Facebook Twitter Google RSS

Saturday, October 29, 2011

Percaturan 2

Ahad, 24/6/2010



                “Helmi, bangun nak. Jom sembahyang subuh”, lembut kejutan bapanya, Ishak pada pagi itu.  Helmi bangun seraya mengucapkan Alhamdulillah kerana  masih diberi peluang untuk beribadah pada hari ini. Otaknya masih penat dan lelah, kesan perlawanan semalam. Namun, dia gagahkan diri melawan kehendak nafsu yang cuba berbicara. Alhamdulillah, imannya masih kukuh dan mampu menguasai jiwa. Bergegas dia mandi dan bersiap untuk solat sejurus bapanya beredar.

                Seusai menunaikan solat di Masjid As-Syafie, dia meneruskan paginya dengan bacaan al-Mathurat. Sungguh, amalan kebiasaan ini membuatkan dia berasa tenang dan bersemangat seakan-akan mendapat bekalan tenaga yang luar biasa untuk menghadapi cabaran harian. Peringatan Ustaz Soleh untuk mengamalkannya setiap pagi terpahat kukuh.

                Helmi masih ingat, ustaz-ustaz di Maahad Tahiz Negeri Pahang ( MTNP ) yang tidak lekang dari nasihat dan peringatan. Mereka sentiasa berusaha untuk memantapkan setiap ibadah dan amalan keagamaan. Al-mathurat setiap pagi menjadi kewajipan, surah al-Mulk sebelum tidur menjadi santapan, dan bacaan al-Quran di mana-mana sahaja adalah kebiasaan. Tanpa mengira umur, semua pelajar mentadabbur ayat-ayatNya. Abang-abang pada peringkat Diploma sentiasa membantu melicinkan pentarbiyahan biah itu. Perkongsian hadis setiap petang, perjumpaan usrah, liqa, berkuda, memanah, dan pelbagai aktiviti dirancang demi mengisi rohani serta memantapkan jasmani. Sungguh, dia rindukan suasana di MTNP.

“Assalamualaikum.”

                Ucapan sejahtera Umar mematikan lamunannya. Tanpa perlu menoleh, dia amat mengenali suara itu.Terkoyak senyuman dari wajah Helmi dan tangan mereka berjabat mesra.Umar.  Sahabat sejati dunia dan ukhrawi. Seorang yang sentiasa membantunya di kala kebuntuan. Wajahnya putih bersih. Suaranya lembut penuh ketenangan. Seorang sahabat, seorang da’ie, dan dia mengasihinya kerana Allah. Dan dia membantunya mencari makna cinta dan kasih sayang sejati di bumi ini. Umar senyum dan mendakap mesra bahu Helmi. Jelas, hubungan mereka amat mesra.

“Helmi, tahniah. Kau memang hebat. Percaturan yang tepat,ya”
 
“Pujian hanya untuk Allah. Aku hanya mengikuti gerak hati ilham dariNya..”

“Pastinya. Kemengan adalah ujian. Jangan terbuai dengan kejayaan semalam.”

                Hati kecilku senyum bahagia. Sememangnya Umar bijak menasihati. Aku gembira. Aku tahu, sentiasa ada sahabat yang membantu aku untuk istiqamah dalam perjuangan ini. Umar akan membantuku untuk mencapai matlamat yang telah aku citakan.


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!