Facebook Twitter Google RSS

Wednesday, January 7, 2015

Mencari

Dan semester pertama untuk tahun akhir akan berlabuh tidak lama lagi. Semua kelas sudah habis, sudah tiada lagi kelihatan arab-arab melepak dalam jamiah sambil menghembus rokok atau berdua-duaan dengan cewek masing-masing. Hanya kadang-kala hembusan angin Huda datang bertiup, memberi peringatan bahawa ia akan datang dengan gelombang yang lebih besar kelak. Dan kelak itu, sudah berlaku hari ini.

Dari semalam, ribut yang diiringi hujan lebat, tidak henti henti mengetuk kamar tidur. Berdentum, bertempik, dan kerap bersiul di sebalik pintu. Dalam rumah bilik bertiga dengan tiga ahli, semua tidur dalam kamar sendiri. Terperosok aku dalam hirom, cuba tidur tetapi bunyi angin yang kuat mencuit aku dari terlelap.  Cuitan angin aku masih dapat tahan, tetapi apabila kesejukan yang mencuit, aku kalah. Dari tahun 1 di Jordan, aku tak suka sejuk. haha. Sangat tak suka.

Bulan maulid nabi ini, ada pula yang mengaitkan kedatangan ribut ini dengan taufan Huda. Kata mereka, bulan yang berkat ini, Allah mendatangkan keberkatan dengan menghadiahkan hujan dan salji. Bukankah ini satu mukjizat pada bulan maulid Nabi?

Aduh... Adakah orang islam memang perlukan keajaiban untuk terus percaya dengan agama islam ini? Tiada keajaiban, maka kurang lengkap agama. Begitu kah?

Apa-apa pun, alhamdulillah kerana masih hidup bernafas. Dalam hidup ini, banyak perkara yang kita rancang, tetapi rupanya Allah sediakan perancangan yang lebih baik. Kita mahu A, dan kita sediakan perancangan B, C, dan D, tetapi akhirnya Allah menghadiahkan Z. Terus, bukan langsung dalam rancangan kita. Bagaimana? Percaya sahaja, dia simpan pelangi dalam hujan, dan sinar mentari dalam kelam malam.

Aku mencari.

A new purpose, new target, new achievement to be unlocked. A new path to follow.

Rasa yang sukar untuk ditafsirkan, apabila ada orang naikkan kembali nota-nota lama yang pernah aku tulis. Nota ketika aku dalam fatrah yang aku suka, yang aku cinta, yang aku rasa bahagia. Ketika aku benar-benar cinta dengan apa yang aku lakukan, dan orang pun suka aku untuk apa yang aku lakukan.

Dan ketika orang lain membaca nota itu, dan melihat diri aku sekarang, mereka akan bertanya, betul ke abang yang tulis ni? macam lain je. Adeh... Aku dah tak makan sentap sekarang, tak suka rasa 'deep', dan tak kisah orang nak kata apa. Bak kata guru bisnes aku, tadah je apa yang orang cakap. Sabar, dan bagi apa yang pelanggan mahu. Ya, itu benar dalam perniagaan. Tapi dalam kehidupan, aku masih ragu untuk praktikkannya. Boleh ke aku bersabar atau bertahan apabila orang suka mengejek atau memerli apa yang aku percaya atau apa yang aku buat? Sekejap, aku penyabar ke? haha

Emotional Quotient

Aku sedang melatih EQ dengan lebih banyak sekarang. Aku tahu kelemahan aku di sini, dan aku sedang berusaha yang terbaik untuk memastikan aku boleh mengawal diri aku sendiri walau dalam keadaan yang paling teruk sekalipun. Aku jujur, EQ aku mungkin antara kecerdasan yang paling rendah sekali berbanding kecerdasan lain.

Pemarah, tidak sabar, tidak percaya, mahu semua ikut cara aku, tidak sensitif, dan banyak fikirkan tentang diri sendiri. Dulu.

Sejak keluar dari sekolah menengah, aku baru nampak masalah besar ni. Mungkin masalah ni jadi sebab apa yang lalui dari kecil sampai besar. Keluarga, rakan, sekolah, dan pergaulan. Alhamdulillah, mungkin sekarang aku boleh berbangga sedikit la. Ada perubahan yang aku rasa boleh dibanggakan.

Aku dah boleh bersabar sedikit, boleh percaya walau mungkin dikhianati, boleh berkongsi cerita dan boleh menjadi pendengar yang baik, boleh kawal marah, sensitif dengan perkataan dan perbuatan, dan ithar atau dahulukan orang lain sebelum diri aku. Tak banyak, tapi aku rasa semakin baik dari sudut emosinya. Walau banyak kali jugak tercabar dengan apa yang berlaku, aku rasa caar aku bertindak balas dah semakin baik dan matang. Kot lah.

Kawan

Aku masih ingat, aku sangat percaya dan baik dengan seorang kawan ni. Seronok, boleh berborak, dan banyak perkara yang boleh dikongsi. Tapi, ada satu peristiwa yang aku jadi sangat tak selesa dengan dia. Pernah, dia melafazkan kata-kata yang bagi aku sangat tidak patut diungkapkan sebagai seorang kawan.


"Aku tak pandai pujuk. Jangan harap aku nak pujuk ko."

Ya, dia tahu dia salah. Tapi, dia tak minta maaf. Aku nak move on lah sebab perkara kecil. Tapi, bila dia kata macam tu, aku macam kecewa sangat. Entah. sebagai lelaki, aku tak rasa aku patut rasa kecewa sampai macam ni sekali. Tapi, jauh dalam hati aku, aku dapat mesej itu sebagai, dia tidak pernah kisah dengan apa yang aku rasa. Apa yang fikir, apa yang aku mahu, apa yang aku perlu, dia tidak kisah. Untuk kau hidup kau, untuk aku hidup aku.

Sejak hari tu, aku kurangkan interaksi dengan dia. Aku tak perlukan sekadar kawan yang boleh berbincang dan memberi penyelesaian, tetapi kawan yang sanggup faham dan menjaga hati. Untuk meminta maaf tidak susah, melainkan ego telah menutupi seluruh jiwa yang parah.

Dan seorang lagi, tidak menghargai langsung apa yang aku sedang buat. Aku usaha untuk mengumpulkan dan menyatukan manusia-manusia ini, dengan selamba badak dia nak meruntuhkan. Menggoyahkan manusia yang ingin bersama, dan membuatkan yang lain keliru. Aku masa tu, rasa sangat benci dengan sosok tubuh ni. Aku protes, dan sampai sekarang aku tak peduli dengan apa yang dia buat.

Ada juga yang suka memerli dan mengejek. Serius, aku tak faham. kenapa childish sangat perangai. Kalau adik aku, dah kena lempang confirm. Umur 21, tapi mulut celupar tak ingat dunia. Jaga jaga dik, di Jordan orang baik baik. Di malaysia, silap silap kena penggal dengan perangai macam tu. Meluat orang aih.

Yang jenis cakap besar tak perlu kata la. Semua perkara dia acah acah tahu. Tak pandai berhenti bercakap, dan habis semua orang nak diperbetul. Tunjuk pandai pun orang menyampah, ini pulak buat buat pandai. Memang membenihkan kemenyampahan lah. Ada yang lagi tahu, tapi malas nak campur kalau encik bercakap. Nanti nampak bodoh sangat depan orang ramai.

Dah apa benda aku luah. Sekarang, aku dah berjaya kurangkan interaksi dengan media sosial. Cuma ada beberapa perkara yang aku nak tulis jugak sebab nak latih menulis eh. Banyak idea dan pendapat aku lebih suka lontarkan sesaam rakan dan dalam forum. Berbincang dengan harmoni ha.

Oh ya. aku mencari. Mencari diri yang baru la untuk sem yang baru depan ni. Kena pastikan skor mumtaz, dan dapat keputusan yang terbaik. Tempoh pembelajaran untuk perniagaan tidak akan berhenti, dan aku menghargai semua ilmu yang aku dapart sepanjang tempoh setahun ni. Banyak yang aku belajar. Macam-macam ilmu, macam macam ragam, dan pelbagai taktik aku dapat. Terima kasih untuk semua.

Sem depan, aku fokus untuk graduasi. Dan fokus untuk keluarga. Harap dapat bahagiakan ibu bapa dalam masa yang ada ni. Kemudian bahagiakan adik beradik yang tersayang. banyak kesilapan yang aku dah lakukan dalam hidup yang singkat ni, dan aku tak mampu untuk lakukannya lagi.

Oh ya, aku teringat semasa di SMART dulu. Ada cikgu nama En Azhar dan Cik Farida. Dua sosok manusia yang sangat sentimental dalam hidup aku. Banyak perkara yang berlaku, bertitik tolak dari pertemuan dengan dua orang cikgu ni. Salah seorang pernah kata pada aku dulu,

"Cikgu pernah kenal murid macam awak ni. Bila besar nanti tak jadi apa pun."

Bila bila aku teringat dialog aku dengan cikgu ni, aku rasa pedih yang amat. Kecewa, benci, dan tertekan. Seorang guru, melafazkan kata yang amat merosakkan. Dulu aku sangat benci cikgu ni. Selalu terngiang ngiang dalam otak aku, untuk pukul cikgu ni. Dulu la haha. Bayangkan, kita sebagai pelajar, kita perlukan dorongan dan harapan dari orang yang kita percaya. Tapi cikgu ni hancurkan tempat yang aku boleh bergantung dan berharap.

Kerana kata kata ini, aku banyak capai kejayaan. Sermasa lawat SMART dulu, aku terjumpa semula cikgu ni. Aku bisik pada dia, alhamdulillah cikgu, saya makin bahagia dan mencapai banyak kejayaan sekarang. Terima kasih kerana pernah memperkecilkan saya. haha. Suka aku bila boleh buat comeback dekat orang yang rendahkan aku. Dan aku akan buktikan, pada masa depan, aku akan jadi gila gila punya berjaya, supaya dia akan terperanjat dan tarik balik kata kata yang dia pernah luahkan pada aku. Jilat semula ludah bak kata orang.

Dia masih belum maafkan aku. Rasanya lah. Aku pernah berikan dia kuih yang mak aku buat, dia tolak mentah mentah. Aku sedih, sebab kuih tu memang mak aku buat untuk baikkan aku semula dengan cikgu tu. Tapi dia seolah olah macam benci aku sangat. Tak boleh buat apa la kalau orang dah benci. Di SMART, walau banyak perkara yang aku suka, banyak juga yang aku benci.

Pernah dinafikan hak beberapa kali. Mungkin sebab pendekatan yang tidak betul, atau mungkin sebab aku bukan sesiapa, bukan anak cikgu, bukan penyumbang PIBG sekolah, bukan pilihan, dan bla bla lagi. hati aku tiada di SMART. Tapi sebab itu, aku sangat sayang sekolah ni. Dia latih aku dalam kekerasan, supaya aku boleh menjalani hidup yang keras ni dengan penuh bergaya! Secara positifnya, macam tu lah aku fikir. Bila dah besar dan berjaya nanti, aku nak cari semula semua cikgu yang pernah merendahkan dan menidakkan hak aku. Aku nak tanya kembali, kenapa cikgu buat macam tu kat saya ya? Jika benar saya salah, mengapa cikgu tidak membetulkan dan menyuluh jalan yang benar?

Aduh. Ini antara kenangan silam yang paling membekas dalam hati aku. Zaman aku rasa tertekan yang tidak keruan, zaman terasa kebencian, fatrah yang amat emosi. Tapi aku masih hidup sampai hari ni. Dan aku akan menjadi bahagia dengan cara aku sendiri. Apa yang cikgu pernah fikir tentang saya, saya akan buktikan itu semua hanya igauan. Satu hari nanti, saya akan kembali ke sekolah, dan membuktikan kepada cikgu cikgu yang tidak suka saya, bahawa saya akan berjaya. Semasa itu, saya cum mahu melihat, para cikgu sekalian menjilat kembali ludahan yang pernah disemburkan di muka saya.

Emosi. Zaman yang aku sangat emosi. Bila fikir kembali zaman di sekolah tu, aku terbakar. Dalam kesejukan salji di Irbid, aku rasa panas yang meruap. Kena pandaikan salur ke tempat yang positif insyaAllah.

hah anyway, aku bahagia. dengan hidup aku. Hidup tak selalu cerah, tapi kita ada alternatif untuk mencerahkan. Ini sekadar tulisan untuk aku melepaskan apa yang terbuku di jiwa. Bila dah lepas, rasa lega sedikit. Sentiasa positif dalam hidup, dan kita akan menarik perkara positif. Jadikan kekejaman silam, untuk menjadi api semangat untuk masa depan yang gemilang. Kita tidak boleh mengubah masa lepas, tapi sudah tentu kita boleh mencorakkan masa depan.

Doakan diri sendiri dapat menyumbang untuk ummah dan agama dengan lebih kerap inysaAllah. :)

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!