Facebook Twitter Google RSS

Monday, April 2, 2012

Kilasan Bumi Palestin

"Eh, betul ke enta nak pergi ni? Dah fikir masak-masak?"

"InsyaAllah, ana yakin."

"Tapi, bahayalah. Banyak kemungkinan di luar dugaan. Tak perlulah pergi. Risau ana."

Aku balas dengan senyuman mesra mendengar lafaz terakhirnya. Lalu tanganku merangkul tubuhnya mendekati tubuhku. Wajahnya terpalit kemuraman dan kegusaran.

Aku tahu, dia risau dengan keselamatan dan kemaslahatan diriku andai aku pergi ke Global March Jerusalem (GMJ) Jordan yang bakal diadakan berdekatan dengan bumi Palestin. Risikonya besar, bahayanya tidak mampu dijangka, dan mungkin nyawa bakal menjadi taruhan. Lihat sahaja kelancangan askar Israel merobek nyawa yang tidak berdosa dengan megah saban hari. Adakah ada jaminan mereka tidak akan membuat provokasi semasa GMJ?

Benar, situasi di Jordan sangat berlainan dengan Malaysia. Semua negara di sebelahnya telah berkocak dahsyat. Bertambah perit apabila kedudukannya bersebelahan Israel laknatullah, bila-bila sahaja boleh menjadi darurat dengan peperangan. Sebab itu, kami senantiasa menjaga keselamatan dan mengelak bertindak sewenang-wenangnya.

Walaubagaimanapun, kerajaan di sini baik hati membenarkan rakyatnya menyertai GMJ, dan dianggap sebagai perayaan hari keluarga, walhal isu utamanya berkait rapat kesepaduan umat Islam. Mungkin untuk menjaga kebangkitan rakyat yang saban hari muak dengan sistem raja penentu segala. Harga barang yang meningkat naik, tariff elektrik yang kian mahal, dan sistem politik yang memualkan, semuanya melemaskan rakyat marhaen yang muak dengan kekayaan sesetengah kerabat. Hidup mewah, tatkala kita berhempas pulas mencari sebutir beras buat santapan.

Namun, pelajar Malaysia tidak digalakkan untuk menyertainya kerana dikhuatiri berlaku bencana. Pimpinan juga mengeluarkan pernyataan agar mengelakkan diri dari terlibat. Mesej itu berjaya dihadam dengan baik oleh semua ahli PERMAI.

Ramai juga sahabat yang ingin menyokong pada awalnya terbantut hasrat mereka. Dan atmosfera berubah dengan pantas. Kabus-kabus ketakutan membayangi suasana ceria dan gelak ketawa. Perkataan GMJ menjadi ditakuti, seolah-olah sesiapa yang pergi mengundang mati. Ini digamatkan lagi dengan kenyataan dari seorang pegawai yang mendapat maklumat sulit bahawa akan ada provokasi dari askar Israel laknatullah. Persepsi terus membengkak dari hari ke hari.

Dan rakanku jua terpalit racun yang sama. Dia berusaha mencucukku dengan racun yang sama, namun aku sudah lama membius diriku dengan lawannya.

Aku semakin kebal dari dijangkiti. Keprihatinannya tidak lagi mencairkan hatiku, malahan dia pula yang hampir mengikutiku. Biarlah, ada sesetengah perkara aku perlu tegas tidak terkata.

Ya, kali ini jawapanku akan berbeza. Hatiku sudah terlalu masak rentung dibakar dengan kekejaman yang berlaku disana. Jiwaku merah hangat membara bak nyalaan api puaka, andai terus mengenang konco-konco Zionis yang merogol bumi Palestin tercinta. Cukuplah selama ini menjaja kata semangat sahaja, bergeraklah dengan amalan, kita buktikan dengan tindakan dan sulamkan dengan keberanian!

**

Akhirnya, pada pagi subuh itu, aku bergerak bersama ikhwah yang lain seusai solat subuh. Kami berkumpul, berdoa untuk keselamatan semasa di sana, dan titisan air mataku hampir berderai memikirkan keputusan untuk pergi. Adakah aku bakal terkorban sebagai syahid?

Dan aku menyuakan persoalan itu kepada seorang sahabat. Dan jawapannya menyentap segala urat jantung pembuluh darahku. Sebak dan pedih.

Allah hanya memberi syahid kepada yang layak. Dah layak ke kita nak rasa syurga itu sedangkan dosa masih bertimbun? Ibadat pun masih daif penuh kelalaian.
Cukup kata-kata itu membuat hatiku dilanda badai. Kita masih belum layak nak menggapai syurgaNya. Amal tak mana, tapi berdentam-dentum nak menghirup air sungai syurga yang mengalir di dalamnya madu dan susu. Konon baik di mata manusia, walhal Allah telah menyimpan segala nota aib kita dari dibaca manusia.

 Dengan keadaan berdosa sebegini, adakah masih ada manusia yang menyimpan ego dan mendabik dada seolah-olah dia manusia terbaik? Atau bertindak lebih lancang dengan menafikan usaha keras orang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah? Mengutuk orang yang berdakwah, walhal dirinya langsung tak mampu menyumbang? Kononnya dakwah membantutkan kejayaan, walhal sudah berjuta-juta manusia hebat cemerlang dakwah dan penguasaan ilmu pengetahuan. Cuma diri kita yang butakan mata hati dari melihatnya, takut tercalar ego dan maruah peribadi! Cis..

Aish..tiba-tiba geram sekejap. Jahiliah lama yang patut dibanteras. Hew hew

Sambung cerita.

Aku terus meletakkan keyakinan pada hari ini kepada Allah, Dia yang Maha Mengetahui Segala-galanya. Ah, masa ni la baru nak telefon keluarga di Malaysia, nak minta restu. Awalnya ibuku agar gusar, tetapi aku berjaya suguhkannya dengan keyakinan dan akhirnya dia merelakan aku pergi walaupun aku tahu dia sangat berat hati untuk melepaskanku ke sana.

Bermulalah perjalanan kami ke sana dengan 2 buah coaster, atau nama lainnya bas mini. Perjalanan yang agak lama, hampir membuatku terlentok , tetapi aku masih gagahkan mataku untuk menatap al-Quran dan menghadamnya sebaik mungkin. Mungkin sahaja aku tidak bertemu dengannya lagi selepas ini.

Selepas lebih kurang 3 jam, kami sampai ke tempat yang dituju. Deretan kereta berperisai telah pun menghiasi jalan, kenderaan dengan senapang machine gun kiri kanan jalan, dan pasukan keselamatan yang berjumlah ratusan orang. Aku tak pasti sama ada nak berperang denga Israel atau dengan umat Islam yang berkumpul di sini pada hari ini.

Apa-apapun, kami sudah sampai!

Sedikit pandangan aku tentang GMJ:

Perhimpunan ini ada ciri-ciri yang Islamik. Kaum wanita akan diasingkan dengan lelaki, dan untuk memastikannya berkesan terdapat ramai pemuda dan pemudi Arab yang dikelola syeikh mereka dalam menjaga ikhtilat di kawasan ini. Selain itu, ada lori ikhwanul Muslimin yang bertugas untuk meyemarakkan semangat pembebasan Palestin dengan pembesar suaranya. Di hadapan pentas ada disediakan kawasan untuk solat Jumaat di atas tanah, ada juga nasyid dari penyanyi Arab yang mendendangkan lagu Palestin.

*Penat dah banyak ni tulis ni. Hari khamis ada imtihan lagi nak study. Lepas tu nak pergi main catur KARISMA kat Mu'tah lagi. Menyibukkan diri atau penyibuk je aku ni? Walhal banyak lagi perkara kena buat...Haih...

Sambung sedikit je lagi.

Ramai wartawan serbu tempat memasang khemah. Orang Arab pun ramai yang nak tangkap gambar dan bertanya soalan.

"Kenapa datang sini?"
"Tak takut ke?"
"Ada pihak dari Malaysia datang?"
"Belajar di mana?"
"Kamu orang Indon ke?"

Banyak kena temuramah masa kat sini. Sebab memang kami je Melayu atau yang bukan Arab datang untuk memeriahkan GMJ di Jordan. Macam-macam posing berjaya dirakam. Kelibat bangsa lain tidak berapa kelihatan atau mungkin mereka malu-malu lembu mengiau untuk bercakap depan televisyen.


***


Ok. Aku dah penat. Nak sambung study.

Alkhulasohnya, pergi ke sini bukan bermaksud menunjuk megah kerana kami sahaja yang nak selamatkan Palestin. Bukan, jangan fikir macam tu. Aku yakin, semua umat islam mahu lihat kebangkitan Islam dan membebaskan Palestin dari cengkaman israel. Kita semua nak menamatkan sandiwara yang memalukan umat Islam ni. Sudah cukup lama singa terpaksa memakai baju kijang penakut. Kita kena buang kostum itu, dan asah kembali kuku kita agar manusia lihat Islam itu kembali sebagai jalan hidup, bukan agama. Kita kena bergerak dan sama-sama berusaha, bukan duduk melongo kat beranda rumah makan mangga masam cicah kicap. Matangkan kembali pemikiran, buang jauh-jauh kedangkalan, dan suburkan perdebatan mencambahkan idea. Debat bukan untuk semata-mata nak menang, kritik bukan nak bangkang.

Hidup Islam! Hidup Palestin! Hidup Dakwah! Hidup Tarbiyah!

Jap, ada pesanan.

Kepada yang terlalu khusyuk sangat belajar sampai tak nak terlibat langsung dengan dakwah atau tarbiyah, aku akan rasa sangat kasihan. Atau mungkin terlalu ego nak terima dakwah, aku pun kasihan. Atau mungkin tak mahu menjadi baik, pun aku kasihan. Salah aku sebenarnya sebab tak dekati orang-orang macam ni. Aku masih tidak mampu...:(

Emm...Masih lagi dalam proses membina. Sangat takut dan seram kalau tiba-tiba rasa down dengan usaha ni. Berusaha nak buang semua jahat-jahat aku dulu dan sekarang. As my friends told me, I'm moving towards a better life. The question is, can i stand still in this path?

InsyaAllah...

Kepada rakan-rakan di Malaysia yang menyertai GMJ, aku cuma mampu menukilkan tahinah atas keprihatinan antum semua. Semoga Allah membalas amal-amal dan usaha kita yang kecil ini dengan ganjaran syurga. Aku rindu Malaysia.

Ada sedikit gambar.:)


Ramai kan?

Aku semakin addict dengan anak2 yang comel.=='

Tertutup mata.

Nampak bendera Malaysia?

Biar semua jatuh, aku akan tetap berdiri.
Wait.



Debat Piala Presiden PERMAI

Aha. Yang ni video masa aku debat tempoh hari. kalau rajin kritik ya.



Semoga kita semua terus tabah.:)


About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

4 comments:

terbaik...

GMJ tahun depan kita gi lagi nak??
Allahuakbar!!!

Shazmie said...

Mesti!
he he

^_^

mata kau tertutup atau tak, tadek beza pun -.-

suka tengok bendera malaysia kat situ. suka jugak tengok bendera palestin kat malaysia ni. kebersatuan ummah. nampaknya aku dah ada niat nk kumpul duit untuk sambut gmj kat sana pulak. woah, insyaAllah ^^

subhanallah..sahabat ana, miswar pun ade dlm gmbar..

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!