Facebook Twitter Google RSS

Wednesday, March 6, 2013

Langkahan. Ke mana?

Alhamdulillah.

Permulaan yang sangat baik untuk sem baru, apabila kita berjaya melakar tujuan pembelajaran dengan jelas dan tahu ke mana kita akan pergi. Bukankah pelik, jika kita belajar selama 6 tahun, atau 4 tahun, dan akhirnya kita hanya tahu untuk bekerja untuk mencari makan? Ini tidak akan menjadi sesuatu yang gharib, kalau kita sendiri tidak tahu ke mana kita akan pergi, dan lebih malang apabila tidak mengetahui asbab diri diciptakan!

Ingat balik tujuan kita lakukan sesuatu. Bukan untuk mendapat pujian, atau duit, atau kemahsyuran. Semua ini hanya tali yang mengikat kita dari terbang lebih tinggi, dan menumpaskan aspirasi menggunung tinggi dalam diri. Sebab itu contoh ikutan sepanjang zaman yang kita sayangi, tidak menerima tawaran yang kelihatannya sangat membujuk hati. Sama-samalah kita saling memperingati, supaya kelak tidak sasau memerah keringat dinihari. Disangka akan mendapat habuan selepas kepenatan, walhal dalam hati terselit riak ketakburan.


Lemas.

Sejujurnya, mungkin aku yang sedang lemas. Aku cuba melawan satu arus yang bermain dalam diri. Aku fikir, semua orang akan melalui jalan ini, sama ada mereka mahu atau tidak. Kerana arus mencari diri yang sebenar akan sentiasa bergolak dalam jiwa manusia. Tatkala Allah mengilhamkan kepada dirinya jalan untuk bekerja dan beramal, dia akan sangsi. Apakah aku harus menjadi sebegini atau sebegitu?

Aku melihat jalan yang sangat luas terbentang di hadapanku. Menariknya, semua jalan ini menarik dan amat bersinar, kerana intipatinya aku yakin sepenuh hati berasal dari masdar thiqah Ilahi. Cuma, pendekatannya berbeza. Ya lah, ada yang mentafsirkan begini, dan ada pula yang mentafsirkan begitu. Kesemuanya (kata mereka) akan menuju ke tempat yang satu. Benarkah begitu?

Melihat diri.

Aku membawa bendera kasih seorang pencinta agama. Perjuanganku dibina diatas perbatasan keilmuan yang mapan. yang dibajai dengan hujah si pengalun impian, yang dibenam padu oleh si petani harapan. Aku ingin apa sebenarnya? Persoalan yang aku kerap ulang dan dia kerap datang tanpa diserahkan undangan. Selepas aku membaca sebuah karya yang berat dan memancitkan kapasiti kefahaman, aku akan mula menebar benih semangat untuk menjadi prolifik dalam penulisan genre berat yang kapan membuat insan sawan. Namun, apabila aku membaca lewat karya menyentuh jiwa dalam kondisi untuk membina sang manusia, aku mula menjadi lebih lembut dan aku semai pula bijian untuk menjadi penulis prolifik juga, tetapi dalam konteks untuk membina manusia.

Dan suasana di sini seolah-olahnya menuntut aku menjadi seorang yang terlalu kritis dan laju dalam penghujahan, agar baru Islam itu dapat ditegakkan. Jika tidak kritis, dipanggil orang yang malas membaca pula. Jika tidak menulis tentang pertentangan idea, dilihat bermain dengan romantisme dalam menegakkan agama.

Aduh. Aku lemas. Aku mahu menjadi pengkritik idea manusia, dalam  masa yang sama aku mahu menjadi penjentik hati manusia. Aku kira, susah untuk dikepilkan ciri ini bersama. Sekejap menjadi lembut jiwanya dan lunak bicaranya, sebentar yang lain pula menjadi buas untuk mengejar si pembawa idea berhala. haha. Kekusutan identiti aku kadang-kadang.

Orang lain.

Ada yang alami perkara dan dilema yang sama. Ada yang berjaya menghadapinya dengan baik dan cemerlang. Mereka dapat keluar dari segala kemelut dengan baik dan mula merencana gerak kerja untuk maju dengan laju dalam medan yang mereka setuju.

Namun, tetap ada yang akan bergelut mencari kecenderungan diri mereka. Mereka melihat sesosok tubuh yang hebat, dan terus menakik usaha untuk terbang bersama impian mereka. Ini tidak salah, sekiranya kita benar-benar melihat keputusan itu dari pandangan langit, yang menatijahkan satu tasawwur yang jelas dalam membuat keputusan. Tetapi, kalau dikaburi aspirasi peribadi, aku kira itu hanya merosakkan dirinya sendiri.

Carilah kecenderungan kita yang tersendiri. Lihat ke arah mana yang kita ingin pergi, dan letakkan Allah sebagai matlamat yang paling tinggi.

Konklusi.

Semua orang ada kecenderungan masing-masing. Namun, setiap kecenderungan itu perlu mematuhi darjah kecenderungan yang ditetapkan oleh Islam. Perbatasan telahpun Dia letakkan, maka berjalanlah dengan kepercayaan kita yang tulen dan tegakkan agama.

Aku berharap, sebagai seorang yang berasa izzah dengan Islam, kita berusaha memenuhi masa dengan aktviti dan kerja yang bermanfaat untuk agama. Sangat mendukacitakan apabila ku lihat Muslim yang membuang masa. Berikan aku dalil untuk menghalalkan pembaziran nyawa yang sedang mereka lakukan.

Aku cuba untuk tidak terlalu taksub dengan pemikiran berat yang menyanggahkan jiwa, dan aku berusaha untuk tidak menjadi wara3 sampai berfikiran naif. Menjadi pertengahan, adalah titik yang paling selamat dan bijak. Di samping dapat mendidik jiwa manusia, dapat juga memberi buah fikiran dan idea yang mencakupi topik yang luas. Kalau tak nanti, dipanggil jumud pula. Atau berlagak pandai sampai kena "poyo".

Antum, cenderung untuk menjadi apa? :)

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!