Facebook Twitter Google RSS

Sunday, March 24, 2013

Peluang Atau Halangan?

Bismillah.

Untuk tidak meleretkan isi perbincangan dengan kepelbagaian isu yang meragam dalam benak aku, maka aku mengkhususkan untuk menulis sedikit tentang jawatan; antara pro dan kontra. Tak sampai 2 hari lagi memegang taklifan sebagai YDP Bkan Pahang, setelah dilantik hasil pilihanraya baru-baru ini.

Sejujurnya, aku semakin gugup dan gusar untuk memegang apa-apa jawatan, sama ada kecil atau besar. Peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini, banyak mencorakkan akal dan jiwa aku untuk berusaha menggunakan cara lain jika ingin melakukan sebarang perubahan. Apa yang pernah aku lalui di sekolah lama, membuatkan aku takut dengan kemampuan diri dan insaf dengan kelemahan peribadi. Apatah lagi ada cikgu yang pernah mengatakan bahawa biasanya insan seperti aku tidak akan menonjol lagi selepas peristiwa di sekolah yang lepas.

Aku anggap zaman persekolahan adalah zaman kegelapan dan penuh kenaifan. Aku ada tujuan yang ingin dituju, tapi, aku tersilap memilih jurupandu. Pandangan untuk mengubah manusia terlalu sempit, sehingga kadang-kala aku sendiri lemas untuk bernafas. Aku lelah dan putus asa untuk mengubah apa yang berada di sekitar. Lama-kelamaan, aku sendiri hanyut.

Astaghfirullah...

Kemudian, Dia memberi peluang untuk aku berkenalan dengan satu dunia yang baru, yang menjanjikan jalan terbaik untuk mencapai tujuan yang aku ingin tuju. Semakin lama, aku tidak dapat menolak, bahawasanya sememangnya jalan ini terang dan mampu membawa aku ke sana, andainya aku sanggup bersabar dengan mehnahnya. Jalan ini mudah, namun sudah ramai yang tergelincir. Jalan ini mudah, namun tetap ada yang tersungkur.

Aku cuba membina keyakinan. Dan mencari kembali sosok peribadi yang kian hilang dimamah zaman. Untuk membinanya kembali sangat perit dan sukar. Jahiliah itu sudah tebal. Kikisan demi kikisan, siraman demi siraman, semuanya demi melembutkan kembali jiwa yang sudah keras dan hati yang sudah parah. Rakan-rakan yang baik terlalu banyak menolong. Aku terasa terhutang budi. Namun, budi mereka bukan dibalas dengan wang, tetapi dengan aku turut sama melunaskan amanah syahadah yang dipegang.

Kini, aku selesa dengan jalan ini. Aku percaya, dan berjuang untuknya.

Dan kini, aku ditaklifkan dengan jawatan.

Segala memori luka lama bermain kencang di minda.

Hatiku berombak.

Aku tidak mahu seperti dulu.

Aku tidak mahu dikecewakan.

Aku tidak mahu gopoh.

Aku takut.

Aku amat berharap, jawatan ini membuatkan aku semakin khusyuk beribadah kepadaNya. Aku amat berharap, jawatan ini menjauhkan aku dari sebarang maksiat kepadaNya. Aku amat berharap, jawatan ini membuka hati lebih ramai manusia untuk taat beribadah kepadaNya.

Yang lepas, adalah satu tempoh masa untuk mereung pengalaman dan muhasabah di atas sebarang kesilapan. Yang sekarang, adalah masa untuk aku membuat yang terbaik dan memberi perkhidmatan.
Yang akan datang, menjanjikan perancangan untuk kelangsungan kehidupan.

Aku tidak akan berbangga dengan jawatan ini. Moga Allah menjauhkan hati aku dari sebarang sifat riak dan takabbur. Aku hanya mahu menggunakan tenaga untuk membawa manusia kepadaNya. Semoga dengan taklifan ini aku akan meningkatkan amal dan kerja. Semoga dengan taklifan ini, hak manusia yang perlu dijaga ditunaikan dan aku diganjari dengan sebaik-baik ganjaran.

Terima kasih kerana memberi peluang untuk diri ini belajar. Terima kasih di atas kepercayaan. Apa-apapun, diri ini sentiasa perlukan dorongan dan sokongan agar tidak rebah di perbaringan. Ana perlukan kalian. :)

Salam.

*btw, masa perlantikan tu tak ready teks speech. Terasa ackward kena bagi ucapan. haha
Hopefully tak tersasul cakap perkara yang mengarut.


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!