Facebook Twitter Google RSS

Monday, March 25, 2013

Sakit

Kalaulah aku boleh cakap, inilah kali pertama dalam universiti aku terasa sakit hati dengan doktor.

Sigh...

Ampunkan dosa aku. Ampunkan segala maksiat aku.
_______________________________________________

Perkara kecil sangat. Pasal markah.

Tapi, aku tafsir lebih dari tu.

Aku rasa pedih, dan sangat sedih. (Aku menangis sebab perkara ni.)

Aku terasa insultation. Personal attactk yang memalukan diri aku.

Doktor ini terlalu keras kepala, dan sedikit panas baran. Dia seorang je yang panas?

Astaghfirulllah...
______________________________________________

Aku datang ke kelas dengan gembira.

Aku agak akan dapat markah, dan aku agak markah itu tinggi.

Aku nak hantar kerja kursus sekali, yang aku dah bergelut untuk membuatnya malam semalam.

Dan aku mahu menjadi antara pelajar rajin dalam kelasnya.

Lalu dia masuk dengan membawa kertas.

Senyuman aku terkoyak.

Dan semasa dia memanggil namaku,

cukuplah perkataan ahsan mewarnakan pagiku.

Aku lihat kertasku. 17/20.

Markah yang baik, walhal aku agak pening semasa peperiksaan dulu.

Aku lihat buku rujukan, dan terasa seperti ada sesuatu boleh diperbetulkan.

Lalu aku usulkan kepada doktor.

Dia tidak ingin menerima pembetulan.

Dan akan mengurangkan markah sebanyak 5 jika kertasku dilihat semula.

Aku pelik. Aku hanya ingin diperjelaskan soalan yang samar-samar itu.

Tidak mengapalah. Aku menolak.

Aku tidak mahu kertasku dilihat semula.

Tapi, dia mengambilnya. Dan meletakkan di atas mejanya.

Lalu dia memanggil aku.

Aku kaku. Namun kakiku tetap melangkah ke mejanya.

Dan disini, aku terasa dibogelkan.

Dia membuka kertasku.

Lalu meletakkan pangkah atas jawapan yang pada awalnya benar.

Dia bertanya dengan bongkak, dan egonya membengkak.

Dia menafikan jawapan aku.

Dengan penuh teliti dan seratus peratus ketajaman, dia tidak menerima jawapan aku.

Aku terasa nak pecah dada.

Dia memandangku, dan matanya mengkhabarkan 17 hanya belas ihsan.

Kini, aku dihadiahkan dengan yang sebenar.

Tajam, teliti, tepat, dan perlu seratus peratus benar dari buku. Tulen.

Aku dapat 13.
_______________________________________

Di hadapan orang ramai, dia melakukan perkara itu.

Dia sebut jawapanku, dan memangkahnya.

Aku lihat ada pelajar Arab tergelak mendengar jawapanku. Character assasinations.

Dia merendahkan pelajar ajnabi, yang katanya Arab tunggang-langgang.

Dia memalukan aku di hadapan orang ramai.

Dia memberitahu markah aku, dan meletakkan aku di kedudukan yang sebenar.

13.

Aku malu. Sedih. Marah. Terkesima.

Dan dia mengatakan ini yang patut aku dapat. Yang selayaknya.

Emosi aku sangat tertekan.

Segala rasa mencapah. Ingin membunuh, ingin menumbuk, ingin menengking, ingin menembak, ingin merobek, apa sahaja asalkan wajah doktor ini hilang. Dan maruah aku dikembalikan.

Kelemahan aku. Emotionally unstable. Sangat unstable apatah lagi apabila ada serangan peribadi dan menjatuhkan maruah yang aku jaga.

Aku masih jaga. Aku masih boleh belajar dalam kelas. Tapi, dendam kesumat dalam hati aku membuak-buak. Suatu hari nanti aku akan malukan doktor ni! Aku akan tundukkan ego dia! Dia akan malu dengan aku! Dia akan terima public humiliation sama seperti yang dia buat pada aku! Aku akan jatuhkan segala ego dan kebanggaan dia! Aku akan buatkan dia tertunduk, dan insaf dari buat perkara yang sama!

(Hidup revolusi lol)

Aku akan study semua buku lepas ni. Dalam imtihan, aku akan letakkan sesuatu yang bukan dia ajar. Dan akan berdebat. Dia naik kepala kerana tidak pernah ada manusia yang berjaya menakluk egonya. Dia jadi keras kepala, dan panas baran.

Aku keluar dari kelas dan pergi tandas.

Aku menangis. Tangisan yang aku jarang keluarkan.

Tangisan kekalahan. Tangisan penderitaan. Tangisan kesedihan.

Aku mengambil masa aku, dan berwudu. Aku pergi musolla.

Begitulah.

Hatiku masih lagi membara. Aku tidak dapat memproses dengan baik sifat doktor tu. Mungkinkah itu caranya dia bergurau dengan aku? Atau dia ada tekanan lain di rumah yang menyebabkan dia bertindak sebegitu?

Yang pasti, 4 markah yang hilang itu adalah maruah aku.

Identiti aku sebagai mahasiswa, yang meletakkan kecemerlangan sebagai indikator utama.

4 markah itu adalah keyakinan aku, dan dia hancurkan.

Aku akan ingat sampai detiknya aku pula akan malukan dia.

7 markah sudah hilang dari 100 markah. Aku berkemungkinan akan mendapat 93 paling tinggi. Dulu aku target utk dapat 95. Tapi, dia hancurkan.

Sampai sekarang, aku bersyukur. Aku tidak dapat bertindak di luar batasan lagi. Tarbiyah banyak mengajar dan mendidik. Kalau aku yang dulu, tidak mustahil aku akan dibuang dari universiti.

Aku akan belajar bersungguh, dan hafal semua detail. Aku akan jawab dengan cemerlang, dan akan buatkan dia tertunduk dengan jawapan aku.

Aku nak dia sakit sebagaimana aku sakit. (ni afkar yang salah jangan ikut)

aku masih bergetar. Tidurku tidak memadamkan imbasan memori apa yang berlaku. Makanku hanya mengeyangkan jasad, tidak ruh. mandiku hanya melembapkan badaku, tidak hatiku yang berwap-wap. Aku dalam kondisi yang parah. Nasib baik liqo hari Rabu. huh

Inni soim. Aku baru teringat yang aku berpuasa. Mungkin sebab tu jgak aku masih dapat relax dan jaga diri.

Tapi aku pelik sket. Bila nak dekat exam, akan ada kawan yang minta aku bantu dan ajar.

Tapi, bila aku ditimpa masalah macam ni, semua takde. Biar je aku settle sendiri.

Lelaki secara zohirnya, memanglah satu kebanggaan bila dapat selesaikan masalah sendiri. Tapi, dia tetap mahukan ada orang datang dan hulurkan telinga, tanpa dia yang mohon orang tu datang.

Macam sekarang, semua buat tak tahu je.

"Shazmie tu pandai, dia boleh settle sendiri."
"Dia okay lah. Nanti dia bincang dengan doc boleh la dapat 17 semula."
"Relax. Dia ni panas baran. Biar dia settle sendiri."

Biarlah. Aku masih okay. Allah ada. Parent ada. naqib ada.

Manusia datang kepada kita, bila kita boleh beri manfaat pada dia. Masalah kita, jangan sampai membuatkan dia pula terasa sakitnya.

Dunia. Ikhwah dengan naqib.

Cool shazmie. Aku tengah cool la nie. Pas ni, nak study. Fahamkan sampai lumat, dan jawab exam doktor ni sampai dia tak mampu nak pangkah. markah penuh. Buat dia terpaksa puji aku, dan buatkan dia gagal mencari kesilapan aku. Biar dia pulak tension.

Sekali lagi, sila baca tanpa ruhi. Ini bukan post utk ruhikan para pembaca. Tapi, disebabkan ini blog, maka aku tulis untuk luahkan. Nak luahkan kat manusia secara nyata, tidak ada yang sudi dengar. Siapa yang baca dari awal sampai habis, minta maaf sebab terhabiskan masa antum dengan qodoya yang tidak membina.

hehe... abg afdhol okay lah jugak. Dia datang tepuk bahu, dan aku cuma mengangguk. Lalu dia pergi. Tapi, kesannya kepada emosi aku sangat besar. Terasa ada yang cakna akan diri ni.

Senyumlah shazmie. Tu doktor kot, janganlah ambil serius sangat. Sorry, aku serius dengan hidup aku. Hubungan personal juga aku serius. Apa yang berlaku semua perlu dititikberatkan.

Haih. Dear readers, eventhough i don't know who you are, or where you come from, but if you think you have the solutions or you know how to solve problems of mine, just PM or message or email. I need those kind of motivational words. Please and thank you.

Bilalah aku nak settle bina diri kalau macam ni emosi aku. Apa cer ni Shazmie? 

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Shazmie said...

Terima kasih kerana sudi respon. :)

Sebenarnya, hampir semua manusia ada masalah dan masing-masing ada cara penyelesain tersendiri. Sedikit kelemahan saya, cepat untuk mengekspresikan perasaan di alam maya dalam usaha utk berkongsi dan mengurangkan perasaan beban. Disebbkan itu, terhasillah tulisan luah perasaan yang tidak akan saya fikirkan dalam keadaan yang normal. Its just a good reflect to myself. Nampak seharian mcm okay, but suddenly could turn like this. Personally, bila saya sendiri baca balik pun rasa segan. Tapi, banyak yang saya belajar dari tulisan sendiri. rasa tak percaya pun ada i would write like this.
haha. my bad...

Benar, boleh jadi kita benci tetapi perkara baik utk kita dan boleh jadi kita suka tetapi perkara itu tidak baik utk kita.

Saya akui saya memang lemah dalam bahasa arab. dari dulu lagi dan mmg sekarang tgh berusaha utk improvise. tp, itu bukan isu yang sya nak timbulkan di sini.

doktor tolak markah disebbkan saya ingin mendapatkan jawapan sebenar utk beberapa persoalan. seolah2 prinsip yang terpakai adalah, jawapan aku paling betul dan no discussion allowed. saya agak kritis dari sudut sikap dan perangai doktor atau kawan2. kenapa tak boleh dibincangkan? kenapa tak boleh bertanya? kenapa perlu ancam dengan penolakan markah? kenapa ditutup soal jawab berkenaan pepriksaan???

sya tidak pernah kisah jika markah ditolak selepas satu penjelasan yang terang dengan meraikan budaya berfikir dalam kalangan pelajar. saya keliru, kita belajar di universiti utk menjadi pak turut kata doktor sahaj ke? jika A, maka A lah jawapannya. Jika B, maka B lah jawpannya. Pintu utk discussion tertutup, dan aku paling betul. jangan lawan keputusan aku, atau berdepan dengan penolakan markah. budaya apa ini?

jika di malaysia, kita katakan berlaku pembodohan mahasiswa dengan membobrok mereka dengan kerjaan. sedangkan mahasiswa di jordan ini sama shaja jika tidak mampu mencerap dan mempunyai pandangan yang berbeza dengan pensyarah. dalam kelas angguk sahaja dengan kata2 doktor. tidak pernah cuba berbincang atau berfikir di luar kotak kerana takut utk salah. apa ni?

saya bukanlah nak kata doktor salah. cuma saya suka mencabar idea dan pemikiran yang dibawa. kalau tak, sampai bila2 kita hanya si dungu yg menelan bulat kata2 orang.

konon berpekik mahasiswa di malaysia dibrainwash oleh kerajaan. dah tu kita di sini tak kena brainwash ke? duduk dalam kelas, catat, dengar, balik rumah study benda tu je. tak pernah diskusi idea tu. lepas tu sedap2 nak kritik mahasiswa tempat lain.

saya sedari segala kelemahan saya. saya insafi segala dosa2 saya. tapi, saya tetap kritis dengan sikap, idea, dan pemikiran org lain. jika perlu dibincang, saya mahukan perbincangan tanpa mengambil kira mustawa manusia itu. kamu doktor, kamu pensyarah, kamu org tua, kamu alim, itu bukan masalah utk kita duduk dan berbincang utk membuahkan kefahaman.

kalau tak, sampai bila idea dan minda diperkuda. buang perasaan malu utk bertanya. buang perasaan malu dikritik...

entah apa2 dah saya tulis ni. cuma, sekarang dah reda. apa yg doktor tu dah buat, tinggal dalam lipatan sejarah. tapi, saya akan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan egonya suatu hari nanti dalam satu perbincangan idea yang sihat. terima kasih sebab respon. :)

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!