Facebook Twitter Google RSS

Wednesday, October 15, 2014

Maaf. Aku tetap aku.



Pergi lah ke benua mana sekalipun, atau dunia yang berbeza terus dari hidupmu sekarang, atau ke mana-mana sahaja yang kita dicampakkan, akhirnya kita akan tetap kekal sebagai kita. Mungkin benar akan ada bezanya selepas beberapa ketika, tetapi apa yang ada di sekeping hati yang paling dalam, akan kekal dan muncul dalam pelbagai bentuk pada waktunya.

Tarbiyah itu datang untuk membersihkan dan membina semula jiwa para pemuda pemudi supaya mereka ini bisa menjadi batu bata untuk menegakkan agama Islam dan pewaris kepada tugas para anbiya'. Aku terima tarbiyah masuk dalam hidup, dan benarkan tarbiyah ini untuk mencorakkan apa yang patut aku fikir dan rasa. Dan alhamdulillah, to be truth, aku manusia yang sangat berhutang budi dengan apa yang daie-daie ni lakukan. Banyak perubahan berlaku, dan aku rasa lebih maju.

Tapi, sederas mana aku ingin menjadi baik, ingin merasai nikmat hidup dalam islam yang sangat manis dan enak, ingin menjadi rijal yang gagah mempertahankan agamanya, ingin menjadi seorang imam yang bersih akhlak dan suci bicara, akhirnya aku akan terngantuk dan tersedar. Bahawa aku perlu berkorban dan bukan semata-mata mengharapkan orang datang kepada aku dan bawa mesej yang suci itu.

Maafkan aku. Aku minta maaf atas kekasaran dan kejahilan. Aku pohon maaf atas kesalahan dan keegoan yang aku tampilkan.

Satu perkara yang aku amalkan adalah, kepelbagaian nada dan teknik berbicara apabila bersama kelompok yang berlainan.

Bila aku lepak dengan kawan-kawan yang membesar bersama semenjak kecil, kata-kataku menjadi kasar dan gurauan aku keras. Kerana itu cara kami dibesarkan bersama dan dengan hanya cara sebegitu, kami mengenali bahawa itulah kelompok yang kami kenali.

Bila aku lepak dengan kawan-kawan yang bekerja bersama di restoran, atau kerja-kerja lain dulu, cara pergaulan aku lain. Topik yang dibicarakan lain, nada suara lebih kepada cara orang bandar dan takabbur itu menjadi tanda aras bahawa aku masih boleh ikut serta dalam perbincangan mereka.

Bila aku lepak dengan kawan-kawan rapat, mestilah berbeza juga. Segala macian, hinaan, kutukan, dan lekehan akan muncul. Tiada sesiapa akan ambil hati kerana itu sememangnya cara kami bercakap. Dan kami memahami sesama kami bahawa itu hanyalah simbolik kepada betapa rapatnya hubungan kami.

Bila aku lepak dengan rakan seangkatan dalam DnT, mestilah gaya bahasa aku lain. Ana, enta, akhi. Lembut, halus, dan bertutur dengan penuh adab dan teratur. Kurang gelak, berhemah, dan penuh senyuman.

Ini sepatutnya aku fikir, orang lain patut buat. Bukan hipokrit, tetapi bijak mengendalikan komunikasi dua hala apabila masuk dalam lingkungan persahabatan yang berbeza. Menjadi cerdik dalam menjalin hubungan, dan membina hubungan intim dengan memahami apa yang manusia lain perlukan.

Jadi, masalah berlaku apabila rakan yang aku biasanya bercakap dengan sopan dan tertib kerana menghormatinya sebagai seorang yang 'menjaga' DnT, tiba-tiba sahaja terlibat dalam perbualan aku dengan kawan-kawan karib. Macian, maki hamun, dan cercaan itu dianggap terlebih-lebih dan melampaui batasan pergaulan yang dibenarkan Islam. Apatah lagi apabila cara bergurau bersama rakan karib itu terlalu melampau (bagi dia). As for me, it is just that i'm used to that kind of jokes. No offense.

Jadi begitulah. Aku percaya aku patut berubah menjadi lebih baik. Kikis akhlak-akhlak kurang baik dan sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang baik. I'm trying ya akhi.

Apa yang kita lalui semasa kecil, akan membentuk corak pemikiran dan kehidupan ketika dewasa. Sama ada pengalaman yang manis atau tragis, yang baik atau buruk, yang halal dan haram, yang begitu dan yang begini.

Kehidupan masa kecil aku biasa-biasa je. Banyak jahiliah. Kalau akhi akhi pendakwah nak beritahu yang entum lagi banyak jahiliah tapi berjaya atasi, ana faham. Tapi tu lah. Ana tengah mencuba untuk menjadi macam antum jugak. Serius ana cakap, antum yang pernah dakwah ana, kenal ke ana? Antum yang berdaurah dan bermukhayyam bersama ana, kenal ke ana? Antum yang bermabit dan qiam dengan ana, kenal ke ana? Ana pun tak kenal antum hahaha.

Sekejap sekejap bila jumpa, tanya ana pasal bisnes. Lepas tu buat nada-nada ala ejek tanya pasal bisnes baju ana yang ana memang malas nak running sekarang. Kalau ikut hati ana, nak tempeleng dah. Mulut antum lazer, tangan ana pulak laju tak makan saman. Agak-agak rasa tak puas hati, kita boleh settle Malaysia. InsyaAllah ana boleh roger roger kawan-kawan gelap lama untuk tolong.

Tapi tu lah. Ana nak cakap, tarbiyah ajar ana. Banyak. Baran dah kurang. Ego dah kurang. Pandai senyum. Pandai baca quran. Pandai masak untuk anak buah. Dan macam-macam lagi yang ana risau kalau ana tulis, antum yang berdakwah jadi riak pulak.

Anyway, ana minta maaf.

Harap kita dapat lebih rapat. Yang mana kita kurang kenal, tapi aku layan dengan baik, hargai dan nikmati. Sebab memang itu yang sepatutnya kita lakukan. Kita boleh jadi kawan baik, tapi ada harga dan syarat yang perlu dipersetujui. Tak setuju, kita kekal bersahabat insyaAllah. :)

_____________________________


I'm just being myself. Aku tak baik dan aku akui. Ada part of me yang baik dan i'm polishing it to be better. I'm just asking to stop judging, and start knowing. Let us spread the love, the affection to others, and create peace in life. I love making friends, networking, and business-chatting.

Never judge until you know me. Never hate completely, because you never know maybe someday you will fall in love with me. Peace akhi.


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!