Facebook Twitter Google RSS

Thursday, November 3, 2011

Percaturan 3

                     Perlawanan menentang 5 orang serentak pada hari semalam sememangnya mengujiku. Sebenarnya, aku berasa terpanggil untuk menyahut cabaran yang dilontarkan oleh Pak Simawan, Ketua Kampung Semambu. Dia menganggap pelajar aliran agama sepertiku tidak mampu bermain catur dengan baik. Bukanlah merendahkan kebolehanku menimbulkan kemarahan, tetapi menganggap agama yang cuba kubawa melemahkan diriku . Aku berasa terpukul,dan kecewa. Tidak aku sangka, masih wujud stigma sebegini.

                   Dan, mindaku pantas memainkan kata-kata Ustaz Zul, pengetua MTNP , “Kita perlu berusaha menjadi yang terbaik. Jangan menjadikan agama yang dibawa menjadi fitnah atas kelemahan diri kita.”

                  Ya, umat Islam akan maju dengan agama. Umat Islam akan kuat apabila memahami Islam sebagai cara hidup yang mencakupi semua aspek. Tidak diambil separuh-separuh, tetapi diaplikasikan secara keseluruhan sebagaimana yang dibuktikan oleh daulah Khalifah Islamiah. Umat Islam tidak akan sesekali menjadi lemah dengan ketetapan Allah!

                Akhirnya, kemenangan dalam lima perlawanan semalam  membuka semula mata hamba-hambaMu yang selama ini buta dengan keagungan dunia. Mereka seakan-akan baru bangun dari sebuah tempat yang asing. Mereka terkejut dan terpinga-pinga. Masih terkejut dengan apa yang berlaku. Tidak menyangka taktik dan pengalaman dimiliki mampu ditewaskan. Pada fikiranku, itu adalah biasa dengan bantuanNya. Sememangnya seorang Mukmin adalah ajaib, seandainya mereka tahu. Aku mahu mereka mengetahui, Kau adalah tempat bergantung harapan dan tempat meluahkan segala perasaan. Dengan catur sebagai wasilah, aku merangka strategi untuk menawan hati manusia.

“Ingat, setiap perbuatan kita adalah ibadah selagi mana berada dalam kerangka syara’.” Jelas sekali penerangan Umar. 

Aku mengangguk setuju. Inilah tujuan dan impian aku. Seringkali ku lihat dahulu, permainan catur menyebabkan manusia alpa dan leka dari beribadah. Ibadat 5 minit menjadi sangat lama berbanding dengan permainan selama 2 jam di atas meja. Aku musykil dan sangsi dengan  cara perkiraan masa golongan ini. Dan perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Perlu ada penambahbaikan. Perlu diperjelaskan. Matlamatku lahir di sini. Harapanku, moga jalan ini adalah yang terbaik untukku. Mudah-mudahan.




                Berita kemenanganku tersebar luas. Dan ramai ibu bapa yang mahu aku melatih anak mereka. Mereka mahu mengikuti dan mempelajari teknik atau kemahiran rahsiaku. Keliru,aku sungguh keliru. Sebenarnya, aku tidak punya rahsia atau gerakan yang mengancam. Sekadar latihan yang perlu dan fokus dalam permainan.

 Yang pasti, dengan pertolongan Allah. Inilah rahsia sebenar. Bukan dengan pembukaan Gambit, bukan King’s Opening, jauh sekali Sicillan. Aku bersyukur, Kau memberikan aku peluang dan ruang untuk berdakwah dengan permainan ini. Sekarang, peluang terletak di bahu aku untuk melatih anak-anak ini bermain catur dengan tarbawi akhlak Islami sebagai asas. Penerapan rasa Rabbaniyah, digabungkan dengan sedikit ilmu pencaturan, dan diperam dengan ketaqwaan, aku yakin formula ini akan menjadi!

About Shazmie


Seorang mahasiswa ekonomi Islam di Universiti Yarmouk, Jordan. Ingin menjadi usahawan dan menunaikan tanggungjawab dakwah. Doakan beliau berjaya aha..
View all posts by Shazmie →

0 comments:

Pendidikan

Sk Padang Rumbia : 2000-2003
Sk Beserah : 2003-2004
Sk Air Putih : 2004-2006

Smk Sultanah Hajjah Kalsom : 2006-2009
Smk Abdul Rahman Talib : 2009-2010
Maahad Tahfiz Negeri Pahang : 2009- 2010

Universiti Yarmouk : 2011 sampai sekarang dalam bidang Perbankan Islam

Coretan

Seorang manusia yang meraikan perbezaan dan suka mencuba makanan baru. Suka mendengar kata-kata yang positif dan memberi semangat. Sentiasa berusaha walk the talk. Mahu menjadi jutawan sebelum 30. insyaAllah. :)

Dream.

The path is clear. And the road may be slippery, but it will never push you out of the lane. Fighting!