Facebook Twitter Google RSS

Wednesday, October 31, 2012

Mari


Ya Allah...

Susahnya nak betul-betul istiqamah dalam melakukan sesuatu, apatah lagi dalam jalan membuat kebaikan dan menyebarkannya. Aku tak mampu untuk membuat suatu apa pun, melainkan dengan keizinan dariNya. Semoga aku benar-benar thabat atas jalan ni, sebab jalan menuju syurga itu dihiasi pancaroba. Bukan sebarang halangan, melainkan memang untuk membuat diri manusia terpesong dari haluannya.

Aku takut. Untuk menjaga diri sendiri merupakan suatu perkara yang aku sangat risaukan. Bekalan yang aku kutip tidak akan cukup untuk menampung kebuasan diri ini. Mujur, rakan-rakan yang Allah kurniakan baik-baik dan solehah belaka. Wah, harap kebaikan kawan-kawan dapat membantu diri berubah.

Dan kini, cabaran itu bersilih ganti. Aku dapat merasakan betapa peritnya perasaan putus asa untuk membuang sesuatu yang telah mendarah daging dalam diri aku. Aku berjaya tahan untuk seketika, dan akhirnya terjatuh juga dalam perangkap yang sama. Hah.

Lemah betul diri aku. Apatah lagi bila dah pindah rumah sekali lagi ni. Betul-betul futur dengan kehidupan kat Jordan ni. Aku boleh bilang dengan jari, berapa banyak kehendak aku berjaya dipenuhi sejak berada di sini. Tapi, Allah tak bagi apa yang aku nak, Dia hanya akan memberi apa yang aku perlu. Oh, banyak aku kena muhasabah. Kisah ahli rumah atau rumah atau RI aku tutup dengan rasmi dari kamar bicara. Aku akan usaha dengan cara sendiri untuk binanya, walaupun memang futur la. haha

Pelajaran semakin baik. Alhamdulillah, kejatuhan teruk sem lepas terlalu banyak ajar diri ni. Setakat hari ini, aku memang mempunyai motivasi untuk sentiasa memegang dan membaca dan mendengar apa-apa sahaja berkaitan bahasa Arab. Tapi, terlalu banyak yang aku kena belajar. Aku cintakan peluang keilmuan yang aku dapat di sini. Semoga dengan keberadaan aku kat sini, aku mendapat menjadi seorang yang mantap ilmu,dan jernih fikrah kehidupan disuluh cahaya wahyu. (Ameenkan ya semua)

Dan kini, dengan nada yang agak serius, aku tak suka sifat aku yang lama datang balik. Dan makin hari dia semakin ganas. Haih. Amarah itu datangnya dari api syaitan. Kenapa aku pemarah? Oh, aku pun tak nak. Dan aku tengah usaha sebaik mungkin untuk kawal dan salurkan di tempat yang memberi faedah kepada Islam, seperti Umar al-Khattab yang hebat sebelum Islam dan selepas Islam. Yay, nak jadi Umar yang hebat. InsyaAllah....

Pengalaman baru itu sentiasa ada. Tahun ni, Allah beri rezeki lebih, dapat aku membuat korban untuk satu bahagian unta bersamaan 240 JD atau RM 1000 lebih. Mula-mula, aku tak tahu langsung kebaikan atau fadhilat atau sebab nak kena korban. Aku tahu je sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam mencetuskan peristiwa korban ni. Tapi, aku tak pernah tergerak untuk merasainya.

Sebab tu, aku macam nak menangis bila buat korban ni. Aku rasa jahil dengan agama sendiri. Walhal, kebanyakan ulama hampir mewajibkan korban ini. Bila baca dalam kitab dan net, aku rasa macam ada kayu-kayu cucuk hati aku. Aku dulu yang jahil dan keras kepala dan  tidak mampu dari segi harta, akhirnya berpeluang merasai nikmat berkorban. Allahuakbar. Rezeki ini datang dari Allah. Tanpa duit yang aku ada sekarang, mustahil untuk aku merasai apa yang aku rasa sekarang. Ma selalu pesan, keluarga kita tak mampu nak sediakan segala-galanya yang aku mahu. Sobs. Aku menangis. Kemahuan aku kadang-kadang melampau, apatah lagi bila melihat kawan-kawan yang ada macam-macam tapi aku kosong. Dan akhirnya aku meminta-minta dari keluarga tanpa mengetahui kesusahan ibu bapa aku mencari rezeki. Hah. Moga aku dapat manfaatkan rezeki ni dengan baik dan dapat bersyukur dengan nikmat pemberianNya ni.

Aku rindu Malaysia. Walaupun aku takut dengan biah yang bakal aku masuk, tapi aku nak sangat jumpa adik kecil aku , Putier Nai'ela Balqis yang comel. Rindu keluarga dan adik-beradik dan saudara-mara. Aku harap kepulangan ke Malaysia nanti dapat meneruskan kelangsungan pengembangan fikrah Islami dalam keluarga.

Ada orang tanya aku dulu, bukankah salah jika pelajar tajaan JPA/MARA menggunakan duit untuk dakwah atau untuk membiayai program dakwah badan tertentu?

Aku pandang wajah dia dengan serius. Aku tahu, dia ingin mendapatkan penjelasan. Cuma, sudut pandangnya sedikit kecil. Apa pula jawapan dia jika aku tanya tentang pelajar tajaan yang membazirkan duit untuk membeli peralatan/gadjet/permainan yang canggih? Yang membeli baju mahal-mahal, makanan mewah, dan untuk melancong tak tentu arah? Salah ke betul?

Oh, persoalan tentang hukum penggunaan duit tajaan sukar dihuraikan. Cuma, yang aku faham, kalau duit itu kita tidak gunakan untuk perkara kebaikan atau memberi faedah, kita akan membelanjakan untuk keburukan dan sekadar pembaziran yang terang. Aku selesa untuk gunakan duit aku demi orang lain. Sebab aku sudah biasa dengan keadaan kekurangan duit, maka aku berusaha meringankan beban rakan-rakan lain. Peruntukan untuk dakwah juga perlu, tapi tak semua akan faham. Manusia yang hanya berfalsafah, tidak akan sesekali dapat menyelami nurani hati seorang pendakwah. Sukar digambarkan, tapi kesannya mekar dalam kehidupan.

Dah setahun lebih di Jordan. terima kasih abang Adam atas kefahaman yang disampaikan. Kalau tidak, entah jadi apa kat Jordan ni. Yup, jalan masih panjang. Dan aku hanya seorang yang bertatih di atas jalan ini. Untuk redha Ilahi yang pertama, dan kasih dia yang kedua. Ohh...

Aku gementar dengan perkataan pasangan walaupun ianya fitrah. Aku malu, dengan ilmu yang ada. Aku segan, dengan iman yang diluah mati anak, diluih mati ayah. Aku tahu masanya akan tiba, tapi aku tak akan berharap. Tolong, cinta adalah perkara yang mudah. Tapi, membina selepas cinta itu perlukan bekalan dan kekuatan. Hanya lelaki sejati yang bisa mengharungnya sehingga melahirkan generasi harapan. Terima kasih abah kerana menjadi salah seorang model ketua keluarga yang angah sanjung. Beginilah pendirian aku jika ada yang bertanya. Aku tidak meringankan hadis tentang perkahwinan awal, tapi usaha untuk membina keluarga itu perlu mantap. Ya Allah, perkuatkanlah jiwa kami.

Dan kini, aku berharap untuk sentiasa menjadi matang dalam setiap aspek kehidupan. Meneliti setiap perkara dengan kacamata Islam, dan menapisnya agar kehidupan aku jernih dari percampuran jahiliah. Sukar, tapi tidak mustahil. Susah, tapi aku pasti boleh. Hati, janganlah berbolak-balik kuat sangat tahu. Penat aku nak menjaga. Kalau asyik gerak je, boleh futur la tuan empunya hati ni. haha

Baiklah. Aku berusaha untuk membawa usrah atau PINTAR atau liqa atau apa sahaja yang orang pangil yang bertujuan untuk mendekatkan diri manusia dengan nilai-nilai dan akhlak Islam yang sebenarnya. Aku cuba sampaikan apa yang aku faham, walaupun mereka tak faham. Mungkin penyampaian aku teruk sangat. haha. Tapi, aku nak belajar mengenal hati manusia yang berbeza agar dengannya, aku dapat pula menjaga hati aku yang jenis apa pun aku tak tahu.

Dulu, banyak kali, aku jatuh hati. Tak pernah walau sekali, aku beritahu. Sebab aku tahu, ditolak dan nak membawanya susah serta menyakitkan. Maka, aku simpan, dan akhirnya ianya hilang ditelan angin. Aku berharap perkara yang sama akan berlaku, dan cepat-cepat hilang dari akal aku yang waras. Aku tak mahu dibutakan dengan permainan dunia. *Cepat-cepat tutup mata*

Biarlah apa orang kata, yang membantah akan terus berfalsafah. Aku akan terus membisu dan berlari laju. Dia senyum dan mengeji, tapi akhirnya hanya tahu bersembunyi. Aku ketawa, dan menang dengan bergaya.

Marilah wahai kehidupan, kita beradu kekuatan. Kita tengok, siapa yang akan futur dahulu. Kalau kau kalah, aku akan semakin taqarub denganNya. Kalau kau menang, aku akan panggil kawan untuk bantu. Jahat kan aku? Tapi, aku dah tak boleh kalah. Nak ke tak nak, kena begerak juga, Kita kan nak tegakkan agama? Kenalah kuat dan bertenaga. Oh...

Nak tahu kenapa post ni panjang?

Sebabnya aku dah habis exam utama. Tinggal lagi subjek Bahasa Inggeris untuk dijawab. Maka, aku ambil kesempatan keemasan ini, untuk meluahkan sedikit sebanyak walaupun banyak lagi yang aku nak cerita. Penat la aku kalau nak tulis semua. Kan?

Aku sentiasa mendambakan nasihat dari seorang teman, yang ingin aku berubah menjadi somebody atau lebih baik. Weh, tolonglah nasihat aku. Boleh? Please lah. Jangan kedekut ilmu. Sharing is caring. Aku nak jadi pandai juga macam korang. haha.

Maka, aku nak tamatkan coretan ni. Tapi, macam sedih pula. Setakat ni, dalam post-post sebelum ni pun, aku jarang sentuh secara serius perihal ayat atau hukum atau idea tertentu. Sebab aku tak suka detail. Plain is better. Sesuai untuk semua walaupun orang bosan baca.

Eh, kalau baca, then dapat something, sebarkan pada orang lain tahu. Pastikan kebaikan yang tersebar akhirnya akan mengatasi kejahatan yang bermaharajalela. :)

Assalamualaikum...

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!