Facebook Twitter Google RSS

Friday, October 16, 2015

Being Terrified



Pernah rasa takut, untuk kehilangan perkara yang paling kita cinta dan sayang? Seakan akan, semuanya ditarik kembali dan hidup hilang erti. Berjalan di keramaian tetapi yang kedengaran hanya rintihan perasaan, makan dengan teman tetapi jiwa diulit kesepian, dan tidur makin hilang nikmatnya kerana hati tidak keruan.

Perasaan takut.

Entah lah, bila kali terakhir aku rasa betul betul takut.

Mungkin masa kecil, dalam umur 8-12 tahun. Aku takut nak masuk tandas, takut nak masuk bilik, takut berseorangan.

Sebabnya: aku belum belajar dan kenal Allah. Aku tak tahu kekuasaan dan kemampuan Yang Maha Esa.

Sekarang, i am completely fearless. (kononnya lah)

Dah tak takut. Apatah lagi dah belajar agama ni, hilang terus perasaan takut kepada hantu. Kita faham qadha dan qadr, kita faham sunnatullah, kita faham ruqyah, kita belajar sifat Allah, kita belajar sirah, dan kita belajar banyak perkara yang mendekatkan kita dengan Tuhan.

Aku percaya, mereka ada. Semuanya adalah mainan syaitan, mainan jin. Mereka adalah makhluk Allah. Maka, cara menewaskannya adalah, dengan menggunakan manual yang Allah dah berikan, al-Quran. Ia adalah nur, hidayah, dan pelindung kepada sang penjaganya. Peliharalah al-Quran, nescaya ia akan menjaga kita.

Tapi...

Sekarang, aku boleh kata, aku jadi penakut semula. Ah, kenapa sifat ni datang.

Aku tak takut pada perkara ghaib.

Instead, i am afraid to be rejected.

Astaghfirullah...

Kenapa aku jadi orang lain. Manusia yang betul betul lain. Yang dulunya keras, aku jadi lembut macam kapas kena tiup angin terbang melayang. Yang dulunya tegas dengan pendirian, aku jadi cair dan longlai. Kena sihir ke?

This few days at home, i am thinking deeply of myself. The transformation i did, what is the factor behind it? Why i am turning to such a bloody coward? Or not coward, but more likely a very patient and calm human, which i am not that kind of people.

Penyebab utama yang aku nampak adalah, sebab aku takut. Kenapa aku takut?

Balik semula kepada sebab yang atas tadi:

Kerana aku belum cukup percaya pada janji Allah.

Oh my, senangnya aku taip ni hahah. Tapi dalam hati, terbakar macam apa.

I am a very structured person. I had my plan, i know my path, and i organize my things. I hate being late, i hate to make people waiting, i hate to be the one ruining a party or meetings. Because of this, i have a trait, that often help me to excel in anything i am doing.

But the weakness is, i will be very disappointed if my plan is ruined, either by me or by anyone else. I will cursed myself, hate myself, and even torturing myself, for not delivering the jobs or missions that already targeted.

Kisahnya, aku tak suka la kalau rancangan aku gagal. Kalau aku yang gagalkan, aku akan hukum diri aku. Kalau orang lain yang gagalkan, aku biasanya akan benci, sampailah cahaya keinsafan datang menegur haha.

Inilah masalah dan kelemahan aku. Bila aku nak something, aku akan dapatkan. Tak kisah bagaimana caranya, asalkan tidak melanggar syara.

Sedangkan aku terlupa, Allah perancang yang utama.

Jika Dia tidak benarkan berlaku, apakah akan berlaku? Mestilah tidak.

Jika Dia murka terhadap diriku, apakah Dia akan berikan apa yang aku mahu? Tidak jugak

Jadi Shazmie, ask yourself, did you really deserve her? Sampai jadi takut bagai ni, memang rasa layak ke? Rasa-rasanya, Tuhan nak tunaikan ke impian kau yang ni?

Manalah aku tahu. Aku cuba my very best, with my highest dedications and efforts, yang baki tu tawakal je lah.

Aku takut sebab kurang taaruf dan kurang peka dengan ilmu Tuhan. Dia nak bagi macam macam kat aku, tapi mungkin sebab jahil aku, Dia tahan sekejap supaya aku kembali jadi diri aku. Hilangkan keserabutan dan ketakutan yang bersarang, fokus kepada Dia dan kembali pada Dia.

Ohoi, senangnya gila menulis ni hahah

Tapi betul, aku dapat rasa sendiri dalam hati. Rasa macam jauh la sket. Kot lah. Mungkin memang dah jauh sangat sampai aku tak perasan.

So, aku kena hilangkan rasa takut. Dapat atau tak, kita tengok macam mana. Yang penting, jangan takut sampai jadi lembik. Keras sangat sampai orang lain cedera pun tak boleh. Be considerate. Aku fikirkan orang lain, dan orang lain pun kena fikirkan pasal aku. Two ways giving la. If not, penat saja orang kata. Aku pun muda (?) lagi. Tapi awal awal lagi la dah kena rancang, bukan kubur kata mari rumah kata pergi baru nak family planning haih.

So Shazmie, tak nak takut takut dah. Hang buat ja, lantak pi la jadi pa. Hang bukan nak bunuh orang. Buat benda baik boleh jadi salah kalau cara salah. Okay, hang mai sini beritahu aku cara betui. Aku nak belajar. Tahu komen ja, mai la tolong sat.

And just a quick update, got an interview here and there. Feeling nice and great, with networking and educating myself, i feel handsome and my adrenaline is shooting. I will see, whether to stay in my current company or maybe migrating to another company with a 3.5k basic. I am looking for an exceptional experiences, with a respectful team. Working as an employee, to get the very basic of life and mixing with the corporate company.

Seronok hidup sekarang. Cuma bila la nak rasa income yang serius sket. Hujung tahun ni, target ada 50k pun dah ok. lol hahah

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!