Facebook Twitter Google RSS

Friday, October 17, 2014

Sajak Untuk Bapa...


Apparently it is my father birthday today. I believed that, celebrating any special event on social media is not worth it and not to mention, very lack of basic human needs such as love, affection, and attention.

Tapi, bila terbaca satu sajak nukilan junior lama di sekolah, Lyana Husna, aku tak dapat elak dari merasai satu perasaan yang sama apabila aku terfikirkan ayah aku.

He's a bold man. Fierce in his early 30, eager to put the world under his feet, and quite ferocious guy. But just deep in his heart, he love the family badly and raise us with lots of tender and care.

So, aku pun nak share lah sajak yang dia tulis. :)

______________________


Abah,
dirimu paling resah,
andai diri ini terasa gundah,
kau pengajar erti tabah,
namun kau tidak bisa melihatku sendiri mengharungi susah.
Abah,
kasihmu penuh rahsia,
sayangmu tiada siapa mampu meneka,
cintamu hanya Tuhan yang Maha Mengetahui tentangnya,
dalam diam kau pendam segenap rindu yg mendalam ,
dalam sunyi kau doa buat anak yg cukup dicintai,
dalam sepi kau dampingi diri ini tanpa kata terpacul dari hati.
Abah,
istimewanya dirimu,
kau rendahkan egomu saat marah membelenggu,
kau korbankan kehendakmu dek memenuhi hasrat kesayanganmu,
kau melindungi saat duri menusuk kehidupan penuh erti.
Abah
andai hati punya suara,
pasti tidak terhenti ucapan sayang untukmu sentiasa,
pasti tiada noktah ayat kasih buatmu di setiap saat menerpa,
pasti takkan lepas dari detik nafas mendengar kata cinta dari anakmu yang hina.
Abah,
andai kurobek sejarah terkenang,
tidak kuingin segalanya berulang,
kau juga seorang lelaki,
tetapi tidak pernah menyakiti,
tidak pernah menipu diri ini,
kuharap jodohku sepertimu nanti,
kerana kau teristimewa hingga ke syurga Firdausi.
Abah,
ketahuilah hati ini cukup;
mencintaimu
menyayangimu
mengasihimu
walau tiada siapa yang tahu
kau tetap NOMBOR SATU di hatiku.
Selamat ulangtahun kelahiran.
Semoga ALLAH sentiasa bersamamu.
terima kasih abah 
_________________

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!