Facebook Twitter Google RSS

Saturday, October 22, 2011

Percaturan

                Suasana di Kampung Semambu sunyi sepi. Senyap, tiada tanda kehadiran manusia seperti kebiasaan. Hanya kedengaran bunyi cengkerik mengalunkan melodi tersendiri. Desiran halus angin berbisik hairan.  Pohonan menari lembut. Sungguh misteri. Persoalan mula timbul, dimanakah penghuni Kg. Semambu yang saban hari  riuh-rendah dengan gelak ketawa?
                Dalam Dewan Polisas, ratusan penduduk Kg. Semambu sedang menyaksikan pertarungan yang mustahil berlaku. Mereka semua tidak percaya dengan realiti yang berlaku. Ingin diluahkan rasa hati, namun mulut seakan-akan terkunci dan mata mereka tersihir untuk melihat perlawanan ini. Suasana sepi. . Bunyi buah catur yang jatuh mengisi ruang kesunyian itu.
Tap.Tap.Tap
Pertarungan yang menuntut ketajaman minda. Memerlukan keazaman cekal dan perancangan yang rapi. Dan permainan ini menguji ketabahan jiwa seorang manusia biasa.
                Seorang remaja, tangannya pantas menari di atas papan itu. Matanya memicing. Kakinya bergetar. Peluh menitik,  segera dilap dengan tisu. Fizikalnya bergerak dengan laju. Namun, otaknya lebih laju menganalisis pergerakan dilakukan lawannya. Setiap gerakan yang dilakukan tepat dan memberi kesan.Penduduk Semambu berasa teruja dengan kecekapan remaja yang baru menginjak belasan tahun ini.
                Pada hari ini, dia berseorangan. Dia sedar dan faham, perlawanan ini sangat sukar untuk ditangani dengan kudratnya bersendirian. Tetapi, dia mempunyai Allah sebagai peneman. Berlawan catur kilat dengan 5 orang International Master secara serentak adalah mustahil, kata manusia. Seolah-olah kita yang mengatur kehidupan ini. Menganggap perkara yang akan dan telah terjadi dalam kawalan kita. Adakah kita pemilik mutlak segala perancangan? 
                Serangan demi serangan dilancarkan, lontaran-lontaran perangkap diwujudkan, dan pertahanan tetap kukuh dengan kehadiran Castle yang melindungi King Hitam milik pemuda ini. Matanya mengerlip melihat 5 orang lawannya yang hebat berhempas pulas berfikir.Dia juga kepenatan. Namun, masa sudah semakin suntuk. Rehat selepas mencapai kemenangan! Tangannya semakin laju. Buah catur yang berlaga merancakkan lagi bunyi yang kedengaran. 3 minit sudah berlalu. Hanya beberapa saat memisahkannya dari keputusan permainan. Dia merancakkan perancangan. Otaknya seperti mempunyai kelajuan roket. Empat puluh langkah kehadapan sudah difikirkan. Peduduk yang menyaksikan semakin dimamah rasa teruja. Siapakah yang akan di “checkmate” kan?
                Dari luar dewan, seorang remaja yang berpakaian serba hitam dan bercermin mata gelap, melihat perlawanan itu dengan rasa benci. Uratnya menegang, penumbuk dikepalkan, dan darah hangat menyimbahi wajahnya.Dengusan kedengaran.  Kemudian, dia berlalu pergi dengan mulut terkumat-kamit meluahkan kegersangan jiwa dan mengeluarkan kedengkian yang membusuk di hati. Entah apa yang difikirkan, hanya Allah Maha Mengetahui.

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!