Facebook Twitter Google RSS

Monday, June 17, 2013

2 minggu Malaysia

Malaysia sememangnya mengujakan!

Alhamdulillah. Tempoh yang berlalu bermula hari pertama aku menjejakkan kaki di Malaysia, dapat aku gunakan sebaiknya. Walaupun tidaklah penggunaan yang paling optimum, tapi sekurang-kurangnya aku berpuas hati dan dapat selesaikan beberapa kerja yang tertunggak.

Secara mudahnya, cuti ni memang masa untuk settingkan balik hala tuju hidup aku. Kefahaman tentang khalifah dan ubudiyyah tu insyaAllah dah melekat. Cuma, aku mencari sesuatu yang signifkan yang boleh aku sumbangkan berdasarkan kepada kekuatan dan kemampuan aku. Secara lumrahnya, sememangnya manusia ni dilahirkan dengan keupayaan pelbagai. Apatah lagi sebagai manusia yang mahu membawa manusia kepada Allah, sewajarnya mereka lebih memahami bagaimana untuk menyusun human resources yang ada agar setiap orang dapat menyumbang dengan optimum dalam bidang kemahiran mereka. Secara asas, memang semua pendakwah kena hadam bahan-bahan macam muntalaq, sinaa3tul hayah, seerah mustafa sibaie, attoriq ila al-qalb, dan lain-lain kitab yang menajamkan fikrah pendakwah untuk proses serta marhalah yang bersesuaian. Tapi, kita tetap perlukan sesuatu yang lain, yang aku gelar sebagai self-esteemed dalam kehidupan.

Setiap hari yang berlalu, aku terasa sangat bermakna dan dapat belajar banyak perkara baru. Masa mula-mula sampai di Kuala Lumpur, aku tidur di rumah pak cik aku. Agak lama tak berjumpa dengan dia, yang lebih selesa digelar sebagai Ayah De. Semalaman bersamanya, terus aku dapat maklumat tentang cara pandang golongan yang menghadapi kesukaran dalam kehidupan, dan bagaimana dihadapinya. Dia berkongsi tentang falsafah hidupnya, peraturan, dan perkara lain yang membuatkan aku terasa cukup dewasa untuk menampung kisahnya, dan aku yakin dapat mencerapnya dengan baik. Apa yang penting, aku suka untuk melihat bagaiamana cara manusia melihat sesuatu perkara yang sama tetapi dengan perspektif yang berlainan.

Dengan melihat perkara yang sama dari pelbagai dimensi, kita mengajar diri kita untuk bersikap terbuka dan adil dalam menilai manusia. Syiling bukan setakat ada 2 muka sahaja, tetapi ada juga bahagian giginya yang sering manusia terlepas pandang. Aku mengajar diri aku, untuk menjadi seorang yang generalis dalam sesetengah perkara dan tidak menjadi spesifik. Kerana apabila kita spesifik, kita akan mudah membaca manusia mengikut bahasa bidang kita. Melihat orang yang terbatuk, mungkin seorang doktor akan berkata bahawa dia mengalami masalah dengan kerongkong. Seorang penjual ubat, mungkin akan melihatnya sebagai prospek untuk ubat batuk. Seorang perompak pula, mungkin melihatnya sebagai mangsa untuk curian seterusnya. Dan begitulah senarainya akan berterusan.

Keesokannya, aku beli tiket untuk ke Kuantan dan menunggu di Perhentian Pudu. Apabila tiba waktunya, baru aku perasan telah tertinggal dalam tiket dalam teksi. Dalam keadaan di mana tidak mempunyai duit Malaysia, Ipad yang tidak dpaat mengakses internet, telefon yang tidak berfungsi, aku betul-betul terasa berada di pulau asing. Aku pandang sekeliling untuk meminta bantuan, dan apa yang aku lihat hanyalah wajah kesibukan dan penuh kecurigaan. Dengan dua buah beg troli seberat 30 kg, aku berpusing sekitar untuk mencari bantuan. Dan kehampaan sememangnya membunuh aku ketika itu. Akhirnya, aku berjaya juga naik bas dan bertolak ke Kuantan hasil budi bicara dan kebaikan pemandu bas itu. Sepanjang dalam bas, aku tidak henti mengucapkan kesyukuran.

Berjumpa dengan keluarga semula, berpelukan, dan saling mengungkapkan kerinduan. Mungkin bicara tidak dapat menterjemahkan kegembiraan ibubapa sepenuhnya, tetapi lakaran bibit kegirangan itu mencerminkan satu kenikmatan yang luar biasa. Terima kasih ma abah sebab sanggup jaga angah yang macam-macam sejak dulu ni. Dan, kemudian, diteruskan dengan aktiviti keluarga. Dapat ajar adik mengaji, beri semangat untuk peperiksaan, dan membantu dari sudut keperluan mereka. Aku puas.

Untuk minggu yang pertama, aku banyak menyelesaikan dokumen-dokumen penting dan perlukan fokus yang paling utama. Antara yang perlu diselesaikan segera adalah urusan pengaktifan no telefon, menghidupkan semula lesen dan roadtax, pendaftaran lesen kereta, kemaskini akaun bank malaysia, belajar pajak gadai, dan pendaftaran untuk peperiksaan insurans. Dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Selain tu, aku terus giatkan diri dengan Shaklee dan aktviti kemasyarakatan di Kuantan melalui Ikram. Selepas melalui beberapa pemilihan dan pencerapan kendiri, aku memberanikan diri untuk menceburi dalam bidang yang baru dan jarang diterokai. Sekarang ni, InsyaAllah aku dah mampu untuk bercapa dalam bahasa pemajak gadai dan faham sedikit sebanyak permainan orang kedai emas ni. Masa gadai baru-baru ni, aku dapat surat tebus dan memperolehi pinjaman sebanyak RM 4000 lebih. Ini permulaan untuk aku lebih memahami instrumen pelaburan dengan menggunakan emas.

Kemudian Shaklee, yang juga salah satu daripada syarikat MLM yang memfokuskan pada pemakanan yang sihat. Kenapa nak jadi agen ni? Aku dapati, ada sesetengah kualiti sebagai seorang yang ingin bergiat aktif dalam dunia perniagaan boleh didapati dalam dunia ini dengan aplikasi teknik yang tepat dan buang perasaan malu tidak bertempat. Dengan dorongan beberapa rakan yang boeh dipercayaai, aku melangkah ke dunia ini dan insyaAllah, aku bersedia dengan ujiannya.

Aku juga banyak membaca tentang beberapa peluang melabur hartanah yang tersedia dalam negara kita. Tetapi, seriusly, bidang ni agak mencabar dan rumit. Aku perlukan penelitian dan rangkaian maklumat yang lebih dalam untuk memahami dan menggunakan instrumen ini untuk kebaikan aku. Ada nama-nama tokoh yang banyak memberikan aku input bagaimana untuk menerobos masuk ke dalam dunia ni. Perlu mahir dalam membaca perlembagaan dan undang-undang negara, tahu perancangan kerajaan yang terbaru, dan banyykan berfikir atas landasan yang benar.

Sejak aku balik ni, ayah aku banyak memberi rangsangan untuk aku membaca bidang yang aku rasa memang minat aku. Menjadi seorang usahawan, pelabur yang berjaya, hartanah, dan ketua dalam bidang yang aku suka. Dan mungkin boleh aku katakan, inilah passion aku.

Banyak lagi yang berlaku untuk minggu pertama. Tetapi, yang lain aku hanya perlu dikongsi secara penuh privasi. Kalau tak, memang murah lah kan semua benda dapat dibaca. haha

Sebelum berpindah ke minggu kedua, aku cuma nak ingatkan sesiapa yang belajar dalam Malaysia. Kalian mendapat rezeki dan pemberian yang aku kira sangat melimpah ruah. Gunakanlah sebaiknya, dan minta semaksima mungkin. Aku ada hubungi pegawai JPA di Jordan tentang kelebihan yang dinikmati pelajar dalam negara, dan meminta agar kami di Jordan dan negara lain juga mendapat hak yang sama. Dan katanya, cadanganku akan dipertimbangkan.

Minggu pertama aku namakan sebagai minggu ukhuwwah dengan keluarga. Hampir sepanjang masa aku duduk dengan ahli keluarga dan bersama mereka. Aku banyak melayani buah pemikiran yang tindak tanduk mereka. Aku meraikan perbezaa yang berlaku. Dan ofkos, aku berperwatakan seperti kanak-kanak yang dahagakan kasih-sayang. Adik-adik aku dilayan dengan cara yang diorang pun kadang-kadang tak suka. Tapi, nak buat macam mana. Bersabar jelah dengan angah aokme ni ya. hehe

Selepas tamat minggu ni, aku mula menggencarkan aktiviti untuk pergerakan mentajmie3. Yang lain semua dah semangat turun ke INTEC, kolper JAIS, dan pergi daurah macam-macam. Aku je yang stay rumah the whole week. Tak de lah futur. Lagipun, dah memang rancangan aku macam tu. Redha je lahkan.

Anyway and anyhow, aku berjaya juga pergi ke Serdang untuk daurah pertama minggu lepas. Tak dapat digambarkan apabila berjumpa semula dengan ikwah dari Jordan dan dapat DDU (Dalam dakapan ukhuwwah) dengan mereka. Refresh la semula urat-urat yang semakin ketat sebab tak dapat usrah mingguan, dan segar kembali jiwa untuk mentarbiyah. pfffttt

Seronok. Kemudian dapat jumpa ikhwah US yang pernah 'meracun' kitaorang dulu sebelum fly. Walaupun mereka di duduk di US, tapi tarbiyah mantap macam apa dah. Segan hana.

Kemudian pergi pejabat AIMS. Pergi Ulu Yam, pusta persediaan JAIS. Dan akhir sekali, pergi ke INTEC, tempat persediaan aku yang lama. Apa yang aku buat sepanjang fasa ini tidak lain tidak bukan adalah DF dan berkenalan. Proses secara daqiq tu sirr lah kan. Tapi, sangat seronok lah ya.
 :)

Dan aku pergi semua tempat tu, dengan menaiki kereta yang dipinjam dari seorang pak cik qowi di Kuantan berama seorang ikhwah dari Temerloh. Semua perjalanan selamat, dan aku dapat pengalaman yang sangat berharga. Banyak lagi perkara yang menarik perhatian aku dalam minggu ni. Banyak juga beberapa pendirian aku digugah. Dan ini adalah proses menuju kematangan, emosi dan rohani.

Yang pasti, aku tidak akan menjadi seorang yang ortodoks dalam pemikiran dan kehidupan. Pada masa hadapan, aku tidak memasang cita-cita untuk menjadi seorang pakar syariah atau pakar agama yang memberi ceramah dan mengajar kitab. Peluang untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam itu luas, dan aku akan menjadi sebahagian darinya.

Tak cerita lagi masa pergi ke SMART dan balik kampung. Oh my, sangat banyak ibrah yang boleh aku belajar.

Apa-apapun, aku berasa gembira. Aku mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mengkritik dan memberi komentar untuk perlakuan aku dalam kehidupan ini. Aku sedar, manusia itu lumrahnya melakukan kesilapan. Tapi, kita akan bangkit dari kesilapan dan membaikinya apabila mendapat saranan yang bernas. Sebab itu, aku menghargai semua surat yang aku pernah dapat dari dulu sampai sekarang.

Paling istimewa bagi aku, tulisan yang ditulis di atas sehelai tisu. Tak pernah lagi orang bagi macam tu. hoho. Dan untuk pengetahuan, aku tak tahu adakah ini satu tabiat yang semulajadi atau tidak, tapi aku menyimpan semua surat yang pernah aku terima dari seawal darjah enam sampailah ke sekarang. baru-baru ni masa kemas bilik, aku jumpa semula lambakan surat tu dan baca semula. Semua kenangan berputar, dan aku terasa ingin berterima kasih kepada semua kritikan dan cemuhan yang ditulis. Disebabkan mereka, aku mengubah stail aku dan kehidupan aku. Lama kelamaan, akhlak dan adab aku pun berubah menjadi lebih baik. Terima kasih awak, kau!

Terima kasih untuk semua yang pernah memberi inspirasi dan dorongan kepada aku. Aku bersemangat, tetapi mungkin kurang bersabar bak kata seorang sahabat dalam mencapai cita-cita. InsyaAllah, ubah perlahan-lahan ya. Jzkk s.

Dan hari ni hari lahir aku. Gembira juga. Hidup ada banyak kejutan untuk kita. Hadapilah, dan buat-buat terkejut. :D

Sekian. Semoga menjadi manusia berguna dan teruskan hidup. Berikan inspirasi kepada orang lain, dan semoga kita menjadi manusia yang paling bertaqwa. Assalamualaikum.




About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!