Facebook Twitter Google RSS

Saturday, September 27, 2014

Keluar masuk Gua?

Pernah baca buku Women from Venus Men from Mars? Kebanyakan teori dan pandangan yang penulis lontarkan, amat bertepatan dengan apa yang aku pernah rasa atau alami. Antara yang menarik, kebanyakan lelaki mempunyai 'gua' yang tersendiri. Bukan 'gua' fizikal, tapi sebuah tempat untuk berfikir dan memerah otak sebelum membuat satu keputusan yang besar atau kritikal.

Dalam fatrah 'gua' ini, lelaki akan jadi senyap, mungkin dingin, dan sangat memerlukan ruang untuk dirinya. Jika diganggu, nahas! Seperti menjolok sarang tebuan yang sedang sarat dengan larva dan pekerja, atau seperti memasuki kawasan larangan seekor rimau yang gagah. Tunggulah untuk disengat atau diterkam. Mahu selamat, tinggalkan lelaki yang sedang khusyuk dengan 'gua'nya bersendirian.

Alhamdulillah, fatrah ber'gua' aku dah sampai penghujung. Terlalu banyak perkara berlaku dalam 3 bulan. Yang sedih, yang membuatkan aku berang, yang hiba, yang mengejutkan, dan ada juga yang menggembirakan. Kehidupan sangat seronok. Sebab ada banyak warna dan dimensi yang kita boleh tengok. Kalau kita pilih melihat hitam dan putih sahaja, itu sahaja lah yang kita akan lihat dalam kehidupan. Membosankan dan tidak produktif.

Satu perkara yang aku suka untuk kongsi, adalah tentang privasi.

Dalam beberapa bulan ini, aku berjaya meminimakan 'exposure' atau keterdedahan aku kepada media sosial. Ia berlaku atas beberapa sebab dan alasan yang sangat kukuh bagi aku. Apatah lagi apabila ada usaha-usaha untuk menceroboh privasi aku. Ini sangat menakutkan. Huh

Satu perkara yang aku sangat tidak suka, apabila ada manusia yang tidak berada dalam radar sahabat karib atau keluarga tersayang atau saudara-mara tiba-tiba sahaja membuat seperti mengenali aku sedalam-dalamnya. Ini sangat merimaskan dan menyesakkan nafas aku. Facebook aku habis di'stalk', instagram aku di'follow', twitter lagi, whatsapp, dan kemudian 'add' ahli keluarga dan rakan karib aku. Kemudian bila berborak dengan aku, buat macam tahu semua apa yang aku rasa dan apa yang aku percaya. I'm freaking scary lah bro!

Aku faham jika nak kenal dan tahu lebih dekat sebab to some extent, aku pun buat perkara yang sama. Tapi, jangan lah kau pergi dekat aku dan berborak macam kita memang setiap hari berjumpa. Aku rasa meluat, tertekan, benci, dan geli. Kalau pun kau buat semua benda tu, borak lah dengan aku macam biasa je. Tak perlu nak buat macam tahu apa yang aku mahu dan nak dari A sampai Z. Sangat menjengkelkan!

Maka, ini satu peringatan keras dan amaran kepada kawan-kawan yang ada. Tolong, jangan buat macam ni kepada orang lain. Mendatangkan ketidakselesaan dan amarah kepada manusia. If you really care about someone, talk to him or her. Don't just read their status or picture and then you make a conclusion out of nowhere that you really know him or her. What in earth bro!

Aku pun ada perasaan dan pernah 'crush' dengan someone. Siang malam aku nak tahu apa yang dia buat. Tapi lama-lama, kau sendiri akan feel a sense of insecurity and loserness in yourself. Stalk kadang-kadang tu okay lah. ni sampai setiap apa yang dia buat kau nak tahu. Tak faham lah...

So, itu sebab yang sangat besar untuk aku tinggalkan semua medan sosial ni sekejap. As for now, aku boleh tarik nafas lega sebab perkara considered settle dan sudah kurang pencerobohan sosial. Nak block, nanti cakap nak putus kawan. Sound direct, tak makan saman. Aku cuma berdoa agar kau faham bahawa manusia tak suka privasi diceroboh dan seolah-olah dibogelkan dari semua sudut. Please, jangan buat dah. Okay? nak follow Fb, nak baca blog, nak folllow twitter, it is really a nice thing to do as we can change ideas and widened the resources. Tapi kalau baca dan follow semata-mata nak kenal and make a conclusion about me, you should just go away and lead your own life!

Ini adalah mukadimah yang agak kasar untuk penulisan yang terbengkalai selepas 3 bulan. Bukan apa, i need to write it straight so that no more confusion would arise in the future. Minta maaf untuk yang tidak berkenaan, dan kepada yang berkenaan, harap faham mesej ni okay? Tak larat den nak explain dengan private mesej. 

Sebab lain, mungkin sebab aku rasa media sosial terlalu banyak menipu dan mewujudkan level of insecurity yang sangat tinggi. Rasa terdedah, rasa dipermainkan, tidak bebas, dan banyak lagi. Dengan ketiadaan eye contact, body contact, body gesture, dan tona suara menyebabkan perhubungan jadi hambar dan kurang kemesraan. Aku jadi kurang selesa. Sekarang, aku lebih utamakan perbincangan secara depan-depan. lebih seronok, dan dapat rasa menjadi seorang manusia yang lebih tulus dan jujur. Tidak lagi bersembunyi di sebalik papan kekunci dan menjadi makhluk yang hebat bersosial dalam maya cuma. Walhal tiada langsung ciri seumpama itu apabila berhadapan.

Cuti Sebulan Malaysia


Orait. So before aku sambung dengan posting ilmiah dan penuh dengan impian dasawarsa aku, just let me summarize my life in this one-month-holiday.

It was really great back then, when i could swine around Malaysia wherever i wish. Even greater, i successfully get to know my root-family deeper than ever and tied our bond as family tighter. Salah satu aras daripada kejayaan terbesar aku bila balik Malaysia kali ini adalah, dapat kenal keluarga besar aku dengan lebih rapat dan terperinci.

Bagi aku, keluarga is a really important part of our life. No matter how awesome your circles of friends, or how admiring your classmates, but family ties is absolutely a no-match-bond in this world. There was some time, i'm feeling that family is really not a big deal and it is just another part like the other part. I never felt the importance of a good family bond nor with relatives. But, as i stumbled upon too many things in life, it come out to me that family in its big picture, is the most beautiful and amazing gift that Allah ever give. 

Alhamdulillah, nikmat yang sangat besar apabila kita kenal susur galur keturunan dan saudara mara. Kita akan jelas kekuatan, kelemahan, sejarah, dan sumbangan yang pernah waris kita keluarkan. Semua ini, akhirnya akan membakar lagi semangat kita untuk terus maju ke hadapan dan menjadi seorang yang lebih baik dari moyang atau atau datuk atau bapa saudara atau sesiapa lagi yang berada dalam jalur keturunan kita. Jika kita tidak mengenal sejarah, maka kita tidak akan dapat belajar dari sebuah teori yang telah sekian lama terbukti. Sebab itu antara bahan bacaan yang aku paling suka baca dan ambil tahu adalah biografi. Ia adalah kompilasi kehidupan seorang manusia yang berjaya membumikan apa yang dia percaya dari segi teori dan praktikal. 

Sebelum ini, aku bukan buta sangat dengan sejarah dan salasilah keluarga aku. Tapi sumber yang aku ada sangat terhad dan mungkin sebab sifat inkuiri aku pada masa dulu belum mencapai tahap yang tinggi. Apatah lagi susur galur keturunan aku agak bersimpang siur. Masa kecil, aku masih ingat entah berapa ramai orang ayah aku suruh aku panggil sebagai atuk. Bila aku tanya, atuk betul ke atau atuk sebab umur, mesti ayah aku akan cakap dia ni atuk belah sekian-sekian dan memang atuk yang yang betul. Dah tu, aku hafal sampai 5-6 atuk. Sepatutnya ada 2 orang je lah atuk kalau belah ayah aku kan? haha

So sekarang, mystery solved. Macam-macam cerita aku dapat, dan aku semakin faham dengan ranting keluarga sendiri. Suatu hari nanti, aku nak buat satu buku untuk menjelaskan bagaimana perjalanan keturunan keluarga aku. Kalau macam orang Arab, dia ada buku khas yang mencatatkan salasilah keturunan dia yang sesetengahnya sampai kepada keturunan Nabi woah! Punyalah menjaga keturunan bangsa Arab ni. So, sepatutnya semua orang kena buat macam tu supaya lebih mengenali diri dan dapat menanam sifat cintakan ahli keluarga sejak kecil. tak gitu? 

In a words, i could say that my holiday could be concluded in 'family'. Banyak info menarik yang aku dapat, cerita-cerita pengajaran dan penuh hikmah, serta kekuatan yang sepatutnya aku gunakan di jalan yang betul. Apabila kita betul-betul mengenal dan cinta keluarga sendiri, insyaAllah banyak peluang baru akan terbuka dan rezeki akan dibentangkan. Tanamkan dalam diri untuk membantu keluarga dahulu sebelum orang lain, dakwah mereka dan bawa mereka ke arah kebaikan sebelum membawa orang lain, serta letakkan impian untuk memastikan semua ahli keluarga menjadi seorang muslim berguna dunia akhirat sebelum nak ubah orang lain. tapi, lain orang lain realitinya. Realiti aku, ini yang aku perlu fokuskan. Aku mempunyai keluarga yang besar. Dan tanggungjawab aku sebagai anak lelaki juga besar untuk islah dan membawa kesenangan kepada semua kerabat aku. Bertindaklah dengan asas, dan sesuaikan dengan melihat kepada realiti yang kita sedang hadapi. Formula A mungkin berkesan di situasi A, tapi tidak di situasi B. Bijaksanalah dalam merencana perubahan demi keluarga tersayang!

Gantung Futsal

Waa... nak nangis lah haha. Bermula sem baru ni, aku berusaha untuk tinggalkan sekejap futsal dan apa-apa aktiviti sukan padang yang kasar. Selamat tinggal sekejap ragbi dan futsal. 

Semuanya terpaksa ditinggalkan sekejap demi menghormati pandangan dan nasihat mak ayah. masa bulan puasa hari tu, tulang tangan kiri aku terkehel masa game futsal. Kena admit wad, dan doc pakar tu balut tangan aku untuk sebulan. Memang tak boleh bergerak dan bengkok lah. The main reason aku balik Malaysia pun sebab nak urut tangan dan betulkan urat aku. Masa ada kat Malaysia, aku main lah futsal sekejap (tangan dah elok sket). Nak dijadikan cerita, aku kena tackle pulak dan kaki kiri aku pulak seliuh. Mak ayah aku belebel lah apa lagi.



Alhamdulillah, aku ada pak sedara dan mak sedara yang sangat baik dengan aku makcik Ana dan pakcik Li. Depa bawak aku ke Felda Mempaga, dan bawa aku jumpa tukang urut yang sangat legend lah aku rasa. Dia tekan je, aku dah menjerit. Punyalah sakit, sampai aku jerit suruh ayah aku pegang tangan haha. Habis je urut, tangan aku dah boleh lurus dan sakit kat kaki dan hilang. 

Disebabkan ni lah, mak ayah aku pesan untuk tak bermain untuk sementara waktu. Aku pun dah tahun terakhir. Kalau jadi apa-apa. memang susah lah. Lebih baik aku habiskan semester ni dengan baik dan sihat, dan lenjan main futsal kat Malaysia nanti. Jadi apa-apa, mak ayah ada. Keluarga dekat dan rawatan pun senang. 

So, untuk tahun last ni, maybe aku daftar gym dan banyak jogging je. Kurang sedikit risiko mendapat kecederaan sebab bukan game kalah menang. So aku tak akan stressed out untuk push diri aku out of boundaries. Stay fit as a fiddle and healthy at the same time.tapi, tak tahu berapa lama boleh tak main ni. Kalau orang dah ajak banyak kali, susah jugak nak tolak hoho. Tapi, kasut dah tinggal kat Malaysia. So, sangat susah la kalau nak main. 

Bisnes. Plihan

Alhamdulillah, banyak yang aku dah belajar sehingga ke hari ni. Terima kasih abah, rahman, kawan-kawan MEC, dan teman-teman lain yang memberi dorongan dan sokongan. 

Rezeki makin murah, walaupun banyak kali juga mengalami kerugian yang bukan sedikit. Ilmu perniagaan ini tidak akan habis, dan banyak lagi yang aku kena belajar supaya dapat menyumbang lebih banyak kepada masyarakat.

Untuk semester dan tahun akhir ni, aku akan cuba untuk fokus pelajaran. Ada lagi 12 subjek untuk dihabiskan dan ditelaah sebaik mungkin sebelum bergelar graduan ekonomi islam. Dalam hati aku, betapa aku cinta dan suka pun pada bisnes, aku kena ingat bahwa dalam diri aku ni ada amanah ilmu syariah yang amat berharga dalam masyarakat. Tidak semua orang Allah pilih untuk mendalami ilmu muamalat ini apatah lagi untuk memahaminya. Aku dah tengok terlalu banyak kejahilan yang berlaku dalam bisnes disebabkan tidak memahami asas muamalat sebagaimana yang tercatat dalam Quran dan sunnah. Pernah tengok satu debat berkenaan isu delay emas. Tiba-tiba je pakcik ni cakap yang delay kereta boleh, tak kan lah emas tak boleh? De heck pakcik eh. Emas tu barang ribawi, syarat dia sangat banyak dan berbeza dari benda lain. Bila dijelaskan, pakcik ni buat tak faham dan still cakap dia betul. Aku terus blah malas bergaduh.

Benda ni yang buat aku agak dilema. Dalam aku nak berbisnes, nak atau tak nak, aku kena sampaikan jugak amanah ilmu sket2 yang aku ada ni. Aku boleh jadi pentingkan diri sendiri dengan fokus bisnes je dan belajar culas. Tapi akhirnya, Allah akan soal kenapa aku yang dipilih untuk memahami muamalat islam ni tak faham betul-betul dan biarkan je orang jahil berniaga tanpa panduan? Den nak jawab apa nanti hah? 

So, bagi aku, aku bersyukur dengan kesedaran dan ilham berbisnes yang Allah dah kurniakan pada aku. InsyaAllah, aku berazam untuk menjadi usahawan yang berasaskan produk sebenar dan menjadi kaya dunia akhirat. Dalam masa yang sama, aku ingin mendalami ilmu mualamat dan kewangan islam secara mendalam supaya aku dapat jadikan bekalan aku untuk menerangi masyarakat yang jelas agak jahil dalam ilmu ni. Aku akan belajar sungguh-sungguh tahun ni, naikkan muaddal semula, tapi bisnes terus jalan dan untung terus dikaut hehe. 

Ayam kacuk yang sedang dipelihara memang berjalan dengan baik dan permintaan tinggi. Buku pertama pun dah siap dan bulan 10 ni nak terbit. Bisnes baju tu aku nak buat swot semula. Kalau okay, aku jalan je. Bisnes online lain, okay tapi perlukan perhatian tinggi sebab penat nak kawal bajet promosi. FB ads plak makin mahal tapi reach rendah. Ngeng betul. Nak main emas, tapi tak suka scheme sama ada ETA atau Loaded atau yang ada delay. Nak lipat, takde runner kat malaysia. So, kita fokus je lah apa yang kita mampu ye. Yang penting, untung masuk dan berasaskan real product yang ada economic value. 

Last

Ipad aku dah hilang. makanya, untuk sementara waktu, aku tak gunakan no whatsapp Jordan aku. kalau nak no malaysia aku, kindly inbox FB, 

Lepas ni aku cuba buat sharing ekonomi, bisnes, dan thought secara lebih kerap. Bergantung kepada mood dan tahap iman aku. Kalau aku tahu ada yang stalk+back-biting lagi, atau buat apa-apa yang aku rasa inappropriate, aku tak segan silu untuk block or maybe to some degree, revenge would be the only way. Tapi i belajar yang kita kena jadi pokok yang tetap keluarkan buah walau dibaling batu. So, insyaAllah cuba untuk menjadi lebih sabar dengan mana-mana intruders/readers yang kurang sopan. Okeh? :)

Keluarga 5 Sains Jujur

Serius. Kot


Macam buruh binaan

acah2 suap budin

Pandai fiqah tangkap. Aku tak pernah tahu aku boleh buat ekspresi ni



About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!