Facebook Twitter Google RSS

Saturday, October 18, 2014

6 Pelaburan Yang Lebih Baik Dari Membeli Iphone6


Dengan kehadiran lambakan produk canggih dan semestinya mahal dalam pasaran, kita seolah-olah dipaksa untuk mengikut 'trend' ini, atau ketinggalan dan menjadi orang yang 'outdated' dari perkembangan.

Kelakar untuk difikirkan, apabila kita membeli segala macam peranti elektronik dengan pelbagai fungsi walhal kita sebenarnya tidak tahu pun 'utilise' sepenuhnya teknologi itu! Beli dengan harga RM 3000, tapi akhirnya apa yang kita buat adalah menghantar mesej, menelefon, dan mendengar muzik.

Teringat soalan dari seorang doktor semasa dalam kelas Fiqh, apabila beliau bertanya apakah jenis model telefon yang anak muridnya gunakan.

Ramai menjawab dengan bangga, aku memakai Samsung S5, S4, Note, Xiomi, Iphone 5, HTC Onex, dan macam-macam lagi jenama. Belum dikira yang 'customize' sendiri telefon mereka dan menunjuk kepada rakan-rakan dengan bangga.

Doktor berkata, bagus. Kamu memang 'up-to-dated' dengan teknologi. Lalu doktor keluarkan telefonnya, sebuah Nokia lama yang sangat tidak 'trend'. Dan dia memulakan perkongsiannya.

"Aku mengetahui teknologi semakin giat berkembang. Bermacam-macam fungsi yang ditawarkan oleh sebuah telefon pintar seperti yang kamu ada. Persoalannya, teknologi berkembang dengan pantas, tetapi adakah minda dan efisien kamu jugak berkembang? Aku memakai telefon biasa ini, tetapi aku dapat gunakan 100% fungsi yang ada padanya. Kamu? Mungkin hanya 20% sahaja yang benar-benar kamu tahu gunakan. Setakat untuk telefon, mesej, dengar lagu, dan media sosial. Bukan kamu yang sebenarnya menguasai teknologi, tetapi teknologi yang menguasai kamu. Aku tidak. Aku yang menguasai teknologi dan mengawalnya."

Dan begitulah pelajaran yang aku dapat pada hari itu. Aku peminat teknologi, sentiasa 'update' dengan perkembangan semasa. Tetapi insyaAllah, aku dapat kawal nafsu untuk membeli teknologi yang kadang kala aku tak perlukan pun.

Apa-apa pun, aku nak berkongsi apa yang kita boleh buat dengan duit RM 3000 selain dari menghabiskannya untuk sebiji Iphone6. No offnese untuk kawan yang nak beli dan melipatgandakan aktiviti bisnes dan keefisienan bekerja. Ini perkongsian untuk orang yang cuma sekadar tahu membeli simbol mewah yang palsu, walhal poket rabak.

Ni harga belum masuk GST.

iPhone 6
  • 16GB: lebih kurang RM2,331
  • 64GB: lebih kurang RM2,755
  • 128GB: lebih kurang RM3,039
iPhone 6 Plus
  • 16GB:lebih kurang RM2,755
  • 64GB: lebih kurang RM3,039
  • 128GB: lebih kurang RM3,418

So, apa yang kita boleh buat dengan RM 3000 selain untuk beli benda alah ni?

1. Bayar hutang-hutang tertunggak

Hutang dengan kawan ada banyak. Sama ada hutang sebab bayar yuran jamiah, hutang sewa rumah, hutang makan, hutang buku, dan macam-macam jenis hutang. Apatah lagi kalau ada yang buat personal loan, beli kereta, kad kredit, atau beli rumah. Mestilah hutang lama dan banyak kan.




Contoh ada hutang kad kredit. Kalau kita ambil RM 3000 tu dan bayar lump-sum terus, kita akan jimat RM 300. Kalau hutang qard hasan dengan kawan, tips ni tak terpakai lah. Tapi, kenapa pergi beli gajet mahal walhal hutang dengan kawan belambak lagi? Just in my case, i'm using a modest Lenovo phone cost me abaou Rm 500. Baru-baru ni, orang yang berhutang dengan aku boleh pergi beli Iphone 5 harga RM 2000. Aku macam, what are you thinking brotherrrr??? Sian aku huhu. Nak beli gajet pun bayar lah hutang dulu deh. Sian member tu.



2. Letak duit dalam Akaun Simpanan Wadiah/Istismar

Sebagai orang yang belajar Muamalat Islam, mestilah aku kena syorkan sesuatu yang menepati asas syariah dan halal. Kalau kat luar sana, ada jugak yang letak dalam Fixed Deposit Account. Tapi sebab ada faedah dan riba, maka amatlah tidak dibenarkan untuk orang Islam letak dalam tu.

Kita buat congak mudah. Kalau pulangan dari simpanan/pelaburan tu dijangka 4% setahun, maka RM 3000 yang kita letak selama 12 bulan akan menjana RM 120. Okay what dapat RM 120 daripada beli Iphone yang sudah pasti akan berlaku 'depreciation' even before kita beli pun. Beli RM 3000, kalau jual maybe boleh dapat RM 2800. Hangus RM 200. Sniff sniff

(untuk pelaburan dalam akaun yang islamik, kena buka topik perbincangan lain)


3. Labur dalam Dana Unit Trust

Melabur dalam dana macam ni untuk long-term punya investment. Paling kurang pun dalam masa 5 tahun baru seronok tengok hasil.Ini contoh kiraan jangkaan apabila kita melabur dalam Dana Unit Trust.

Contoh: Dana Pengembangan Kenanga (Penjelasan Jenis Dana Dalam post Lain)

Nilai peratus yang digunakan dari sejarah perkembangan dana dan dengan angggapan dividen tahunan dilabur semula.

Maka, hasil dari pelaburan ini selepas 5 tahun secara kasar: 

RM 5338.38-RM 3000= RM 2338.38

Modal dapat, dan keuntungan pun dapat hampir menyamai nilai modal yang diletakkan. Tak perlu buat apa-apa. cuma labur dan lihat ia berkembang. Dan jika kita bijak mencari Dana yang berpotensi, mungkin dalam masa 6 bulan sahaja sudah mendapat hasilnya.


4. Beli saham

Okay. Untuk labur saham ni kena menuntut ilmu dalam-dalam dulu sebab agak berisiko dan berbahaya. Ada kawan pernah beli saham 10 lot harga lebih kurang RM 10000, dalam masa 2 minggu harga 10 lot tu jadi RM8000. haha

Bahaya, tapi jika dimainkan dengan bijak, berhati-hati, dan rajin mencari saham yang bagus, sekejap je boleh buat untung.

Ini contoh kiraan jika dibeli pada waktu yang tepat, dan dijual pada ketika harganya meningkat.





Dapat RM 450 dalam masa 8 bulan, agak berbaloi dan memuaskan. Untuk dapat ROI yang lebih tepat, boleh buat kiraan termasuk dengan kos broker, remisier, dan caj clearing saham tu. Ini cuma untuk mendapat gambaran je. huhu


5. Beli emas, jual emas.

Tanpa diragukan, jual beli emas memang sangat panas sekarang. Banyak skim, program, dan pelan pelaburan bersandarkan kepada emas yang dikeluarkan oleh macam-macam syarikat, Silap masuk, tersontot dan merana seumur hidup.

Seronok kalau beli emas, tiba-tiba harga naik, dan kita jual. Itu memang antara 'the best moment ever' lah kalau berlaku. Tapi kalau harga tak naik pun, still boleh buat trading macam biasa. Cari supplier harga murah, dan jual harga mahal. As simple as that. Untuk lebih lanjut pasal emas kena buka post baru.

Ni contoh kiraan untuk beli emas. 
(ni sebenarnya kiraan beli emas di Maybank.)

 

Yeay, dapat RM 340 dalam masa 2 bulan! A way better than buying a liability and it keeps going lower in value!


6. Melabur dalam 'Real Estate'

Sebelum tu, aku nak cakap yang aku tak pernah masuk atau cuba pelaburan ni. Cuma aku tertarik dengan benda ni dan nak kongsi. Siapa yang pernah cuba, mohon ajar aku dan tunjuk ajar hamba.

Bukan beli rumah secara hakiki. Tapi lebih kepada membeli saham pembinaan melaluii REIT (Real estate Investment Trust). 

Tak kaji sangat. Tapi ni contoh kiraan yang aku dapat jika seorang pelabur meletakkan RM 3000 dalam Sunway REIT pada tahun 2012. 




Okay lah dapat lebih kurang RM 500. Daripada beli gajet pastu rugi je memanjang hahaha


____________________________________


Okay bottom line nya, ada banyak benda boleh buat dengan duit. Bukan setakat perabih kat gajet. Kecuali kalau dengan beli gajet tu, ia akan meningkatkan lagi aset dan kekayaan kita. Kalau sekadar nak selfie, suka-suka, glamour, baik bagi aku je duit tu haha.

Nak lagi cepat roll duit, bisnes. Tu je. Trading barang. Buy low sell high. Simple as that. Takde hype. Takde poyo nak tunjuk duit banyak. Be cool and keep investing!













About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!