Facebook Twitter Google RSS

Saturday, July 18, 2015

Satisfaction out of insecurity

Aku berpegang dengan kata-kata,

"Shoot for the star. For if you fall, you will land on the moon."

Dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan, letakkan satu tujuan dan matlamat yang paling tinggi. Jika dalam perjalanan untuk mencapai matlamat yang tinggi itu kita terjatuh, maka kita akan jatuh kurang sedikit sahaja daripada apa yang kita hajatkan.

Dan apa yang aku hajatkan dan impiankan selama 4 tahun berada di Jordan, tercapai. Walaupun tidak memuaskan hati aku sangat, tapi still, aku sangat satisfied dengan apa yang aku dah lakukan. I bet i can do it better, but denying the effort i had put all this while could be detrimental to my further motivational growth. Maka, bersyukurlah dengan apa yang aku ada. Kan itu lebih menyenangkan jiwa dan menarik kebahagiaan. :)


Projek Umrah


Bila ada impian, kita bukan sahaja kena berani mimpikan dan sebutkan, tetapi juga tuliskan. Kalau boleh, tulis dan tampal di tempat yang kita senang nampak. Supaya apabila ada masa kita rasa lemah dan malas, dengan melihat sahaja impain tu, kita akan terbakar dan bersemangat semula untuk buat kerja seperti biasa. 

Dan apa yang aku nak sangat buat dari dulu lagi iaitu pergi umrah bersama ma abah, tercapai alhamdulillah. 

Hampir setiap kali aku nak tidur, aku akan bayangkan aku bersama mereka depan kaabah. Bersama sama, merasai suasana ibadat yang tenang dan fokus memang untuk Dia. Aku bayangkan, mereka senyum dan gembira berada di Haramain, menikmati setiap saat dan detik untuk beribadah.

Lain orang, lain impian. Kita semua ada sejarah dan perjalanan hidup yang berbeza. As for me, i know that they dont have enough saving to perform umrah all by themselves. Dari dulu lagi aku tahu. Aku tahu berapa gaji, berapa pendapatan keluar masuk, berapa yang dibelanjakan untuk anak anak. Aku tahu, bagaimana mereka susah untuk menanggung aku dan adik beradik lain. Aku tahu, rezeki kami berbeza dan mungkin kurang berbanding kawan lain. Aku tahu, betapa duit yang ada pun tidak mampu menampung beban yang mereka tanggung. Is there anyone to be blame? No.

God knows, how i want to help them with everything that i have. Dulu, aku nak sangat masuk Kisas. Offer letter dah sampai rumah. Dan kemudian, tawaran Maahad Tahfiz Pahang datang. Selepas berbincang, aku pilih maahad over Kisas. Why? Sebabnya, di Maahad, semua perbelanjaan aku ditanggung oleh Yayasan Pahang. Almost semua ditanggung, siap dapat duit saku bulanan lagi. Masa tu, i think, that is the best for the time being. Aku dah tak susahkan ma abah untuk bayar yuran SBP yang almost RM 1k, dan lain lain yuran kos yang memang membebankan.

Dan lepas SPM, dapat JPA pulak. Syukur, ma abah tak perlu pening kepala untuk cari duit supaya aku dapat sambung belajar. I do remember, i stopped receiving money from my parent from my form 4. Ada yang aku tolak, but hey they still giving it out. So sepanjang 4 tahun di Jordan, tak pernah sekali ma abah bagi duit. Alhamdulillah, lebih baik bagi adik adik yang lagi perlu.

Dan sepanjang masa aku fikir, dalam usia yang ada ni, macam mana nak berbakti kepada mereka. Adakah cukup semata mata pencapaian aku dalam akademik straight A, atau kokurikulum yang cemerlang, atau kejayaan dalam pembinaan diri kita semata mata.

Masa tahun tiga di Jordan, aku terfikir untuk bawa mereka ke Jordan jika aku grad nanti. Sebab mereka tak pernah naik flight (except my father yang dulu ada kerja outstation), dan rarely pergi berjalan jalan. Lepas tu, alang alamg dah datang Jordan, why not aku bawa sekali ke umrah kan? Dah dekat tu. Aku pernah je tanya ma abah, bila nak buat umrah? Tak rancang ke? Bila dengar jawapan mereka, berderai hati aku. 

"Takpe la angah. Tengok la rezeki macam mana."
"Belum ada simpanan lagi angah. Tunggu la nanti..."

Mereka dah laburkan hampir semua untuk anak anak, and yet i cant give a single cent to them, damn. Aku sedih, rasa berdosa. Aku ingat, dengan menjadi anak yang baik dan taat itu cukup. Aku ingat, belajar sungguh sungguh dan cemerlang tu cukup. Aku sangka, menjadi yang terbaik tu boleh bawa kegembiraan kat diaorang. Sedangkan, keperluan agama mereka belum dipenuhi. Malahan, mereka tak pernah fikir untuk itu langsung. Maka, anak apa aku sebenarnya? Yang pentingkan diri? Yang sibuk dengan dunianya? Yang poyo dengan apa dia ada?

So, sejak dari tahun 3 macam tu, aku buat tabung khas untuk bawa mereka ke Umrah dan Jordan. Thats my starting point buat bisnes. Aku tak simpan duit untuk kahwin, atau untuk beli rumah, atau untuk jadi jutawan. Belum lagi. Aku fokus kumpul untuk bawa ma abah. Nak bagi mereka rasa, nikmat beribadat di hadapan Kaabah, rumah Allah yang agung. Untuk melawat maqam nabi, Rasulullah yang mulia. Untuk menyuntik rasa cinta dan sayang akan islam, dengan melakukan umrah dan bertaubat. Itu impian dan harapan.

Aku hipokrit. Depan kawan kawan, ikhwah ikhwah, aku boleh bercakap tentang agama dan dakwah. Tetapi dengan ibu bapa sendiri, apa usaha aku? Walhal mereka lebih berhak untuk merasai nikmat iman ukhuwah islamiah, untuk merasai indahnya hidup apabila memahami Islam sebagai kehidupan, yang memandu perjalanan kita ke akhirat. Tetapi, kenapa aku tak pernah dakwah mereka? Sebab aku poyo, dan hanya syok sendiri dalam kelompok. So, atas reason yang pelbagai, aku ambil step untuk dekatkan mereka Tuhan, dan insyaAllah, join Ikram apabila tiba masanya. Masuk usrah, dan jadi lebih baik.

Ma selalu kata, bila niat baik, dan nak buat perkara baik, InsyaAllah Dia akan mudahkan. Hingga saat ni, betul la kata kata tu. Eventhough aku tak nafikan ada yang niat baik dan cara baik tetapi still tidak berjaya capai apa yang diimpikan, its not a failure. Its just a delay towards a better result yang kita tak pernah sangka. Husnudzhon. Ehem

Dengan dibakar impian untuk membawa orang tua ke tanah suci, maka aku buat macam macam untuk kumpul duit. Jual kuih, jual baju, jual buku, dan macam macam jual. Oh ya, buku Diari Eko tu terbit bersandarkan kisah ni la. Cuma aku tak suka publisiti kehidupan peribadi, so tak berapa selesa la jugak bila semua yang baca tanya aku macam macam. Rasa macam diceroboh hoho

Okay. Long story short, aku berjaya kumpul duit yang diperlukan. Anggaran aku, RM 20,000. Kalau ada sesiapa yang nak detai kos dan macam mana urusan ke Jordan dan Mekah madinah, boleh roger aku ya. Malas tulis xoxo

Bila capai, aku sangat satisfied dan bangga dengan diri sendiri. Aku akan bergerak ke impian seterusnya. Mungkin bawa mereka ke Haji pulak lepas ni. 

Dah penat dan nak tidur. Esok nak raya Temerloh pulak. Emm... Just to say, i am having a tough time. A level of insecurity. To be truth, i have nothing. Aku tiada apa apa. Keluarga yang biasa biasa, rakyat marhaen. Tiada jawatan, status, dan keturunan hebat to be compared with yours. I knew, i made my research. I investigate, i ask people. and i read about you. I am completely astonished and afraid of my capabilities. 

Tapi, aku ada diri aku. I believe, i can change and be everything that i want. Aku ada tenaga, ilmu, semangat, sahabat, dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Minta maaf jika aku tak mampu memberi apa yang diharapkan. Minta maaf jika kekurangan itu menyesakkan. But i am optimist, He's planned something awesome and remarkable in the near future. I will be somebody, no matter how odd the life treating me. I grew in toughness, make my way to the top with full of challenges, and i never give up easily. Believe in me, love me, and treat me as another human who needs patience and endless trust. I am willing to sacrifice everything, to get things i want. 

I wish things could be easier. I wish. 





About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!