Facebook Twitter Google RSS

Monday, May 27, 2013

#Cuti#

Salam.

Selepas beberapa sensasi penungguan, akhirnya apa yang ditunggu tiba ke pangkuan. Balik ke kampung halaman. Alhamdulillah.

Dah lama tak jenguk sini. Untuk beberapa minggu dan ketika, kerja-kerja lain banyak meragut perhatian aku. Lalu aku mencipta banyak sebab dan alasan supaya aku tidak datang ke blog ini, untuk menulis dan berkongsi rasa. Apatah lagi apabila ada saranan yang melarang aku menulis apabila berada dalam keadaan emosi yang terganggu. Kemungkinan besar aku akan cenderung untuk melampiaskan kegilaan yang bersarang tanpa disedari.

Apa yang aku boleh cakap, semester di Yarmouk sudah habis. Peperiksaan dah keluar keputusannya, rakan-rakan ramai yang sudah pulang ke Malaysia dan melancong, dan mahasiswa di sini bertaburan dengan program masing-masing. Ada yang sibuk dengan kelas talaqqi, pembacaan kendiri, dan ada juga yang sepanjang masa melayan movie. Haih.

Aku suka untuk menggambarkan sepanjang tempoh semester ini sebagai letusan BigBang, yang sangat mengucar-kacirkan dan merobek perjalanan hidup aku. Bermula dari perlantikan jawatan yang berat bagi aku, dimarahi doktor untuk kali pertama dalam hidup, cubaan untuk merancang hidup yang lebih besar dan gagal, dikecewakan, dan senarainya akan berderet. Aku tak boleh cakap apa-apa melainkan ini adalah ujian dan juga satu bentuk medan amal untuk aku. Dan akhirnya, aku berjaya melalui semua ini dengan selamat dan gembira. Alhamdulillah...

Cuma, baru-baru ni aku kena tegur dan nasihat dari seseorang yang aku tidak pernah jangka akan nasihat. Sebab apa tidak pernah jangka? Sebab aku tidak pernah kenal dia melainkan nama dan muka, perempuan aka akhawat, dan aku tidak fikir dia akan ambil tahu/tengok tentang aku.

Tapi, dia yang nasihat dan beritahu masalah utama hidup aku dengan cara yang aku boleh terima. Menarik, berterus-terang, tapi masih menghormati batas-batas.

Terima kasih banyak ya.

Sejujurnya, emosi adalah satu elemen yang telah banyak diabaikan dalam hidup aku. Kefahaman tentang cara mengendalikan, pengurusan, dan pentaujihan ke jalan yang betul telah banyak diselewengkan sehingga aku hampir sahaja menolak peranan emosi dalam semua lapangan kehidupan. Kesilapan itu akhirnya melahirkan satu bentuk pelepasan emosi secara agresif dan terpaksa, iaitu perasaan marah yang sentiasa membuak.

Dalam tempoh yang agak lama, aku bermain wayang kehidupan dengan kemarahan sahaja. Kemarahan itu api, api itu bahan izrail, dan aku pernah seronok dengannya.

Aku dah merepek. Haih.

Bila sampai Jordan jumpa tarbiyah bla bla bla, aku hampir pulih dan berubah. Dan banyak perasaan yang aku install dan rasa dengan ikhwah di sini. Banyak aku terhutang budi dengan gerakan harakah dan tarbiyah. Semoga Allah balas jasa mereka yang menarik aku sekali ke dalam ni walaupun aku seorang yang kotor dan tidak boleh membawa apa-apa melainkan kemusnahan.(?)

Aku dulu peminat buku psikologi dan sosiologi. Sekarang haraki dan mazhabi. Patutlah aku rasa skill untuk penetrate dalam lapangan kehidupan macam yang aku biasa buat agak tumpul sekarang dan tidak bermaya. Cuti 3 bulan ni masa untuk aku muhasabah diri, plan kehidupan semula, bina diri, dan lembutkan emosi.

Aku juga kagum dengan para sahabat yang berjaya. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan cemburu, apabila ada yang berjaya dan gembira. Aku selalu persoalkan, apa usaha mereka sampai dapat hadiah sedemikian rupa? Jawpaan yang senang, mereka adalah hamba yang lebih taat dan setia dalam beribadat berbanding aku. Mereka seorang yang optimistik dan memandang dunia secara luas, sehingga mampu menyerap segala masalah dan menyelesaikannya dengan baik. Mereka adalah insan yang dikurniakan kecekalan, kerajinan, dan ketabahan. Aku cemburu dengan mereka semua.

3 bulan ini, aku betul-betul perlu memandang dan melihat diri aku. Sebenarnya aku hendak ke mana. Ingin menjadi usahawan berjaya? Atau pendukung gerakan dakwah haraki? Atau pencinta salafi yang hakiki? Atau ingin menjadi doktor hati yang sufi? Atau ahli politik muslim yang mahir? Atau apa? Aku melihat diri aku pada masa hadapan, adalah seorang yang sangat berjaya. Aku yakin. Tapi aku gusar, aku berjaya di arah mana?

Konflik diri. Aku kena selesaikan secepat mungkin. Umur aku dah 20 tahun. Malu kalau umur sebegini aku masih smaar dengan matlamat sendiri. Cukup-cukuplah berfikir. Berhenti sejenak, ambil masa untuk bertafakur, dan cari kembali apa yang sebenarnya Shazmie nak jadi. Bukan ikutan atau suruhan.

Aku ingin meluaskan cara aku pandang kehidupan. Dengan itu, aku akan menjadi lebih jelas dalam menjadi sosok peribadi yang boleh digunakan untuk agama. Supaya aku dapat memandang segala permasalahan dengan pandangan yang tinggi, atau helicopter view. Serius, aku perlu hidupkan kembali diri aku. Dah banyak rosak kerana terbabas.

Oh my.

3 bulan cuti, aku akan cari diri dengan bersungguh-sungguh. Aku nak capai segala kecemerlangan dalam hidup dan jadi hebat ofkos. Kawan-kawan MEC ramai yang hebat. Just to mention, Shahmie. Dia pendiam, tapi ada kecekalan yang sangat tinggi. Nadiyah, tak kenal sangat tapi hebat gila-gila. Baduk, nampak manja tapi berwawasan. Mu'min, lawak hambar tapi dia abang yang sangat baik dan empati. Menangis bila tengok diri aku, banding dengan orang untuk muhasabah.

Aku kena banyak belajar dari sekeliling. Tengok orang lain, dan adaptasi apa yang patut. Aku tidak mampu menjadi orang lain. Tapi nak jadi diri sendiri aku pun aku tak tahu. Haha.

Boleh. Boleh. Boleh. Mesti boleh. Aku kan muslim.

Masih ada ruang untuk aku berubah. Masih ada masa untuk aku mendidik diri. Masih ada masa untuk merancang. Ya, aku boleh! lol

Aku cuba kosongkan fikiran dari topik perkahwinan. Dan tunggu selepas 5 tahun? Aku tak mampu janji apa-apa. Aku nak fokus untuk sesuatu, and make my both parent proud.

Orang yang sama, aku terasa affection yang sangat tinggi. Dan digagalkan 2 kali. Untuk orang yang tidak pernah membuka perasaan, itu sangat berat. Ahh. Cinta is complex.

Apa aku tulis meraban ni. Mind-off, keep my dream, gunakan sepenuh potensi, dan ubah diri.

Yosh. Salam.

*mengimpikan Shazmie yang baru*

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

1 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!