Facebook Twitter Google RSS

Thursday, November 14, 2013

Melangkah Walau Payah

Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum wbt...

*Sapu habuk, lap tingkap, vakum, dan bersihkan sekeliling*

Moga semua rakan dalam keadaan sihat walafiat dan merasai kemanisan iman sepanjang masa. Masa yang berlalu, semoga mendekatkan lagi kita dengan kasih dan sayang Allah. Dan aku berharap, agar Dia sentiasa menerima amalan kebaikan yang kita lakukakan dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Nikmat sungguh apabila kita dapat kekal dalam ketaatan, dan hidup bersama rakan-rakan yang suka memberi peringatan. Dan apabila tiba masanya, kita juga berharap agar dimatikan dalam ketaatan kepada Dia yang Maha Besar.

Untuk mencuri masa dan menulis dalam blog, bagi aku itu satu pertukaran masa yang sangat besar jika dinisbahkan dengan perkara lain yang lebih penting. Tapi, aku tetap menulis, tetap mencari masa, dan tetap berasa gembira jika dapat berkongsi walau sedikit. Aku bukan penulis prolifik, bahkan aku merasakan diri aku ini hanyalah pemikir yang cilik. Yang kadang-kala perlu menulis untuk meluahkan rasa dan mengeluarkan perasaan yang membuak. Untuk perkongsian yang serius dan lebih terbuka, aku lebih selesa menerangkan secara berdepan daripada tulisan di tempat terbuka macam ni atau laman sosial. Boleh je nak buat, tapi kena ikut mood dan kepentingan perkara tu.

Kata kunci dia: "Awlawiyat dalam bekerja."
_____________________________________

2 bulan yang mencemburui

Aku tengok posting blog aku yang terakhir pada bulan 9. Dan sekarang, sedar tak sedar, aku dah dua bulan kembali ke Jordan.

Allah...

من عرف حق الوقت فقد ادرك قيمة الحياة, فالوقت هو الحياةواطرح سوف وحتى, فهما داء دخيل...
"Siapa yang tahu hak-hak masa, maka dia mengetahui nilai kehidupan kerana masa itu adalah kehidupan. Dan buanglah perkataan 'akan lakukan' dan 'sehingga sekian sekian' kerana keduanya adalah penyakit..."

Dua bulan ini, aku banyak menjadi senyap dalam dunia maya. Aku banyak menyendiri dan melihat pergerakan orang lain. Setiap hari, aku cuba untuk muhasabah diri dan hati aku. Apakah aku menjadi semakin baik dari aku yang dulu? Adakah aku semakin berubah untuk menjadi seorang manusia yang boleh diletakkan harapan ummah? Adakah aku contoh yang baik untuk adik-adik? Apakah aku ikhwah/kawan yang boleh ditumpangkan bahu apabila mereka dalam kesusahan?

Atau aku hanya menjadi tin kosong yang kuat bunyinya tapi kosong isinya? Atau menjadi keyboard-warrior yang hebat berpencak di alam maya tapi lesu di alam nyata? Atau manusia lemah yang tidak pernah menangisi kelemahannya...

Nyata, umur aku yang menginjak 20-an di memberi aku banyak persoalan yang perlu dijawab. Semua soalan itu berkeladak dalam fikiran aku, dan aku runsing untuk menghamburkkannya kepada manusia. Akhirnya, hanya Dia yang mampu mendengar dan memberi ketenangan yang dicari...

Kalau terus monolog macam ni, sampai bila-bila tak kan habis penulisan ni. haha

Cuma, aku rasa, dengan jawatan yang ada sekarang memang menjadikan aku lebih sensitif, aktif, dan dalam masa yang sama menjadi pasif. Balik je kelas, aku kena follow-up pergerakan AJK dan timbalan. Pastikan semua kerja berjalan lancar dan ikut due-date. Tengok balik perancangan aktviti tahunan, target bulanan dan mingguan, target peribadi, dan pastikan semua berjalan macam yang dirancang. Kena contact, banyak kali kena call, whatsapp, dan pastikan maklumat sampai. Kalau sehari aku senyap atau tidak bergerak, boleh kata macam tak hidup terus persatuan (lols).

Tak kira lagi kena buat perancangan dan jadual utk kelas, usrah, meeting, pembentangan, dan lain-lain kerja yang kadang-kala aku rasa aku tidak ada masa untuk diri sendiri. Tapi, ini perasaan aku je lah sebab biasanya waktu malam aku ada kesempatan untuk muhasabah dan cek diri aku. Tapi, macam tu lah. Setiap minggu penuh program, setiap hari ada komunikasi yang melibatkan orang lain, yang kalau aku tinggal sehari je kerja tu, memang tertangguh lah sampai bila-bila.

Pengorbanan lah kot kalau aku boleh cakap macam tu. Aku ingat lagi, masa aku ada tolong untuk uruskan kedatangan ustaz yang datang dari Malaysia. Masa ni, duit aku habis sampai kena berhutang dengan orang lain, dan banyak kena urus perkara teknikal. Aku menangis, dan berserah sahaja. Alhamdulillah, kawan MEC banyak tolong. Aku tak tahu nak cakap apa dah...

Nak dijadikan cerita, aku kena urus family untuk seminggu. Niat aku masa ni nak tolong ustaz sebab dia banyak mengajar kami dulu dan dia sangat baik. Walhal, hujung minggu tu aku ada exam yang killer. Sehari sebelum family ustaz ni balik, aku mengadu lah dekat nenek yang ikut rombongan tu. Dia cakap, "insyaAllah tok akan doakan ntuk mie. Mie banyak tolong tok, Allah tolong mie pulok..." Aku dah bercucuran dengan air mata dah haha...

Dan alhamdulillah, di sebalik keserabutan dan kesibukan yang berpanjangan, aku mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Agak terkejut, sebab aku memang compactkan masa untuk study. Ada kalanya jika esok exam, maka malam tu baru aku sempat menelaah. Tu lah... Bila kita sibuk, sebenarnya kita akan makin menghargai masa yang ada dan menjadi seorang yang lebih produktif. Mungkin study sejam je, tapi hasil macam study 5 jam. Dan tidak boleh tidak, aku merasakan kejayaan ataupun kesenangan yang aku nikmati adalah hasil doa, keberkatan, dan redho ibu-bapa serta orang yang aku pernah permudahkan urusan kehidupan mereka.

Banyak jugak aku belajar untuk urus manusia dan persatuan. Macam mana nak tangani karenah AJK yang kadang-kala tidak membuat kerja yang kita nak, cara uruskan VIP yang macam-macam ragam, sikap dan perangai AMT, dan lain-lain. Cuma, aku masih lagi gagal dalam berurusan dengan perempuan. Yang aku perasan, ada beberapa jenis perempuan yang aku macam susah gila nak berkomunikasi. Maybe sebab aku jenis direct, tegas, dan suka beri arahan tanpa berlapik, yang membuatkan orang lain rasa macam dipaksa. Ada pulak jenis perempuan suka berdebat dan pertahankan pendapat dia.

Aku rasa, aku semakin bertoleransi dan terbuka dalam menerima kritikan dan pendapat orang lain. Dulu, aku boleh cakap, yang aku tak boleh disentuh. Ego yang aku ada, ditambah dengan pengalaman kehidupan aku yang agak mencabar, membuatkan aku kebal, defensif, dalam pada masa yang sama sangat ofensif. Salah orang, nampak jelas di mata aku. Salah aku, sampai mati tak mengaku...

Tapi sekarang, aku rasa aku makin open. Pendapat orang aku boleh terima, orang cakap aku dengar, dan aku makin baik(?) untuk tukar pendapat kalau orang terangkan dengan baik dan jelas. Cuma, perempuan memang lain. Dalam meeting aku rasa okay. Tapi kalau kat luar, akau macam tak boleh agak apa benda yang diorang nak cakap atau tulis. Kalau aku agak, konfem salah. Teka pun tak betul. Yang akhirnya membuatkan aku down dan hilang keyakinan diri bila permpuan marah aku.

Tapi, lepas ayah aku briefing, aku rasa dah makin okay. Aku cuma perlu menjadi diri aku, dan meraikan pendapat dan menghargai pandangan mereka. Diaorang tak nak aku cakap lebih-lebih. Yang penting, aku dengar dan layan dan cakap kita hargai pandangan perempuan. Banyak lagilah tips. Tapi ni antara yang berkesan. Bacalah buku Men from Mars and women from venus sekalipun, kalau tak praktis dan buat, memang fail lah jawabnya...

Aku makin banyak belajar pasal politik orang atasan jugak. Yang ni kalau nak tahu, better sambil borak-borak minum syai atau makan roti lah.

Emm... lagi, aku suka jugak dengan buat connection atau bahasa yang kurnag digemari untuk dipakai adalah buat kabel. Maksud aku kat sini, kau ada kebolehan dan kemampuan, serta prestasi akademk yang baik dan peribadi yang unggul, tapi akhirnya tak mampu nak bersaing atau mendapat peluang yang baik hanya kerana tidak memasarkan diri dengan baik.

Aku malas jugak nak sebut keadaan persaingan kita hari ni. Ramai orang hebat, ramai orang pandai, ramai orang sebaris dengan kita, dan akhirnya menyebabkan kita tidak mampu untuk masuk dalam industri atau pekerjaan walhal kita mempunyai kelayakan. Sebab tu, masing-masing kena pandai dan licik berfikir untuk masa depan dia. Aku panggil manusia ni sebagai proaktif. Contohnya, apabila Profesor atau Pengurus mana-mana bank datang, kita kena pandai untuk pasarkan diri kita. Beritahu kelebihan kita, tahap ilmu kita, bahan bacaan yang kita pernah baca, aktviti yang kita sertai, dan lain-lain. Tapi, jangan sesekali menipu atau beritahu maklumat palsu. Bila dia tertarik dengan kemampuan kita, dia tidak akan sia-siakan minat dan passion kita itu dan berharap supaya kita menjadi pelapis dalam bidang yang kita minat sekarang ni.

Dari itu, dia akan hulurkan sekeping kad yang sebenarnya super-penting, iaitu business card. Setakat ni, alhamdulillah aku boleh cakap, perhubungan dengan para pegawai ni melalui emel akan memberi kita banyak faedah. Jika tidak semasa belajar, mungkin apabila kita graduate nanti. Aku panggil ini sebagai super-advantage. Hanya untuk orang yang tahu dan faham.

Jangan samakan ini dengan kabel yang busuk tu. Naik pangkat, dapatkan harta, dengan cara menjadi yes-man yang mengangguk dan mencium bun*ut para pegawai. Ilmu takde, tapi mulut manis menggula sampai orang besar suka. Ini memang fikiran kotor dan kelat yang sangat bermaharajalela dalam masyarakat.
-sigh-

Dan baaaaaaaanyak lagi yang aku pun seronok nak cerita. Tapi sekejap lagi ada dinner. So, nak kena bersiap lah dulu...

Jauh dalam hati aku, ada beberapa perkara yang aku nak sangat settlekan awal supaya aku tidak perlu lagi pandang ke arahnya. Antaranya, perkahwinan.

Aku bincang dengan keluarga, dan rakan-rakan, dengan hati serta pendapat yang terbuka. Ini bukan lagi masa untuk gelak-gelak dengan perkara macam ni. Memang itu jodoh, tapi persediaan kena ada. Aku target lepas ni nak sambung belajar master dan Phd. Kalau aku perlu kahwin lepas habis belajar, maksudnya seumur hiduplah aku takkan berkahwin sebab proses pembelajaran berlaku sepanjang masa...

Jalan di depan aku menjadi sangat banyak. Apabila aku masuk jalan tu, maksudnya aku memang kenal all-out di situ sehinggalah terjadi perkara sebaliknya. Masa depan sangat unclear. Aku cuma berdoa, agar Allah menjadikan aku manusia yang sentiasa baik dari hari ke hari dan bertaqwa pada masa depan.

*suka jalan-jalan dengan pelajar tahun 1. suka tengok mereka sebab teringat masa kita jadi sanfur. Dan antara petua yang baik adalah memilih pasangan yang lebih muda. heh*

Jalan yang aku dan rakan-rakan sedang jalani sekarang, adalah jalan yang susah dan perih. Banyak cabaran mendatang setiap hari. Aku merasai kepedihannya, dan kesusahannya, namun itu bukan sebab untuk kita berhenti dan berputus asa. Hidup adalah perjalanan yang panjang. Kita akan semakin matang dan dewasa, dari hari ke hari. Aku menghadapi kehidupan dengan positif dan ceria, dan sentiasa percaya, ketentuan Allah selepas aku berusaha itu adalah yang terbaik berlaku dalam kehidupan aku. Aku perlukan sokongan dan bantuan. Rakan-rakan, bantulah aku. Doakan aku jadi manusia yang baik. Terima kasih juga kepada para penyebar dakwah yang tidak pernah putus menyedarkan aku dari mimpin yang sia-sia. Aku cintakan keluarga aku, dan khususnya ibu-bapa aku. Aku akan menjadi anak yang baik, dan berusaha membahagiakan kedua ibu bapa dalam masa yang ada ini insyaAllah...

Ya, terus melangkah walau payah.
:)
 

Shaykh Riadh Al-Khulaifi dari Kuwait

tengah: Shaykh Mustofa Syaibani dan Syakh Anas Zahir

Senior di MTNP dulu, syakh Syaheed di WISE

Dr. Nurdin Ngadimon
 (Head of Sharia, Securities Commission, Malaysia) 

Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan, Head Syariah UM

Prof. Dr. Saiful Azhar Rosly, antara Head dalam INCEIF

Ini Tok yang aku cerita tadi. ^^

Prof Dr Muhamad Rahimi Osman, Dean. Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 










About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!