Facebook Twitter Google RSS

Friday, December 21, 2012

Semangat

Again.

Sigh. Esok aku akan bentang untuk KAMI dengan tajuk riba. Tapi, aku ada perasaan yang sangat pelik.

Minggu ni macam minggu yang ada banyak cabaran. Berlipat arus kepeningan, pergaduhan, dan konflik yang menjengah dalam hidup. Sekarang ni, aku pasrah dan lelah.

Allah...

Kenapa tiba-tiba aku boleh rasa ackward dengan seseorang ni. Dulu, kamceng macam isi dengan kuku dan pinang dibelah dua. Apa aku sembang, dia boleh masuk dan apa dia temberang, aku boleh mencelah. Aku rasa senang macam tu. Boleh gurau macam-macam. Tapi, kenapa sekarang dia macam cuba menjauhkan diri dari aku? Sigh...Mungkin aku ada buat salah ni. Tanpa aku sedar, aku ada lukakan hati dia. Atau mungkin dia ada masalah besar, tapi aku cuma datang nak bergelak ketawa dengan dia. Mungkin. Aku salah.

Aku semangat nak sebarkan dan memahamkan. Tapi, aku tersilap langkah. Sekarang, dia semakin jauh dari aku. Sebab salah aku jugak, selalu sangat tulis status kencang nak sembelih orang. Tiba-tiba dia terasa dan ingat aku nak tembak dia. Haish...Aku pening dah settlekan masalah ni. Aku tahu dia baik. Dan dia nak ke arah kebaikan. Cuma dia ada doubt dan fikiran bukan-bukan. Aku kalau dengan mad3u tahan je. Tapi, kalau orang lain memang kena hiris sampai menangis lah. Again, my fault. Dosa yang membelenggu, menjauhkan manusia untuk menerima hidayah melalui aku. Aku nak menangis. Moga dosa aku tak menjauhkan dia dari hidayah Allah. Tolong, nak kesat air mata.

Umur aku hampir berganjak ke 20. Kawan-kawan aku pun sama. Dulu, gelak-gelak bersama dan buat mende pelik-pelik. Sekarang, semua dah faham yang ada tanggungjawab besar perlu diselesaikan. Tergamam aku bila ada kawan terdekat cakap ada orang takdim. Huh. Tak tahu nak cakap apa atau nak ada reaksi macam mana. Sambil mesej, aku tergigil nak taip. Tak tahu kenapa. Ah...hati akan sentiasa menjadi satu persoalan yang susah untuk diselesaikan. Kalau suka, kenapa aku suka? Kalau suka, adakah dah bersedia? Kalau suka, ilmu bagaimana? Kalau suka, dakwah masih tidak ke mana. Dalam memikirkan soal berkahwin dan mencari pasangan, aku tak tahu apa patut aku buat. Aku ada rancangan dakwah dan pelajaran, aku ada impian untuk ibu dan bapa, cuma aku terlupa perancangan untuk menjadi ketua keluarga. Aku takut. Aku tak nak dilukai. Nangis lagi. Aku yakin dengan diri aku, tapi aku masih ada bahagian yang aku lemah. Dan perempuan atau akhawat memang buat aku lemah. Cuma aku tak de la syadid macam gila jaga diri. Cuma...Cuma...Cuma...entahlah...kelemahan ni memang buat aku pening kepala. Tapi, hei, aku ada perasaan suka, cuma tak akan terluah dengan mudah. Aku ni memang fragile lah. Ah...

Lagi, imtihan. Aku dah cakap dulu, aku akan mumtaz semester ni. Ini bukan impian, tapi paksaan kepada diri aku. Aku nak cemerlang. Tolonglah, aku tak nak dakwah itu terhalang sebab aku malas. Kenapa tak mumtaz? Sebab banyak masa guna untuk dakwah. Puih. Sedangkan, kalau betul untuk dakwah, konfem aku dah mumtaz sambil girang belajar menelaah pelajara. Emm...Salah aku jugak sem yang lepas. Banyak main, lepak, dna lambat datang exam. Damn yourself Shazmie. So, for this time, aku akan mumtaz. Setakat 2 exam ni, markah aku memang terbaik dan peluang untuk mumtaz cerah. Cuma, aku kena buang segala lekatan jahiliah, fokuskan matlamat, tinggalkan segala pemberat, dan sekali lagi, Shazmie, sekali lagi aku akan mumtaz dan membawa dakwah ini semakin tinggi. Aku nak cemerlang pelajaran. Ini tekad yang membara dari seorang pejuang(maknanya aku sangat serius). Aku akan cantas segala kata-kata kotor yang mengaitkan lemah pelajaran dengan kerja amal islami. Aku akan perangi sesiapa yang tidak mahu berdakwah hanya kerana mahu study. Tapi, boleh pula ada masa untuk game dan movie dan drama dan running man entah apa tu. Aku mengharamkan ke atas diri aku segala jahiliah dan kemalasan mulai saat ini. Yang aku tahu, aku nak jadi Shazmie yang fasih bercakap Arab, banyak menguasai ilmu, peradaban yang tinggi, sifir jahiliah, dan membaikkan semua umat manusia. Aku nak mengeluarkan semua umat Islam yang dilanda kecelaruan ke arah kefahaman Islam yang jernih. Untuk itu, Shazmie, aku bertekad untuk meninggalkan gejala maksiat dan menutup diri aku dari nafsu berlebihan. Oh my. Kali ni aku memang betul-betul kejam. Tak kesah. Paling penting, jangan sebab aku dakwah menegakkan Islam terbantut. Kalau itu berlaku, maka aku sendiri akan kata, "Celakalah wahai Shazmie."

Ya Allah.

Aku benar-benar memohon dikuatkan untuk mengharungi jalan ni. Aku sangat-sangat membutuhkan tenaga dan sokongan.

Aku yakin, segala kesusahan yang aku rasai sekarang ini akan membina diri aku yang lebih matang, mantap, dan kencang. Aku nak jadi yang terhebat. Aku nak sifar jahiliyah. Aku nak bebas menjadi makhluk Allah yang berkuasa di atas dirinya.

Aku tak tahu nak luah kat siapa. Aku bukan jenis yang cakap banyak. I walk my talk dan aku agak ego. Nasihat aku, tapi bukan marah aku. Kau jauhi aku, kalau aku teruk. So, ini post yang sangat tidak seperti seorang daie. Kerana ini tempat aku luah perasaan. Untuk aku bina kembali semangat yang menjunam dan meragam. Naqib aku faham je keadaan aku. Most of the time, i need to be alone and rest my head. Aku memerlukan orang yang faham aku sefahamnya. Tapi, aku sentiasa syaang usrah aku. Semua qawi. Semua baik. Semua hebat. Tinggal aku je untuk follow dan jadi baik. Jangan cari gaduh dengan aku dah pas ni. haha

Luahan rasa sebelum bentang KAMI dan final exam. Luahan hati untuk menenangkan jiwa. Aku nak jadi diri aku, dengan acuan Islam. Please Allah, ease my way. I love you, deeply in love. :)

Assalamualaikum.

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!