. Ye ke? Suka hati aku je hehe

Baca lagi sampai bawah, aku pulak yang macam baru bangun dari tidur yang lena. Tadi dah kena ketuk, bila baca sampai ke bawah lagi kuat ketukan dia. Aduh...

Bisnes yang betul-betul berjaya bukan kerana perjuangan secara solo, tetapi kerana perjuangan secara berjemaah. Selama ni duk buat sorang-sorang sebab bajet nak kaut untung sendiri. Last-last bisnes tak besar untung tak masuk. Berkat pun makin kurang huhu.

Dan aku kena banyakkan research pasal NLP dan pengaruh minda bawah sedar. Masa zaman sekolah dulu fanatik jugaklah aku nak kaji semua benda alah ni sebab masuk kepimpinan. Pernah je aku guna teknik-teknik bawah sedar ni, dan memang mudah untuk kita pengaruhi orang lain tanpa dia sedar. Lama-kelamaan, pengaruh kita bertambah dan kuasa seakan-akan semakin besar. Bayangkan kalau pakar psikologi ni praktiskan ilmu dia dalam marketing, confirm barang jadi laku keras tanpa promosi lebih-lebih. heh

Entri 3: Cara Pastikan Post Anda Selalu Keluar di News Feed FB

hehe. Entri yang ketiga ni baru aku ulas pasal perkongsian teknikal yang Bro Firdaus letak dalam blog dia. Serius, banyak gila perkongsian yang dia buat selama ni untuk rujukan marketer FB. Tapi aku tak nak review semua dalam post ni sebab aku nak variasikan genre perkongsian yang korang semua boleh dapat blog dia. Mungkin ada yang minta cara nak beriklan kat FB, mungkin ada yang tengah mencari cara nak jadi famous dengan jumlah 'like' atau 'share' yang banyak, atau mungkin ada yang nak baca blog dia semata-mata untuk kenal siapa bro ni kan. So, kena pelbagaikan.

Masalah pasal reach yang semakin kurang ni kerap jugaklah aku dengar dalam kalangan teman-teman yang buat bisnes dengan page FB dan content creator. Semakin hari semakin sedikit reach. Memang kesian lah promo produk tak terjual kan sebab tak capai target.

So, bro Firdaus beritahu kenapa situasi ni berlaku. Macam yang sedia maklum, Mark Zuckerberg ni memang rajin lah pergi update algorithm yang pening tu. Aku pun tak faham, tapi boleh lah sket2. Yang penting, untuk pastikan post kita naik newsfeed orang lain, kita kena rajin lah buat perkongsian yang menarik dan berbaloi. Kena tingkatkan engangement dari orang lain. Lama-lama, naik lah balik reach page tu. Tapi aku pun tak try sangat sebenarnya haha. Cuma aku pernah suggestkan pada kawan untuk baca blog bro Firdaus ni dan buat. Dia cakap ada improvement pada reach dengan TAT dia hoho.


*****

Untuk orang yang kurang rapat dengan diri aku, banyak jugaklah yang aku dah tulis ni. Tapi, sebab apa aku tulis jugak, kerana apa yang ditulis dalam blog Tuan Firdaus Azizi memang berbaloi untuk dikongsi. No doubt at all. So, aku perkenalkan kepada orang, dan harap orang lain pun dapat benefit dari blog dia nih. Kalau ada yang nak jadi otai dalam Internet Marketing, memang sangat baik menuntut ilmu dengan bro nih.

Sekian sahaja. Harap dapat tingkatkan lagi ilmu dalam pemasaran online dan membantu orang lain pulak yang pernah senasib dengan aku. Meraba-raba dalam kegelapan mencari supaya ada orang boleh beri panduan dan petunjuk untuk lebih berjaya. Kalau aku dah berjaya nanti, insyaAllah teman-teman semua akan berada dalam top list untuk aku bantu pulak. So, pakat-pakat lah berdoa agar aku menang contest Bro FirdausAzizi ni dan menjadi IM yang lebih baik. Terima kasih jazakallahu khairan kathira. 





About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!