Facebook Twitter Google RSS

Monday, June 4, 2012

Pengajaran dari Sebuah Perjalanan

Benarlah, tahap kesabaran hanya akan diketahui apabila kita diuji dengan kemarahan. Selama ini, nampak seolah-olah semuanya tenang dan matang, rupa-rupanya yang terpendam di dalam lubuk hati itu masih belum keluar menentang. Lama bertapa, hanya menunggu masa untuk keluar mencari mangsa.

Biasalah, sikap yang lalu. Perlukan masa untuk dibasuh dan diasuh sampai bersih putih. Apabila dia sudah menjadi warna yang sebati, maka usaha untuk menggantikannya dengan warna lain akan dipenuhi ranjau berduri. Mula-mula kena dedahkan dengan ibadat sunat yang ringan, kemudian usaha untuk memperbanyakkan ilmu agama, dan biasakan berkawan dengan orang soleh, walaupun susah untuk diterima pada jangka masa terdekat. Mestilah, perubahan mesti sakit sedikit. Kan?

Kemalangan kecil baru-baru ini di Amman mengembalikan nostalgia lamaku yang terbuku kemas di dada. Aku telah pateri kenangan pahit agar melekat di penghujung memori. Namun, dalam masa yang singkat, perjalanan pulang kami dari Bahrul Mayyit( Laut Mati ) menuju ke City Mall mengundang bencana dan malapetaka, lalu tanpa sengaja merungkai kenangan pedihku yang menusuk hati kecil.

Dulu, aku pernah jatuh motor sehingga bahuku mendapat hadiah sebuah lohong yang agak hodoh untuk dilihat. Ya, ibuku menangis melihat kecelakaan yang berlaku. Dan aku masih mengenang kepedihan jatuh ketika itu.

Kepala lututku pula pernah ditembus besi basikal. Ketika itu, peritnya hanya dapat ku ungkap dengan linangan air mata. Makin pedih apabila ada pak cik yang melihat aku dalam kesakitan ketika itu, dan menawarkan minyak panas untuk diletakkan di tempat yang cedera. Aku senyum, dan cuba ketawa jika dia ingin merungkaikan suasana tegang yang ku alami.

Dan biasanya, dalam keadaan yang genting dan memerlukan keputusan yang pantas, akalku akan menjadi seorang pendesak. Kerana penyelesaian dalam situasi kritikal perlu tepat dan cepat. Apatah lagi kalau yang melibatkan nyawa dan tempoh masa yang terhad.

Ini bukan masa untuk bermain dengan perkataan ukhwah, atau sweet-sweet, atau seangkatan dengannya. Ini masa untuk anda menjadi sedikit serius dan kritis. Anda ada penyelesaian, kemukakan. Berikan bukti, hujah, dan terangkan cara pelaksanaan. Kemudian kita bahaskan berdasarkan keterangan yang paling kukuh dengan bukti yang boleh diterima akal sihat. Jumpa penyelesaian, kita terapkan dan bergerak keluar dari landasan permasalahan.

Ya, aku berpuas hati jika ini yang terjadi. Namun, aku perlu kembali berpijak di bumi nyata, manusia sekelilingku bukan malaikat. Mustahil untuk berlaku seperti yang aku idamkan. Malahan mungkin berlaku perkara yang lebih teruk. Berapa ramai manusia yang mampu melihat kehendak kita, dan soalan yang lebih pentng adalah, adakah kita mampu melihat kehendak manusia lain?

Di sinilah berlaku kecurangan aku. Kadang-kala tertipu dengan keputusan sendiri. Semoga api yang tercetus ketika itu dimaafkan semua. Dan aku banyak belajar dari sebuah pengalaman. Terima kasih ikhwah kerana memberi peluang untuk aku belajar dan beradaptasi untuk menjadi seperti antum yang hebat. Doakan aku juga menjadi hebat, di sebalik segala kekurangan dan kelemahan.

--------------------------

Alhamdulillah, cuti di Universiti Yarmouk sudah bermula. Ramai sahabat sudah merancang untuk menjelajah  tanah Eropah, mendaki bukit Safa dan Marwa, berenang di Pantai Aqabah, malahan ada yang sudah menjamah udara Malaysia sejurus tamat Semester kedua ini. Aku doakan mereka semua dapat belayar dalam bahtera mencari pengalaman dan keseronokan dengan perlindungan dari Allah. Semoga segala pancaindera yang telah dianugerahkan dapat dimaksimumkan untuk mencapai keredhaan Allah.

Dan aku, masih berteleku memeluk tubuh di Irbid. Memandang jadual, merenung matlamat, dan kemudian berguling sendirian untuk mengubat hati yang sedikit terluka. Bukan kecewa kerana keseorangan, tetapi dek keputusan imtihan sem ini yang kembali menggugat keyakinan untuk meneruskan jejak kaki menjadi seorang yang dipercayai dalam masyarakat sebagai USTAZ.

Tapi, lepas dibuat analisis, memang banyak salah aku untuk sem ni. Zalim dengan En Masa, baik dengan Pembuang Masa, dan banyak meletakkan perkara yang tidak sepatutnya dalam tempoh masa yang sedia ada sangat singkat. Huh.

Tidak mengapa. Semester musim panas ini masa untuk kembali terbang tinggi, dan menggapai buahan-buahan ranum tersedia di puncak tertinggi. Masa untuk menggerakkan usaha, mengharakikan jiwa, dan mengikat kemas tenaga. Selamat tinggal jahililah perosak jiwa dan pembunuh masa!

--------------------------

Soal rumah juga membelenggu diri untuk beberapa ketika. Hasrat untuk membina sebuah Rumah Islam hampir tercapai pada mulanya. Namun kuasa Allah mentakdirkan aku untuk berkelana mencari jalan yang lebih mencabar dan sengsara. Walaupun tanpa Hakim, atau Hannan, atau Afiq, cita-citaku untuk hidup dalam sebuah rumah yang berusaha menerapkan Islam sebagai jalan hidup masih terpasak kemas.

Aku yakin, mungkin ada hikmah terdampar sendirian. Pengajaran juga untuk aku yang suka bersendirian. Atau mungkin Dia mahu aku mencari seorang peneman jiwa dan terus membina masjid dengan segera? Allah   jua Maha Mengetahui.

Doakan urusan mencari ahli rumah yang baik dan ingin menikmati kehidupan Islam berjalan lancar.

------------------------

Dalam buku Akhlak Muslim tulisan Amru Khalid, seorang aktivis dakwah di Mesir, beliau menukilkan  kepentingan akhlak mulia dalam menjalani kehidupan.

Kita pun tahu, baginda Nabi Muhammad saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia, bukan setakat menunjukkan kita jalan kehidupan yang benar dan penuh keredhaan Allah. Bahkan manusia yang rosak akhlak tidak lebih dari binatang ternakan yang melata di bumi Allah. Apa beza kita dengan mereka yang meragut rumput andai memiliki akhlak rendah, dalam pada masa yang sama kononnya hebat ilmu dunia? Elakkan dari menjadi manusia yang tertipu dan ditipu fitnah dunia.

Betapa akhlak ini menjadi indikator kepada keMuslim-an kita sebenarnya.

Kesimpulan yang aku dapat buat dari nota ini adalah, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak yang baik. Dan akhlak Islam sememangnya semua norma akhlak yang baik dalam fikiran manusia. Sama ada menghormati ibu bapa, atau membantu guru-guru, sehinggalah kepada sekecil membuang kayu di jalanan itu adalah akhlak Islam yang bak dan perlu kita amalkan.

Akhirnya, aku sentiasa tidak akan sempurna, dan jangan berharap orang lain akan sempurna. Namun, aku bersedia untuk menjadi perkakas yang menyempurnakan hidupmu, jika itu sahaja yang kamu perlu dariku.

Selamat menyemai kasih dan sayang, dan ada 1 hadis yang berbunyi,

"من لا يرحم, لا يرحم"

Sesiapa yang tidak mencintai, dia tidak akan dicintai.


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

2 comments:

'Aku yakin, mungkin ada hikmah terdampar sendirian. Pengajaran juga untuk aku yang suka bersendirian. Atau mungkin Dia mahu aku mencari seorang peneman jiwa dan terus membina masjid dengan segera? Allah jua Maha Mengetahui.'

eh, hint baitul muslim - tanda soal.

Shazmie said...

erk.jangan buat buat spekulasi.^^

Nak lukis tangga maratib atas kertas mudah sangat.tapi,nak lukis dalam kehidupan rasanya bagai ingin mencium sungai syurga tatkala masih bergelumang dengan dosa dunia.susah sesusahnya.kan? :)

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!