Facebook Twitter Google RSS

Tuesday, March 13, 2012

Terpaksa Berubah

Tunggu dulu, aku nak cerita topik lain sebenarnya, tapi mula-mula aku nak tulis beberapa perkara berkaitan kehidupan aku sehari dua di sini.

1. Markah peperiksaan yang bombastik

Walaupun aku sudah meletakkan pencapaian yang kurang sedikit untuk semester sekarang, tapi, for God's sake, aku tidak pernah jangka markah kelas Perbankan aku akan menjunam dengan sangat teruk. Lepas dapat kertas, aku macam kena strok. Memang markah kali ni nak bagi pukulan tepat atas kepala aku supaya tekan butang untuk bekerja keras. Tumpah sekejap untaian embun mataku, lepas tu baru dapat tenang dan imbang semula kegiatan harian aku.

Aku masih bebal lagi. Aku bukan Zulfahmi atau Iman atau Umar atau Taufiq yang sentiasa mendahului markah bahasa Arab masa dalam kelas dulu. Kalau ada anugerah untuk markah bahasa Arab tercorot, aku dah boleh menang dah. Tapi, sekarang, aku yang akan ambil subjek dalam bahasa Arab di negara Arab. Kenapa la mengada nak belajar dalam bahasa arab? Kawan-kawan yang lain pergi Jepun, India, MMU, aku pula pandai-pandai datang Jordan despite of my total miserableness in Arabic. 5 Sains Jujur, aku menyesal sebab kecurangan aku dalam belajar bahasa Arab dulu.

Hakikatnya, kalau nak kejar semula markah Perbankan dalam bahasa Arab, aku terpaksa bekerja keras lebih daripada orang lain yang berada di sini. Yup, memang kena buat macam tu. Tiada cara lain. Tiada jalan pintas. Biarlah orang cakap overstudy ke, atau gila buku ke, tolak je keluar dari telinga dan terus buat kerja.

Doakan....


Kembali ke tajuk asal eh.

Dalam kehidupan kita, perasan atau tidak, ramai manusia yang berubah sejak saat pertama kita melihat diri dia. Bukan dari manusia lepas tu tumbuh ekor atau ada tanduk, macam kambing gurun kat Jordan ni.Tak tak...Bukan berubah yang macam tu.

Perubahan yang dimaksudkan lebih kepada sifat, kecenderungan, dan kegemaran diri manusia tu. Contoh paling mudah mestilah diri kita sendiri. Kalau dahulu suka makan roti canai sebagai sarapan di Malaysia, tapi lepas sampai ke Jordan suka makan falafel cicah musabbaha. Lagi sedap kalau ada jeruk sayur khas ( kat Jordan nama di mukhollal ) Fuh~

Itu contoh makanan kegemaran. Tapi, ada perubahan yang lagi besar sebenarnya kalau kita tengok dan teliti dengan mata hati. ( Ada beza ke mata hati dengan mata kasar? Fikir2.)

Contoh mudah, kawan sekeliling kita, dulu suka sembahyang seorang diri. Bukan tak pernah berjemaah, tapi liat la kalau nak pergi berjemaah. Biasanya waktu Zuhur la baru nampak dia sembahyang sama-sama di masjid. Itu pun sebab baru balik dari universiti dan terpaksa melintas masjid.

Tapi, selepas beberapa bulan di Jordan, dia mula suka solat berjemaah. Walaupun pada waktu pagi yang kehujanan dan bersalji, atau ketika angin syita bertiup kencang, langkahannya tetap teguh pergi ke masjid.

Kadang-kadang kita nampak perubahan macam ni biasa je. Biasa la, dah duduk negara Arab, jadi la baik sikit. Balik Malaysia nanti dia sama je macam dulu. Duh, apa punya pemikiran da.

Tapi, ada juga kawan-kawan aku di Malaysia yang semakin berubah jadi pelik sejak hari pertama aku kenal dia. Kalau dulu rambut sentiasa macam orang balik dari umrah, sekarang dah kalah hutan belakang rumah aku kat POLISAS. Menjalar panjang, pastu goyang-goyang rambut tu macam rockers. Habis jatuh kutu-kutu tengah menginap. Gelang-gelang penuh kat badan. Seluar jeans pulak kalau tak koyak memang tak style la. Kalau boleh pakai spectacles gelap dan besar. Sebijik macam kartun lembu dalam majalah Ujang.
(Aku suka baca Ujang dulu.)

Baiklah. Apa yang sebenarnya aku nak tunjukkan dari dua situasi tadi? Ha..

Mudah, aku cuma nak tunjuk semua manusia akan berubah sama ada dia sedar atau tidak. Dan perubahan itu sendiri dicetuskan oleh beberapa faktor yang aku akan tulis lepas ni. Mungkin kita tidak sedar kita berubah labih baik dari sebelum ni, atau berubah semakin teruk dari sikap kita yang biasa.

Tunggu, korang semua serentak tanya, apa kayu ukur atau indikator En. Shazmie nak kata orang tu sudah berubah, whether good or bad?

Tanpa berfikir sejenak, aku terus kata kayu ukurnya adalah tahap kefahamannya terhadap agama. Semua pandang aku semula, dan berkata, semua orang faham agama mereka. Siapa tak faham Islam, kan, kan En Shazmie?

Aku cuma senyum penuh mesra dan menggeleng manja. Tidak anakku.
Jawapan dia aku akan tulis lain kali.

Aku cuma nak menegaskan, tidak ada perubahan yang baik kecuali perubahan itu boleh mendekatkan diri kita kepada Pencipta diri kita, iaitu Allah.

Tidak kisah kita belajar fizik, kimia , biologi atau perbankan islam, kita mesti berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Dan tidak kisah latar belakang macam mana pun, kita mesti berusaha berubah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tidak semestinya pelajar sekolah agama je yang boleh dekat dengan Allah. Islam ni khas untuk orang yang belajar agama je ke?

Kata-kata stereotaip yang aku biasa dengar, " Aku sekolah biasa. Mana belajar agama macam KIS*S". Geli-geli tekak aku dengar. Muntah dulu jap eh...

Okay. Point aku nak tulis sebenarnya macam ni. Kalau kita nak berubah, kita mesti meletakkan kayu ukur kita kepada keakraban kita kepada Allah dan agama Islam. Ini sahaja kayu ukur untuk mengatakan diri kita semakin baik atau teruk. Jadi baik tidak semestinya berkopiah 24 jam, atau berjubah sehari semalam, atau baca al-Quran 24/7, tidak sesekali begitu. Tapi, jadi baik ni bila kita memasang niat semata-mata kerana Allah dalam setiap pekerjaan kita, dan berusaha lakukan sebaik mungkin, pada masa yang sama menjaga hubungan dengan manusia. Akar kepada jadi baik adalah bagaimana hubungan kita dengan Allah.

Agak-agak sampai tak mesej aku tu?

Harap-harap faham. Kalau lepas ni kita nampak kawan kita tukar cara dia berpakaian dari tak cukup kain kepada cukup kain, atau dari suka tengok movie kepada suka baca al-quran, atau dari suka baca status rakan-rakan FB kepada muhasabah status atau tahap iman, kita mesti letakkan kayu ukur bersandarkan Islam dan Allah semata-mata. Kita sama-sama doakan kebaikan rakan kita yang nak berubah menjadi lebih baik berpaksikan Al-Quran dan sunnah, dan kita sendiri kena berubah.

Jap, wajib ke jadi baik? Ha...Lain kali la aku jawab eh.

Selamat beramal dan Assalamualaikum...



About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

5 comments:

Anonymous said...

sometimes aku rasa cara penulisan kau mcm hilal asyraf. ha ha.

wajib ke tak jadi baik? *senyum sinis*

Shazmie said...

err..should i take it as a compliment?:)

kalau aku rajin aku tulis.insyaAllah

Anonymous said...

wahh. looks like i'd praised u, heh?
serious jealous dgn org ade blog :p

btw, ha ha. please tulis pasal pengalaman kau berbahas di jordan. share share :)

Shazmie said...

haa..inysaAllah tulis nanti.

final debat piala presiden jordan hari sabtu esok.team aku tak confirm lagi.hari ini last saringan.

maka, hulurkanlah doa dan kalau menang aku update.:D

ehem, menang tak menang sila update ^^

wah, piala presiden jordan. interesting woah :O

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!