Facebook Twitter Google RSS

Friday, October 2, 2015

Surviving

Assalamualaikum wbt

Em... Alhamdulillah, dah hampir dua bulan bekerja sebagai internal auditor. Banyak pengalaman baru yang seronok dan mengajar aku pelbagai skill dan kemahiran. Ada juga ketika, keadaan tu menguji kesabaran aku dan menyebabkan aku hilang mood. Dengan sikap senior yang suka mengarah dan memberi arahan, dan luka kemalangan yang baru sahaja sembuh, memang buat darah aku mendidih. haha

Tapi, semua okay. Sebab aku pernah lalui yang lagi dahsyat dan kejam. Maka aku anggap, apa yang berlaku sekarang, amat mudah untuk dilalui dan seronok. Ujian datang untuk menguatkan. Ujian datang untuk mematangkan. Dan ujian sebagai bahan, untuk menjadikan kita lebih berkualiti.Sabar je lah, dan nikmati apa yang sedang dihadapi.

Dan sepanjang dua bulan ni jugak, otak aku ligat berfikir macam mana nak isi masa dan kembangkan lagi potensi diri aku. Kerja di pejabat sangat membosankan. Duduk atas kerusi, tengok laptop, tekan tekan, baca baca, makan, solat, balik. Aiyakk... Boleh mati kebosanan aku kalau bulan akan datang macam tu jugak.

Oleh sebab tu, aku dah initial startup yang pertama di Malaysia. Banyak lagi stok idea dan perancangan, tapi aku buat satu satu. Aku suka multitasking, tapi berdasarkan pengalaman, ada perkara yang kita kena fokus dan tak boleh campur aduk dengan perkara lain. Kalau tak, punah ranah nanti dan tak jadi apa.

Startup ni aku namakan sebagai I-Green. Projek bersama rakan seperjuangan di Jordan dulu, yang boleh bekerjasama dengan baik dan memahami serta menghormati sikap masing masing. Bagi aku, dalam apa jua perancangan yang aku buat, kena ada bantuan dan sokongan dari pasukan, baru boleh pergi jauh. Kalau aku sorang sorang pun boleh buat, tapi hasilnya ciput dan tidak bertahan lama. Bila buat macam ni, seronok la sket dan dapat kenal ragam kawan kawan.

Aku cuba aktifkan semula otak dan tangan aku untuk menulis dengan lebih baik. Tempoh yang lama ni membuatkan aku beku sket, dan lebih banyak fokus pada tindakan berbanding berkongsi. Dah banyak checklist aku berjaya penuhi sepanjang dua bulan balik. Cuma ada yang gagal. Ada yang makan hati. Sampai sekarang, aku tak boleh fikir mende tu dan mohon dijauhkan dari merasuk otak aku. Kalau tak, memang aku jadi pening dan tension. Buat tak tahu je, dan teruskan hidup macam biasa. Layan sangat sakit ni, sampai bila tak bergerak kan?

Okay. Sebenarnya, tujuan aku tulis, sebab aku rasa buntu sedikit. Aku sayang kawan kawan... Dan berharap, dapat tolong sebaik mungkin. Serius, aku rasa sedih bila tengok ada kawan yang macam putus asa dan lemah semangat untuk hidup. Nak bekerja belum dapat, nak sambung belajar tiada motivasi, nak berniaga tak pandai. Ada yang pointer tinggi, belum ke mana mana. Ada yang pointer rendah, rasa tiada guna dan gelap masa depan. Ada yang ditolak semua permohonan, terus rasa down sampai tak nak keluar rumah... Dan ada jugak yang segan dengan kawan kawan lain, sebab rasa diri tiada pencapaian.

Entah lah... Bagi aku, dalam peringkat dan keadaan kita sekarang, buatlah apa yang kita suka dan kita minat. Buang jauh jauh apa yang orang fikir dan kata. Hidup kita, bukan hidup mereka. Percayalah, penat bila kita kena dengar cakap orang ni. Sebab pointer tinggi, maka ko kena jadi doktor atau ambil master atau jadi pekerja di bank. Sebab pointer rendah, maka ko jangan mimpi la nak berjaya dan jadi hebat atau bekerja setaraf dengan kawan kawan hebat lain.

Aduh... Hidup ni terlalu luas dan seronok untuk dengar cakap orang. Hati aku lembut, tapi aku tak dengar cakap orang. Apa yang aku nak buat, aku akan buat. Apa yang aku impikan, aku akan kejar. Apa yang aku nak, aku akan dapatkan. Mustahil kau kata? Tidak bagi aku. Susah bagi kau? InsyaAllah Allah permudahkan untuk aku. Aku keras dengan apa yang aku fikir dan apa yang aku nak, selagi mana tidak menzalimi orang lain. Tidak setuju dengan aku? Tiada masalah kerana ini negara yang kita bebas untuk mempunyai pendapat.

Kawan kawan, hidup dengan apa yang kita suka dan apa yang kita percaya. Belajar pandai pandai, kemudian jadi babysitter. Berdosa ke? Atau salah ke? Jika kita memang minat dengan kanak-kanak, dan seronok menambah ilmu untuk mendidik anak kecil, mengapa tidak kita usahakan ke arah itu? Kawan kawan yang pendek akal, memang akan perkecilkan dan pandang rendah. Ah pedulikan, kerana akhirnya kita yang akan menjalani kehidupan kita, dan kita yang menanggung seksa sengsara.

Hidup, dan gembira dengan hidup kita. Pilihan terlalu banyak, dunia terlalu luas. Pedulikan manusia yang negatif, dan kuatkan mental. Jangan hidup di bawah telunjuk kehendak manusia. Hatta ayah dan mak aku tak pernah halang apa keputusan yang aku buat dalam hidup, inikan pula manusia entah mana yang tidak pernah menyumbang pun dalam kehidupan.

Terima kasih ma abah sebab percaya dengan angah dalam semua perkara yang angah lakukan. Ada kalanya angah akan terbang jauh, dan mungkin terjatuh ke lubang paling dalam, tapi sokongan ma abah tak pernah padam. Angah tak perlu wang ringgit, tak perlu kemewahan material. Cukup dengan kepercayaan dan kesetiaan yang ma abah berikan, angah boleh jadi sesiapa pun yang angah nak jadi. Tiada yang boleh halang, tiada yang boleh hadang. Cubalah untuk jadi batu penghalang, jangan disalahkan andai terluka dan cedera.

Bersemangatlah kawan kawan, Hidup kita panjang lagi. Garisan penamat ada di hadapan, tetapi kita sendiri tidak tahu bila kita akan sampai. Maka berusaha lah selagi mampu, selagi ada kudrat. Tanamkan impian yang tinggi, dan betulkan pemikiran. Jadikan halangan sebagai batu loncatan untuk melambung lebih tinggi pada masa depan.

Aku pun ada masa jatuh. Aku pun ada masalah. Tapi aku tak akan benarkan masalah yang ada mengambil alih hidup aku yang ceria dan penuh warna. Seronok dengan apa yang kita ada, redha dengan yang dimiliki, dan cintai sesiapa yang sudi menemani.

:D


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!