Facebook Twitter Google RSS

Wednesday, August 7, 2013

Resipi Chicken Chop yang Lazat!

Assalamualaikum wbt.

Maka, saksikanlah bahawasanya insan yang kerdil ini ingin menulis dan berkongsi resipi chicken chop ciptaan sendiri. Sebenarnya dah search berlambak-lambak baru dapat gabungan yang mencairkan deria rasa dan menawan hati adik-beradik. Entah kenapa, adik dan abang aku sangat kritis tentang makanan. Terlebih masam, fail. Terlebih manis, fail. Tiada rupa menarik, fail.

Berusahalah aku membaca teknik dan skill yang perlu untuk memasak dengan sesedap mungkin. Kalau tak, jumpa tong sampah lah jawabnya. Okay. Aku tulis resipi bawah ni, bermula dari turutan yang aku sendiri buat. Total masa yang aku peruntukkan adalah 2 jam dan 30 minit. Kos pula RM 70, dan boleh makan untuk 8 orang.

Bahan untuk ayam:
1. Ayam bahagian dada
2. Sos lada hitam
3. Lada hitam ditumbuk kasar
4. Telur
5. Tepung (ada orang guna breadcrust.)
6. Sedikit garam wa gula

Cara-cara:
1. Macam biasa, basuh ayam sampai bersih dan buanglah lelemaknya itu ya. Mak aku pesan, cucuk daging tu untuk memudahkan penyerapan bahan dan cepat lembut. Masak pun jad lebih cepat.
2. Letak sos lada hitam dan lada hitam yang ditumbuk dengan gula+garam. Gaul, ramas sampai mesra. Peraplah agak-agak 3 jam. Aku buat 2 jam je sebab tak sempat.
3. Step ni confius sket. Aku baca ada orang celup tepung dulu baru celup telur. Ada pulak terbalik. Maka, aku pilih untuk guna dua-dua mazhab. Dan rasanya sama sedap. haha
4. Wallah (bukan sumpah). Siap sudah ayam kita. Nak yang stail KFC tu cari resipi lain. :p

Bahan untuk sos
1. Bawang Holland yang kekuningan tu
2. Daun saderi (aku guna daun bawang sbb xde)
3. Buttercup
4. Roux (mixture tepung gandum+minyak)
5. stok ayam+lembu
6. kicap manis
7. Lada hitam yang ditumbuk kasar
8. Bancuhan tepung jagung

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan letak buttercup sesedap rasa.
2. Goreng bawang dengan daun saderi bersama-sama. Biar naik bau sampai jiran tertanya-tanya hehe.
3. Masukkan stok lembu dan juga stok ayam. Tunggu sampai mendidih ya.
4. Dan sekarang, masukkan Raux. Sebatian ni agak-agak je lah. Cara nak buat dia, masukkan satu sudu tepung gandum dengan satu sudu minyak masak. Aku buat hari tu 4 sudu tepung+4 sudu minyak. Kacau sebati ya. Oh ya, biasanya Raux ni chef yang pro je tahu. Sebab tu masakan diorang sedap. Tapi, mak aku tak tahu Raux masak sedap je. hehe
*Pastikan anda sentiasa mengacau semasa masukkan campuran tu atau kuah tu akan berketul. Tak menarik lah macam tu ya.
5. Tunggu mendidih. Dan asingkan. Kalau kena tapis sebab ada ketul-ketul, tapislah. Aku hari tu alhamdulillah smooth dan comel je.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan dan letak buttercup.
7. Goreng lada hitam sekejap, dan masukkan kuah putih yang dah siap tadi.
8. Adjust warna dia dengan kicap. Jangan sampai hitam berkilat. Cukup nampak macam kuah karamel gitu. Sebab bila kuah ni siap, otomatik dia akan lebih kehitaman berkilat.
9. Okay. Garam dengan gula tak perlu lah.Sebab bahan kita tadi banyak dah cover. Cuma kena perkemaskan kuah tu dengan tepung jagung supaya lebih pekat dan slurppp yummy!
10. Siap! Nak lagi menarik letaklah cendawan butang tu. Stail hotel kot. Perh

Bahan untuk kentang putar
1. kentang
2. susu segar
3. buttercup
4. daun bawang
5. lada hitam
6. garam gula

Cara-cara
1. Rebus kentang sampai empuk macam bantal.
2. Kupas kulit dia, dan letak dalam bekas. Tunggu sejuk lah ya.
3. Dalam bekas yang sama, letak butter+daun bawang+lada hitam+susu segar+garam/gula.
4. Apa lagi, leceklah sampai sebati dan mesra.
5. Dah yakin dengan kemesraan yang terjalin, sejukkan dan siap untuk dihidang dengan kuah atas tadi.

Bahan untuk coleslaw
1. salad
2. lobak merah aka carrot
3. mayonis
4. lada hitam
5. minyak zaitun sket
6. garam/gula
7. susu segar

Cara-cara
1. Sagat atau parut salad serta carrot halus mulus. Kasar sket pun okay. Letak dalam satu bekas.
2. Letak mayonis, susu segar, lada hitam, minyak zaitun, garam/gula, dan kacau sampai sebati.
3. Kalau macam pekat sangat, letak susu sket lagi atau mayonis. Jangan banyak sangat sampai jadi macam kuah. Kembang tekak nak makan.
4. Makan selepas disejukkan.


Aku tulis dengan penuh simple dan tak detail. Antum pandai-pandailah bereksperimen sampai jadi. Masakan ni bukan perkara yang qatie tak boleh ubah-ubah, tapi ianya adalah satu seni kehidupan yang sentiasa berubah. Selera ana berlainan dengan selera antum. So, try it for yourself ya.

Gambar dalam fb.

Tadaa. Hiaslah sendiri ikut kreativiti. :D

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!